Sharifah Sakinah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sharifah Sakinah (pelakon))
Sharifah Sakinah
Sakinah di studio MeleTOP pada Oktober 2015.
Kelahiran
Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired

(1989-05-28) 28 Mei 1989 (umur 34)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
Pasangan
  • Alif Adha Jamil (k. 2015; c. 2020)
  • Michael Hansen (k. 2020; c. 2022)
Anak-anak1
Saudara

Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir 28 Mei 1989; Jawi: شريفه سكينه) ialah pelawak, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem.[1] Sakinah mendapat perhatian menerusi sitkom Hotel Mania (2010). Sejak itu, beliau membintangi siri komedi seperti Bimbi & Bonnie (2013) dan Yem Rempit (2014), yang mana beliau memenangi Anugerah Lawak Warna 2014 bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular.[2]

Sakinah juga telah membintangi beberapa filem, termasuk Ular (2013), Kimchi Untuk Awak (2017) dan Rise: Ini Kalilah (2018). Beliau juga telah membintangi sejumlah siri drama TV, termasuk Dendam Sarakit (2012), Benci Vs Cinta (2013), Suamiku Mat Piun (2018) dan Voice Note (2019). Beliau ialah adik kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sakinah ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014.

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi sitkom muzikal komedi Hotel Mania (2010) di bawah arahan Nizam Zakaria terbitan KRU Studios. Belau kemudian menempa nama dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu Bimbi & Bonnie, Havoc Warna dan Yem Rempit. Peranan layar lebar hadir apabila Sakinah membintangi filem sulungnya, Ular (2013) arahan Yusry Abdul Halim lakonan bersama Yusry dan Lisa Surihani.

Beliau memenangi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014.[3] Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem Kubur Berdarah pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.[4]

Pada tahun 2016, beliau membuat penampilan muzik video sulungnya apabila muncul dalam muzik video lagu "Andainya Takdir" nyanyian Anuar Zain. Turut membintangi muzik video itu ialah Puteri Balqis. Beliau kemudian berlakon dalam filem Pekak lakonan bersama Zahiril Adzim dan Sharifah Amani.

Pada tahun 2017, Sakinah berlakon di samping Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza dengan melakonkan watak sebagai Min Ah dalam filem Kimchi Untuk Awak yang diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Suri Ryana. Turut membintangi filem itu ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza. Pada masa yang sama, beliau digandingkan bersama Aiman Hakim menerusi telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka dan siri TV susulannya, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series; beliau memegang watak sebagai Lidya.

Sakinah memegang watak sebagai Nieza dalam drama komedi Suamiku Mat Piun di TV3 dan sebagai Jasmine dalam drama romantik Selafaz Cinta. Sakinah juga melakonkan watak isteri pegawai polis dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah (2018). Setahun berikutnya, iaitu pada 2019, beliau berlakon dalam drama misteri Voice Note sebagai Sara. Selain beliau, pelakon lain termasuk pendatang baru, Shasha Abedul dan Scha Elinnea. Beliau kemudian muncul dalam drama Utusan Cinta Buat Adam dengan melakonkan watak sebagai Liyana. Sakinah juga melakonkan watak sama dalam filem aksi Rise To Power: KLGU (2019).

Beliau melakonkan watak sebagai Laila dalam siri drama separa-seram Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang bersiaran di TV3.[5] Ia turut dibintangi oleh Lana Nordin dan Nadia Brian.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dua kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah.[7] Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.

