Sharifah Zarina
Sharifah Zarina | |
|---|---|
شريفة زارينا | |
| Kelahiran | Sharifah Zarina binti Wan Hassan 5 Ogos 1981 |
| Nama lain | Zarina Al-Qadry |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2004–kini |
Karya | Filemografi |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Balada |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Interglobal Music (2005–2008) |
| Kegiatan berkaitan | Zamani |
Sharifah Zarina binti Wan Hassan atau lebih dikenali sebagai Zarina Al-Qadry (lahir 5 Ogos 1981) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu berjudul "Langit Ketujuh" ciptaan Azmeer.[1] Selain itu, beliau merupakan peserta Gegar Vaganza musim pertama dan bekas peserta Top 100 Malaysian Idol musim pertama.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2017, beliau menamatkan kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya (UM).[1] Beliau berkahwin dengan Buswani Abdillah dan dikurniakan tiga cahaya mata, Athalia Buswani, Ariana Deena, dan Alfenriz Habeeb.[1]
Gegar Vaganza
[sunting | sunting sumber]Beliau terpilih menjadi diantara 12 orang peserta Gegar Vaganza (musim 1) pada tahun 2014. Namun perjuangan beliau didalam program realiti tersebut terhenti di sewaktu konsert minggu keenam berikutan beliau mendapat markah yang paling terendah. Berikut persembahan beliau didalam Gegar Vaganza;
| Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal |
|---|---|---|---|
| Minggu 1 | Throwback | "Langit Ketujuh" | Dirinya sendiri |
| Minggu 2 | Memori Berkasih | "Hati Lebur Jadi Debu" | Hetty Koes Endang |
| Minggu 3 | Kenangan Mengusik Jiwa | "Perhaps" | Doris Day |
| Minggu 4 | Ada Berani? | "Mengapa" | Nicky Astria |
| Minggu 5 | Impian Dan Dedikasi | "Penasaran" | Krisdayanti |
| Minggu 6 | Berdua Lebih Baik | "Muara Hati" (duet Rem) |
Hafiz Suip & Siti Nurhaliza |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]| Tajuk | Butiran Album |
|---|---|
| Sharifah Zarina |
|
Single (Solo)
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Lagu | Album |
|---|---|---|
| 2004 | "Syair Pesona" | Sharifah Zarina |
| 2005 | "Langit Ke-7" | |
| 2006 | "Tak Secantik Wajah" | OST Drama Dua Hati |
| 2007 | "Harapan Berbunga Realiti" | Single |
| 2011 | "Suratan Yang Menyakitkan" | OST Drama Si Jundai |
| 2012 | "Memandang Awan"[2] | Single |
| 2019 | "Pernah Bahagia" | |
Single (Duet)
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Lagu | Duet bersama | Album |
|---|---|---|---|
| 2012 | "Tak Keruan" | Zamani | Single |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah & pencapaian
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2006 | Anugerah Planet Muzik 2006 | Artis Wanita Terbaik | N/a | Tercalon |
| Lagu Paling Popular | "Langit Ke-7" | Tercalon | ||
| Anugerah Industri Muzik ke-13 | Artis Baru Terbaik | N/a | Tercalon | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 Zaidi Mohamad (22 September 2017). Sharifah Zarina belum bersara daripada dunia muzik Berita Harian. Dicapai pada 3 Jun 2018.
- ↑ Mohd Al-Qayum Azizi (24 April 2012). Sharifah Zarina muncul lagi selepas lima tahun menghilang mstar Online. Dicapai pada 4 Jun 2013.