Sharmaine Farouk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sharmaine Farouk
Kelahiran
Sharmaine binti Ahmad Farouk

(1971-09-15) 15 September 1971 (umur 52)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1986–1998, 2018–kini
Pasangan
Hamdan Mohamed (bercerai)
Datuk Razlan Razali (kini)
Anak-anak4

Datin Sharmaine Ahmad Farouk (lahir 15 September 1971) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Antara 1980-an dan 1990-an, beliau meraih kejayaan tempoh singkat dalam bidang lakonan sebelum menyepi pada 1998. Beliau kembali aktif pada 2018.[1][2]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Sharmaine memulakan kerjaya awal sebagai model semasa sekolah menengah. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1987 menerusi filem Wira Angkasa arahan Aziz Jaafar, namun mendapat kejayaan terbesarnya menerusi watak Zulina lakonannya dalam filem XX Ray (1992) arahan Aziz M. Osman.[3]

Selepas kembali aktif dalam bidang lakonan pada 2018 menerusi drama Nafas, Sharmaine memilih untuk tidak menonjolkan dirinya di media selain mengelak untuk ditemubual.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sharmaine berkahwin dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali.[4] Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan Hamdan Mohamed pada 5 Jun 1994 dan bercerai.[5] Menerusi dua perkahwinan ini, Sharmaine dikurniakan 4 anak.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1987 Wira Angkasa Amy Filem pertama
1992 XX Ray Zurina
1994 Panggilan Pulau Jelita

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Nafas Puan Suraya TV3
2019 Cinta Tanpa Henti Puan Rozita
2020 Leon Zalika Puan Sofea TV Okey
Bila Cupid Jatuh Cinta Puan Suraya TV3
2022 Dendam Seorang Isteri Diana Astro Prima
2023 Isteri Halal Suraya Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 DM Hati Awak Sherry ntv7

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tahir Alhamzah (9 November 2018). #Showbiz: Actress Sharmaine Farouk returns to the screen New Straits Times. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  2. ^ Khairunnisa Hussin; Harris Iskandar Taib; Peter Yap (10 Jun 1994). Sharmaine ties the knot to end gossip New Straits Times. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  3. ^ "Sharmaine is one tough lady". The Malay Mail. 25 April 1992. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  4. ^ Wajah terkini Sharmaine Farouk selepas 20 tahun Lubuk VVIP. 4 Julai 2020. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  5. ^ Azman Samsudin (6 Jun 1994). "Sharmaine selamat diijabkabul". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]