Sharifah Aminah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Aminah
Kelahiran
Sharifah Aminah binti Syed Abdullah

(1945-09-13)13 September 1945
Meninggal dunia24 Mei 2021(2021-05-24) (umur 75)
Kajang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianPendarahan otak dan angin ahmar
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif1966–1997
Anak-anak2

Sharifah Aminah Syed Abdullah (13 September 1945 – 24 Mei 2021)[1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula melakar nama dalam bidang perfileman pada 1960-an, terkenal dengan karya filem termasuk Bayangan Ajal (1968) dan Wira Angkasa (1987).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 24 Mei 2021 di Hospital Kajang, Selangor pada usia 76 tahun. Beliau sebelum ini berada dalam keadaan koma pada 2018 akibat pendarahan otak dan angin ahmar selepas rebah di sebuah restoran selepas menikmati makan malam bersama beberapa teman rapat. Beliau meninggalkan dua anak dan tiga cucu.[2][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1966 Jefri Zain - Gerak Kilat
1968 Bayangan Ajal
1977 Menanti Hari Esok
1979 Ceritaku Ceritamu
Tiada Esok Bagimu
1981 Mama Oh Mama
Langit Tidak Selalu Cerah
Anita Dunia Ajaib
Perjanjian Syaitan
1982 Esok Untuk Siapa
Sikit Punya Gila
1987 Wira Angkasa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 Mei 2021). "Tiga tahun koma, Sharifah Aminah meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  2. ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2021). "Sharifah Aminah meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mei 2021.
  3. ^ Mumtaj Begum (24 Mei 2021). "1960s actress Sharifah Aminah dead at 76 after 3 years in semicomatose state" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]