Sharifah Husna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Husna
Kelahiran
Sharifah Husna binti Syed Feizal

(1993-01-21) 21 Januari 1993 (umur 31)
PendidikanPerubatan
Pusat pendidikanPerdana University-Royal College of Surgeons Ireland
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
PasanganHalim Radzi (k. 2022)

Sharifah Husna Syed Feizal (lahir 21 Januari 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali selepas mula membintangi drama Imaan dan beberapa drama popular seperti Raisha 2, Seribu Rindu, Puteri Yang Ditukar dan Suri Katriana.[2] Beliau pernah merangkul gelaran juara dalam pertandingan Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia dimana telah membawa pulang wang tunai RM 10,000, percutian ke Balkan dan kontrak lakonan bersama A. Aida Production.[3][4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Biarpun penglibatannya dalam bidang lakonan mendapat tentangan daripada ibu bapanya yang berpendapat bidang seni tiada jaminan masa depan dan mahu beliau menjadi doktor,[4] Sharifah Husna ingin buktikan kepada keluarganya yang beliau mampu berjaya dalam dunia lakonan.[4]

Kerjaya hiburan Husna bermula selepas beliau dinobatkan sebagai juara Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, sekali gus menewaskan sembilan peserta lain dalam pertandingan akhir.[6]

Kerjaya lakonan beliau bermula menerusi drama Seribu Rindu, kemudian diikuti oleh Raisha 2, yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Sejak itu, beliau banyak bergiat aktif dalam drama dan telefilem.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sharifah Husna dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau ialah graduan dalam bidang perubatan di Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland di Serdang, Selangor.[8][9]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Halim Radzi yang tiga tahun lebih muda daripadanya pada 21 Oktober 2022.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Sabda Kekasih Hayla Sufiah Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Seribu Rindu Model Rita TV3
Raisha 2 Diya
2019 Imaan Yasmin Astro Ria
Aku Yang Kau Tinggalkan Raihana TV1
Puteri Yang Ditukar Sarimah Astro Prima
Suri Katriana Myra
2020 Kasih Tak Terungkap Sofea TV1
Seadanya Aku Eliza TV3
Bila Cupid Jatuh Cinta Sarah
Ryan Aralyn Doweena
Dia Bidadari Dari Syurga Marissa Aisya TV Okey
2021 Kelmarin Cinta Aishah
Rudy Vs Jolie Nina
2022 Imamku Okey Aishah
Ustaz Aqil Mawar Awesome TV
2023 Jack Yusof Aida Astro Ria
Cik PA Tuan Ash Zetty TV3
2024 Takdir Itu Milik Aku Azura Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Tragedi Balik Kampung Zulaikha TV3
2022 Transit Cinta Lisa TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Nona Dirinya sendiri TV3 Tetamu jemputan
2021 Tok Kata Awesome TV Tetamu Jemputan Bersama Shaza Bae

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Actress Sharifah Husna won't be typecast" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  2. ^ "Perbezaan terkini Sharifah Husna". XTRA. 16 Januari 2019. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Mac 2020). "'Lakonan jiwa saya': Sharifah Husna". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  4. ^ a b c "Sharifah Husna lupakan 'doktor' demi seni". Berita Harian. 8 Mac 2020. Dicapai pada 10 Julai 2020 – melalui PressReader.
  5. ^ Nadia Azam (14 Disember 2018). "Pelajar perubatan juara Gadis Panca 2018". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  6. ^ Ifqdar Rahman (15 Disember 2018). "Bakal doktor juara Gadis Panca". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-18. Dicapai pada 22 Julai 2019.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Julai 2020). ""Saya nak buktikan!"". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  8. ^ Amirah Amaly Syafaat (16 Disember 2018). "Bagaikan bermimpi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-19. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (23 Disember 2018). "Dari kerana mata..." Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 18 Januari 2019.
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Oktober 2022). "'Masin mulut' akhirnya Sharifah Husna milik Halim". Berita Harian. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  11. ^ Zaidi Mohamad (23 Oktober 2020). "Sharifah Husna elak dituduh 'jual' muka". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]