Sharif Putera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Sharif Putera.jpg
Sharif Putera / Tuan Sharif bin Tuan Putera

Sharif Putera atau nama sebenarnya 'Tuan Sharif bin Tuan Putera' adalah sasterawan dari Malaysia.Nama samaran beliau ialah Tusra Putera, Panji Alam, Arjuna dan Guru Bahasa. Beliau menulis genre cerpen, drama radio dan rencana sekitar 1960-an dan 1970-an.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sharif Putera dilahirkan pada 19 Januari 1943, di 5670, Kampung Petai Bubus, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan kini terus menetap di sana. Kampung Petai Bubus bersebelahan dengan Sungai Nerus. Dulunya kampung ini bagaikan pulau kerana hanya perahu menjadi jalan penghubung ke Kampung Cina ,Bukit Datu, ,Pulau Wan Man, Losong, Pulau Kambing dan Balik Bukit. Jambatan Kuala Nerus hanya dibina pada 1963.

Syarif berkahwin dengan dua pupunya, Sharifah Esah binti Syed Abdul Rahman, juga keturunan 'Syed' atau 'Syarifah' . Ayahnya Tuan Putera bin Tuan Baru meninggal dunia pada 23 Mac 1988. Ibunya pula Tuan Kunton bt Tuan Hitam meninggal dunia pada 6 Jun 2010.

Anak-anak beliau :

  1. Sharifah Emelia Dr.( 3.9.1971 )pakar phatologi( UKM,USM)
  2. Syed Zuhairi ( 10.9.74 ) Ijazah Kejuruteraan Elektrik ( UTM )
  3. Syarifah Fariza ( 19.11.1977 )Ijazah Perakaunan UUM -Dip KPLI
  4. Syarifah Fadhilah ( 2.1.1979 )Ijazah Sains Pemutusan UUM-Dip KPLI
  5. Syed Zulhilmi ( 7.12.1982 ) Ijazah Sains Komputer ( UTM )
  6. Syed Zulhusni ( 1.3.1984 ) Ijazah Statistik ( UKM )
  7. Syarifah Farhana ( 3.6.1987) Ijazah Sains dgn Pendidikan Matematik (UPM)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sharif Putera bersekolah di Sekolah Melayu Petai Bubus darjah 1 ( 1949-1952) ; Sekolah Melayu Kampung Tengah darjah 3-6 (1953-1956) ; Sekolah Pondok Tok Jiring selama 3 bulan (1956- 1957) dan Sekolah Melayu Bukit Tunggal darjah 7 (1957).Beliau tamat Darjah tujuh yang melayakkan beliau menjadi seorang guru. Beliau pernah mendapat tawaran belajar di Special Malay Class dan Menengah Inggeris tapi ditolak oleh ibu bapanya kerana bimbang tragedi Natrah. Beliau dihantar ke sekolah pondok namun sekejap sahaja kerana hatinya tidak ke situ.

Datuknya rajin membeli akhbar kanak-kanak terbitan Utusan Melayu. Rakan sekolahan pula mendorong beliau menulis.Setelah menghadiri kelas malam, beliau lulus SRP (1964); SPM (1965) dan STP. Sharif Putera sambung belajar diUniversiti Malaya (1975) - Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Kerjaya guru[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 1958, beliau menerima tawaran menjadi guru pelatih dan mengajar selama 14 tahun diSekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Terengganu.(1960-1972). Beliau dan rakan di sekolah giat belajar bahasa Inggeris di bandar Kuala Terengganu.Beliau berulang-alik dengan basikal sejauh 16 kilometer, menyeberangi dua batang sungai di Terengganu . Beliau dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bari, Setiu (1973). Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya (1978) dan kembali mengajar di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin; Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (1983); Sekolah Menengah Seri Budiman (1988) sebagai Guru Penolong Kanan ; Sekolah Menengah Panji Alam (1993).

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Cerpen pertamanya “Menanti Saat Genting” tersiar dalam majalah Gelanggang Filem, 20 Jun 1962 dengan nama samaran, Tusra Putera.Seterusnya memenangi hadiah kedua Peraduan Menulis Cerpen anjuran PENA (Persatuan Penulis Nasional) 1968 dengan cerpennya “Sesuap Nasi di Pinggir Sungai”. Beliau menulis pelbagai genre seperti cerpen, puisi, esei, novel, drama radio dan cerita kanak-kanak. Antara cerpen yang tersiar ialah “Renyem” (Mingguan Malaysia, 7 Julai 1991); “Tugasan”, Berita Minggu, 20 Oktober 1991; “Tuk Guru”, Mastika, Mei 1993; “Cerita untuk Cikgu”, Perempuan, Ogos 1998; “Sidang Tergembar”, Dewan Sastera, Oktober 1999; “Surat Kuning dari Kota”, Utusan Zaman, 7 November 1999.


Skrip drama TV “Hanya Sekali Ini” tersiar di TV1 (1990).Sebanyak 250 buah drama radio nukilannya telah tersiar di radio-radio tempatan (1965-2008). Ini termasuklah drama radio bersiri “Muara Indah” (1977) dan drama radio bersiri “Rantau Abang” (1979-1981) yang tersiar di Radio Televisyen Malaysia, cawangan Kuala Terengganu.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Sharif Putera adalah pengasas Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita) (1966).Beberapa bengkel penulisan diatur dengan bantuan editor sastera dari akhbar dan majalah tempatan. Karyanya "Sekali Angin Menderu: Biografi Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad telah diterbitkan oleh PELITA (1999).

Beliau pernah berjinak-jinak sebagai pemberita Sambilan Khas di Terengganu an pernah melaporkan lawatan Perdana Menteri. Wartawan ternama, Tan Sri Abdul Samad Ismail dari Berita Harian/Berita Minggu banyak membimbingnya. Beliau diisytiharkan sebagai peserta terbaik Kursus Kewartawanan Pemberita Berita Harian yang berlangsung di Pusat Akhbar Asia Tenggara.

Beliau menang hadiah kedua Peraduan Cerpen PENA 1968; hadiah saguhati Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA I (1979) dan VII (1987); hadiah utama puisi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1991 ; hadiah saguhati Peraduan Cerpen Berunsur Islam 1991 dan hadiah saguhati Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991.


Sharif Putera pernah dilantik sebagai Setiausaha Simposium Sastera dan Agama 1973 ; Setiausaha Hari Sastera 1978 ; Setiausaha Simposium Cerpen ASEAN 1982 dan Setiausaha Hari Puisi Nasional 1988. Pada tahun 1995, Sharif Putera terpilih sebagai Guru Cemerlang Siswazah (guru pakar) Kesusasteraan Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Bukit Tunggal pada 1996 dan bersara pada 19 Januari 1998.

Karya novel[sunting | sunting sumber]

  1. Jalan Seribu Liku. Kuala Lumpur: Amir Enterprise, 1975
  2. Ke Daerah Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994

Cerpen[sunting | sunting sumber]

  1. Sayembara I (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980
  2. Pelarian yang Pulang (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983
  3. Mawar Merah (antologi bersama). Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1984
  4. Kalau Padi Katakan Padi. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1984
  5. Cerpen Sepanjang Zaman (antologi bersama). Kuala Lumpur: PEP, 1987
  6. Sayembara VII (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988
  7. Cerpen Malaysia Selepas Perang Dunia ke-2 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; 1989
  8. Angsana Bertemu Musim (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
  9. Terbang Bersama Kawan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Oscar Book, 1990
  10. Di Sisi Rinda (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
  11. Pesan Pada Angin (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1991
  12. Di Sini Cemerlang Bintangku (antologi bersama). Petaling Jaya: Oscar Book, 1991
  13. Embun Hidayah (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
  14. Kelapa Nan Sebatang (antologi bersama). Kuala Lumpur: Masa Enterprise, 1991
  15. Suara Laut (peny.). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1992
  16. Waqaf (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1992
  17. Cerita Rakyat Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994
  18. Cerita Rakyat Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1995
  19. Guruh (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995
  20. Pak Teh Waja (peny.). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1996
  21. Sang Ibu, El Nino La Nina (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1999

Cerita Remaja/Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  1. Rahsia Bukit Sampan. Kuala Lumpur: Pena Enterprise, 1981
  2. Mencari Kulit Siput. Kuala Lumpur: Pena Enterprise, 1982
  3. Lubang Baru. Kuala Lumpur: Pena Enterprise, 1982
  4. Umpan, Kuala Lumpur: Pena Enterprise, 1982
  5. Langit Merah Kembali. Kuala Lumpur: Pena Enterprise, 1982
  6. Duli Tuan Kecik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987
  7. Titik-titik Merah di Padang Kacung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
  8. Ke Daerah Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994

Puisi[sunting | sunting sumber]

  1. Mencari Pertemuan. Kuala Terengganu: PELITA, 1975
  2. Bila Kita Berbicara (antologi bersama). Kuala Terengganu: ISUM, Universiti Malaya; Rentetan Tinta (antologi bersama). Kuala Terengganu: PELITA, 1980
  3. Terengganu dalam Puisi. Kuala Terengganu: PELITA, 1983
  4. Warna Kemesraan (peny.). Kuala Terengganu: PELITA, 1983
  5. Sekayu (peny.). Kuala Terengganu: PELITA, 1989
  6. Cakerawala Diri. Kuala Terengganu: PELITA, 1994
  7. Cinta Padamu Tasik Kenyir (peny.). Kuala Terengganu: Setiausaha Kerajaan Terengganu, 1995
  8. Kisaran Angin. Kuala Terengganu: PELITA, 1997
  9. Gurindam Alam. Kuala Lumpur: Masa Enterprise, 1994
  10. Langit di Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995 [1]

Rujukan dan pautan[sunting | sunting sumber]

  • [[1]] Blog Sharif Putera