Pada Oktober 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil.[8] Pada 28 Mac 2015, beliau dan pasangannya diijabkabul dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff.[9][10][11]

Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017.[12] Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha.[13][14] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016.[15][16] Perkahwinan Sakinah dan Alif Adha hanya bertahan selama 5 tahun apabila pasangan itu mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2020.[17][18]

Sakinah mendedahkan dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia pada November 2017 bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang produk penjagaan kulit, sebaliknya melakukan senaman sebagai cara untuk menjaga kesihatan.[19] Bapanya meninggal dunia pada 11 Januari 2018 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.[20]

Beliau mendedahkan telah menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan dan Hiperaktif (ADHD) yang mana beliau telah didiagnosis pada 2018.[21][22][23]

Beliau berkahwin kali kedua bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden, bagaimanapun tarikh perkahwinan mereka dirahsiakan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Mac 2021.[24][25][26] Bagaimanapun, pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka pada Oktober 2022.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Ular Lynn Filem pertama
2016 Pekak Melur
2017 Kimchi Untuk Awak Min Ah @ Minah
2018 Rise: Ini Kalilah Isteri Polis
2019 Rise to Power: KLGU Liyanna
2020 Bikin Filem Yasmin Gamat
2023 Jemputan Ke Neraka Rania

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Hotel Mania TV3
Dottie Astro Ria
2011 Kelaaas Kau Maria
Mata Ayer Syidah TV3
Ana lu'lu Sophie
2012 Dendam Sarakit Dina
Ameera Suzy Pelakon undangan
Senario Pelakon Undangan
Dalam Hati Ada Taman Tasha Astro Ria
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Yana Astro Oasis Episod: "Sumbang Mahram"
Benci Vs Cinta Astro Ria
2014 Bunga Merah Punya Bunga TV9
Yem Rempit Astro Warna
2015 Jangan Lafazkan Janji TV1
2016 Isteri vs Tunang Amira Irdina Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 15) Nora Astro Oasis Episod: "Janji Syurga"
2017 Perang Otai Andam Dila TV3
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series Lidya Astro Warna
My Coffee Prince Teman wanita Raykal Astro Ria Penampilan khas
2018 Suamiku Mat Piun Nieza TV3
Bimbi & Bonni Misi 007 Bimbi Astro Warna
Amira Rose TV3
Selafaz Cinta Jasmine Astro Prima
2019 Voice Note Sara TV3
3 Dara Pingitan Awa Astro Warna
Utusan Cinta Buat Adam Liyana TV3
2020 Isteri Misteri Yattie TV3
KL Gangster: Underworld 2 Liyanna Iflix
2021 Aku Yang Kau Gelar Isteri Laila TV3
2022 Hantu Raya Pergi Perang Manisah Sooka
Kampung People 3 Ejen Syukrinah TV3 Penampilan khas
Gila Viral Miss Vivy Astro Warna
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2
Pendamping Nora Tonton

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Ombak Rania Rozita / Rozie Astro Ria
2013 Bimbi & Bonnie Bimbi
Opah Gangstaq TV1
2014 Pekerja Terbaik Cik Jue TV9
Racun Menantu Astro Box Office
2015 Chak Ke Chak Boom Boom Astro Prima
Kubur Berdarah Sakinah Astro Ria
Suamiku Encik Beruang
2016 Dua
Kulit Astro Citra
Wau Kasih
Isteri vs Tunang Raya Amira Irdina Astro Ria
Lara Cinta Qaseh Qaseh TV2
Redhaku Untukmu Eli TV1
2017 Otot-Otot Fauziah
Mek Minyak TV2
Fatonah Azali Sarina TV3
2018 Rumah No. 10 Astro Citra
Hantu Rumah Sakit Jiwa Rita Ora Astro First Eksklusif
Renyai Takbir Raya Summayyah Astro Ria
Bini Aku Dari... Lidya Astro Warna
2019 Asam Pedas Cendol Sejoli Kinah Astro Citra
Cubit-Cubit Cinta Katarina
Kecundang Sebelum Menjanda Nora
Alamak Boss!! TV Okey
2021 Kopi & Latte Nisha TV2
Epilog: Aku Yang Gelar Isteri Laila TV3
2022 Debunk Edna Astro Citra
2023 Cucu Wan Intan TV3
Debunk Beraya Edna Astro Citra
Sumpahan Peti Ais June Astro Ria

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Di Pintumu" Firman AF4
2016 "Andainya Takdir" Anuar Zain
2017 "Cinta Takkan Berakhir"
2018 "Belahan Hati"

