Shashic Iewan
Shashic Iewan | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Noor Shashic Iewan bin Norihan 23 Mac 1991 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Terkenal kerana | Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar |
| Pasangan | Filzah Azmi (k. 2023) |
Muhammad Noor Shashic Iewan Norihan (lahir 23 Mac 1991) lebih dikenali sebagai Shashic Iewan atau Shashic ialah seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai peserta dalam program realiti komedi Maharaja Lawak Mega 2021 melalui kumpulan Bahye.
Kehidupan Awal
[sunting | sunting sumber]Shashic dilahirkan dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau mengalami gagap primer sejak usia kira-kira 4 tahun, yang diwarisi daripada keluarganya. Semasa sekolah rendah dan menengah, beliau belajar menyesuaikan diri untuk mengatasi gangguan komunikasi ini.
Untuk membantu keluarga, Shashic pernah menjalankan pelbagai pekerjaan sampingan, termasuk menjadi kelindan lori, pemungut hutang, dan menjual jam tangan serta kasut semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau juga aktif membantu di gerai minuman ibu bapanya di Sunway.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Minat Shashic dalam komedi bermula apabila beliau secara spontan membuat jenaka ketika persembahan nyanyian tergendala, yang mendedahkan bakat humor beliau. Beliau mula mengambil langkah dalam stand-up comedy untuk memperbaiki kemahiran komunikasi dan menjadikan gagapnya sebagai motivasi.
Pada tahun 2021, Shashic menyertai Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan Bahye, bersama rakan komedi Zahid Baharuddin dan Nizam Jentik-Jentik. Beliau juga mempunyai kredit filem termasuk 6 Jilake (2025).
Kehidupan Peribadi
[sunting | sunting sumber]Shashic selamat berkahwin dengan rakan pelawaknya, Filzah Azmi, pada 3 Jun 2023 di Kuala Lumpur. Hubungan mereka bermula sejak 2016 tetapi diumumkan secara rasmi beberapa tahun kemudian.
Beliau memandang cabaran gagap primernya bukan sebagai kelemahan, tetapi sebagai elemen inspirasi dalam kerjaya komedi. Shashic mahu menjadi contoh bahawa seseorang dengan kekurangan boleh berjaya dan menghiburkan orang lain.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Kampung Latah The Mummy (2022)
- Mat Tudung Begins (2023)
- Geng Sakau vs Hantu Ting Tong (2023)
- Baik Punya Ah Long (2024)
- 6 Jilake (2025)
Televisyen
[sunting | sunting sumber]- Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 – Kumpulan Bahye bersama Nizam Jentik-Jentik & Zahid Baharuddin
- Peserta Muzikal Lawak Superstar (musim 3) - Kumpulan Bahroy bersama Nizam Jentik-Jentik & Roy Azman
- Peserta Muzikal Lawak Superstar (musim 4) - Kumpulan Sarkas bersama Danial Zaini & Acap S
- Dirinya sendiri Buka Kedai : Now In Tokyo - bersama Nabila Huda, Kasih Iris Leona & Eric Lay
- Peserta Muzikal Lawak Superstar (musim 5) - Kumpulan Nanas bersama Namie Smy & Achey Bocey
- MeleTOP (musim 15) - Hos Jemputan Shashic Iewan menggantikan tempat Nabil Ahmad & Hawa Rizwana