Elly Mazlein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Elly Mazlein
KelahiranSharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi
(1980-12-17) 17 Disember 1980 (umur 39)
Slim River, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1997–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Irama Malaysia, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada tahun 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada tahun 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.[1]

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1997 Sutera Kasih

NAR Records

1999 Satu Persatu

NAR Records

  • 1 x Platinum RIM (50,000 copies)
2001 Elly

NAR Records

  • 1 x Platinum RIM (62,000 copies)
2003 Atas Nama Cinta

NAR Records

2013 Sabarlah Hati
KRU Music

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lagu Bonus
2002 Elly: Best of Ballads

NAR Records

  • Bicara Kasih

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Catatan
2000 Nyanyian Hujan

duet Yassin Yahya

2003 Gerak Khas

duet Roy

2012 Please Forgive Me
  • OST filem Kau, Aku dan Dia

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Hot.fm Muzik-muzik
1997 "Sutera Kasih" Sutera Kasih
1998 "Biar Pilu Ada Penawarnya"
"Di Sapu Awan"
duet bersama kumpulan Sweet Child
Meraih Juara
"Tega" Single
1999 "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" 1 1 Satu Persatu
"Serikan Hati Kita"
2000 "Janji Kekasih" 1
"Hujan Sanubari"
"Pengorbanan Racun Bagimu"
"Nyanyian Hujan"
duet bersama Yassin Yahya
OST Senario Lagi
2001 "Bungaku Bakawali" 1 1 Elly
"Sekilas Pandang" 3
"Ku Berkasih Pada Yang Tiada"
"Cintaku Untuk Bahagia"
"Datang Dengan Janjiku"
2002 "Inikah Balasanmu"
"Bicara Kasih" 4 Elly: Best of Ballads
2003 "Cukuplah Sekali" 8 2 Atas Nama Cinta
"Pendita Penipu" 4 6
2004 "Merry Go Round"
"Hati Ini"
2012 "Please Forgive Me" OST Kau, Aku dan Dia
2013 "Sabarlah Hati" Sabarlah Hati

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Janji Diana Ellie Yusof Haslam Filem pertama
2004 Tangkai Jering Syakila A Razak Mohaideen
2005 GK3 The Movie Detektif Mazlin Yusof Haslam
2013 Awan Dania The Movie Rashid Sibir
2015 Kapsul Rahimah Martias Ali

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003-05 Gerak Khas Detektif Mazlein TV2
2007 Bukan Yang Pertama
2008 Bella Bella / Tengku Julia Sandra TV3
Spa Q Farah
Cinta Batu Belah Safiya
2009 Amanah Karmila Karmila TV2
2010 Na O Mei Na O Mei TV3
2014 Kristal Maya
Cinta Ibadah Astro Prima
2015 Doa Tiga Wanita TV1
2016 Amsyar Karmila TV9
2018 Teratai Kemboja Hanani TV3
Vila Ghazara Maria
Mencari Qiblat
Aku Cinta Dia Rima
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Hasnah Astro Ria
Ajari Playboy Itu Haliza TV3
Kau Yang Pertama Kak Zaza
Kampung People Mona/Minah
Dapur Kita Elyana
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Yasmin Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Sembilu Kasih TV3
Jangan Simpan Tangismu
Pelita Buluh
2017 Ketupat Buat Nenek TV9
Riuh Raya Kak Mah Astro Warna
Asam Pedas Pewitt Nuri TV3
Siapa Dia Sebenarnya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Gandingan
2019 Mentor Millenia Syuk

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]