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 #havocwarna Pengacara Astro Warna bersama AC Mizal, Atu Zero, Along Cham dan Rahim R2
2015 Ini Malam Kita Punya Artis jemputan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Lawak Warna ke–2 Artis Lawak Wanita Paling Popular Dirinya sendiri Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (21 Ogos 2016). "Sakinah suka tak ikut dialog". Metro Ahad. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (15 Julai 2017). "Watak komedi bayangi bakat Sharifah Sakinah". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (20 Disember 2015). "Saya bukan pelawak - Sharifah Sakinah". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2016.
  4. ^ Kemalia Othman (21 September 2014). "Sharifah Sakinah anggap Jihan Musa lebih layak menang". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-23. Dicapai pada 20 Oktober 2019.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 Mac 2021). "'Laila' buat penonton benci". Harian Metro. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  6. ^ "Sharifah Sakinah main ilmu hitam sampai rumah tangga Nadia Brian runtuh, drama terbaru ke ni?". Oh Bulan. 23 Februari 2021. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  7. ^ Zaidi Mohamad (7 Julai 2017). "Sharifah Sakinah kurang 'hyper' selepas ada anak". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2017.
  8. ^ "Gambar Majlis Tunang Sharifah - Hiburan". My Artis. 20 Oktober 2014. Dicapai pada 21 Oktober 2014.
  9. ^ Zaidi Mohamad (28 Mac 2015). "Sharifah Sakinah sah bergelar isteri - Hiburan". Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2015.
  10. ^ "Sharifah Sakinah rancang majlis kahwin tanpa protokol". Berita Harian. 1 Februari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  11. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (19 November 2016). "Jaga air muka suami". Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2020.
  12. ^ "Lahir lewat dua minggu". Harian Metro. 25 Mei 2017. Dicapai pada 15 Disember 2020.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Mei 2017). "Sharifah Sakinah dapat 'baby girl'". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  14. ^ "Kandungan 'Overdue', Sakinah Bersalin Secara Pembedahan". mStar Online. 24 Mei 2017. Dicapai pada 24 Mei 2017.
  15. ^ Zaidi Mohamad (30 Mac 2016). "Sharifah Sakinah keguguran". Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2016.
  16. ^ "Alami Keguguran, Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Berlakon". mStar Online. 18 April 2016. Dicapai pada 18 April 2016.
  17. ^ "Suami aktif aplikasi 'dating', rupa-rupanya Sharifah Sakinah bercerai sejak Mei lalu - "Saya tidak boleh jadi isteri yang baik"". mStar Online. 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  18. ^ Zaidi Mohamad (8 Julai 2020). "Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga runtuh". Berita Harian. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  19. ^ Ruhaya Ab. Hamid (10 November 2017). "Sharifah Sakinah duta Natasha Skin Care". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2017. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  20. ^ "Ayah Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah meninggal dunia". Utusan Malaysia. 12 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2018. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  21. ^ "ADHD halang Sharifah Sakinah kembali pada pangkuan suami". Malaysiakini. 28 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  22. ^ "Sila rujuk doktor, jangan 'self-diagnosis' melalui Google - Sharifah Sakinah". Utusan TV. 7 Jun 2021. Dicapai pada 8 Jun 2021.
  23. ^ ""I will come back stronger" - Sharifah Sakinah dedah hidapi depresi, mahu berehat dari dunia seni demi kesihatan mental". Hot FM. 18 Mac 2021. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  24. ^ "Sharifah Sakinah dah kahwin". Harian Metro. 4 Februari 2022. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  25. ^ Tahir Alhamzah (7 Februari 2022). "#Showbiz: Sharifah Sakinah confirms married to Swede". New Straits Times. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  26. ^ Juliana Johar (5 Mac 2021). "Rupa-rupanya Sharifah Sakinah tunang gaya 'orang putih', tiada acara pantun - "Sekarang dia tengah uruskan hal Michael peluk Islam"". mStar Online. Dicapai pada 9 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]