Sharon Paul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sharon Anne Paul atau lebih dikenali sebagai Sharon Paul adalah merupakan seorang komposer yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi terhebat di tanah air seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ramlah Ram, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Sharon Paul
Kelahiran
Sharon Anne Paul

1977 (umur 46–47)
Nama lainSharon Paul Abdullah
PekerjaanPenggubah Lagu, Penerbit Muzik, Penerbit Album
Tahun aktif2006–kini
PasanganRusdi Ramli (k. 2008)
Anak-anak2

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sharon Paul juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengacara Rusdi Ramli. Beliau juga merupakan seorang mualaf dimana beliau telah memeluk agama Islam selama dua tahun sebelum beliau berkahwin dengan pelakon tersebut. Percintaan mereka bermula apabila mereka bertemu di pratonton filem 1957: Hati Malaya dimana Rusdi Ramli adalah merupakan salah seorang pelakon utama daripada filem tersebut. Mereka selamat dinikahkan pada 16 November 2008 di The Gallery Creative Elements, Seksyen 2, Shah Alam. Rusdi Ramli dinikahkan oleh Muhammad Sujak Haji Muhammad Daisuki iaitu Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk yang bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling sambil disaksikan oleh bapa Rusdi sendiri, iaitu Ramli Ismail. [1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai penggubah lagu

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sebagai penggubah lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Karya dicalonkan Penerima Keputusan
2019 Anugerah Juara Lagu ke-33 "Sampai Bila" Misha Omar Tempat Ketiga
Vokal Terbaik
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 "Gundah" Ernie Zakri Vokal Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Azira Abdul Aziz "Rusdi ajar Sharon hidup berlandaskan alQuran"[1] mstar.