Shariff Medan
Shariff Medan | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Shariff bin Muhammad Ismail 1919 |
| Meninggal dunia | 4 Ogos 1997 (umur 77–78) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura |
| Tahun aktif | 1934–1997 |
Shariff Medan atau nama penuhnya Muhammad Shariff bin Muhammad Ismail dilahirkan di Medan, Indonesia pada tahun 1919.
Kehidupan awal dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Shariff Medan dilahirkan dalam keluarga yang amat kuat menentang penjajahan Belanda[1]
Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Shariff masuk ke Singapura bersama toboggan, Grand Jubilee Opera. Ketika itu wayang gambar atau filem mula mengambil tempat sebagai wahana hiburan baharu dalam masyarakat Melayu.
Pada tahun 1932 beliau mengambil tempat untuk filem Semarang diterbitkan di Singapura yang diarahkan oleh Pathe. Selain itu beliau juga pernah berlakon untuk filem melayu pertama Laila Majnun terbitan tahun 1933 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Selepas era Pendudukan Jepun, Pada tahun 1953, Shariff Medan memulakan kegiatan beliau dalam bidang perfileman. Beliau berlakon dalam filem Buloh Perindu yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Pelakon utama filem tersebut ialah Bakaruddin yang berasal dari Medan dan Rosini yang dilahirkan di Pulau Pinang. Tahun berikutnya 1954, seniman ini menyertai Cathay-Keris Film Productions sebagai penulis skrip yang prolifik dan penolong pengarah sehingga syarikat perfilem ini di tutup pada tahun 1973. Di era 70-an, beliau beralih arah kepada karya untuk rancangan TV berwarna dan radio.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1934 | Laila Majnun | Filem pertama | |
| 1953 | Buloh Perindu | ||
| 1955 | Mutiara Dari Malaya | Tok Penghulu | |
| 1958 | Sumpah Pontianak | Datuk | |
| Serangan Orang Minyak | Ayah Inspektor Dasuki | ||
| Chinta Gadis Rimba | |||
| 1959 | Mahsuri | Pandak Mayah | |
| Satay | Datuk Musa | ||
| Raden Mas | Kanjeng Ratu Kediri | ||
| Jula Juli Bintang Tiga | Dato' Bendahara | ||
| Bawang Putih Bawang Merah | Pak Ali | ||
| 1960 | Tunang Pak Dukun | Ketua Kampung | |
| Noor Islam | |||
| 1961 | Lela Satria | ||
| Yatim Mustapha | Raja Negeri Belantanpura | ||
| Puteri Gunong Ledang | Datuk Bendahara | ||
| Sri Mersing | Pak Malau | ||
| Sultan Mahmud Mangkat Dijulang | Datuk Bendahara | ||
| Hang Jebat | Datuk Bendahara Tun Perak | ||
| Siti Zubaidah | |||
| 1962 | Badang | Tengku Bendahara | |
| Chelorong Cheloreng | |||
| Lanchang Kuning | Juga sebagai penulis dan penolong pengarah | ||
| 1968 | Mat Lanun | ||
| 1969 | Serikandi | ||
| Little Jungle Boy | |||
| 1975 | Pontianak | Filem terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1973 | ...And Million Die! | Lelaki Posman |
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 1997 pada usia 78 tahun. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura