Shaun Bartlett

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shaun Bartlett
Maklumat peribadi
Nama penuhThurston Shaun Bartlett
Tarikh lahir (1972-10-31) 31 Oktober 1972 (umur 46)
Tempat lahirCape Town, Afrika Selatan
Ketinggian1.85 m (6 ft 1 in)
Posisi permainanPenyerang (bersara)
Kerjaya remaja
Norway Parks
Vasco Da Gama
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1992–1995Cape Town Spurs116(48)
1996–1997Colorado Rapids36(9)
1997MetroStars13(2)
1997–1998Cape Town Spurs (pinjam)18(8)
1998–2000FC Zürich77(27)
2000–2006Charlton Athletic123(24)
2006–2008Kaizer Chiefs31(11)
2008–2009Bloemfontein Celtic8(0)
Jumlah422(129)
Pasukan kebangsaan
1995–2005Afrika Selatan74(28)
Pasukan diurus
2012-Golden Arrows (pembantu pengurus)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 4 April 2009.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 4 April 2009

Shaun Bartlett (lahir 31 Oktober 1972 di Cape Town) merupakan bekas pemain bola sepak Afrika Selatan kali terakhir bermain sebagai penyerang untuk Bloemfontein Celtic. Dia sekarang merupakan pembantu pengurus Golden Arrows di Afrika Selatan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dibesarkan oleh neneknya di Factreton, Cape Flats, Bartlett mula bermain bola sepak untuk pasukan gerejanya. Dia juga berbakat dalam sukan kriket.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Bartlett memulakan kariernya bersama Cape Town Spurs sebelum berpindah ke kelab Major League Soccer, Colorado Rapids pada musim 1996. Pada pertengahan musim 1997, dia berpindah ke MetroStars pada 10 Julai.[1] Bartlett meninggalkan MLS dan kembali ke negara asalnya. Dia kemudiannya dipinjamkan ke FC Zürich dan berpindah ke sana secara tetap pada tahun 1998. Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Charlton Athletic pada tahun 2000,[2] dan berpindah secara tetap pada tahun 2001 dengan perjanjian bernilai £2 juta.[3] Bartlett memenangi anugerah Gol Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris pada musim 2000-01 untuk golnya ketika menentang Leicester City.[4] Dia dilepaskan oleh kelab itu pada bulan Mei 2006. Dia kemudiannya menyertai Kaizer Chiefs dan pada musim panas tahun 2008, dia bersara daripada bola sepak profesional. Dia kemudiannya kembali bermain bola sepak untuk Bloemfontein Celtic.[5]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bartlett membuat penampilan sulung penuh pertamanya ketika perlawanan persahabatan menentang Lesotho pada 26 April 1995. Dia merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah dibelakang Benni McCarthy untuk pasukan kebangsaan Afrika Selatan, dengan 28 gol daripada 74 penampilan. Dia membantu negaranya ke Piala Negara-Negara Afrika 1996 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1998 dimana dia menjaringkan dua gol.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 1995-11-24 Mmabatho, Afrika Selatan  Mesir 2-0 2-0 Piala Empat Negara
2 1995-11-26 Johannesburg, Afrika Selatan  Zimbabwe 1-0 2-0 Piala Empat Negara
3 1995-11-26 Johannesburg, Afrika Selatan  Zimbabwe 2-0 2-0 Piala Empat Negara
4 1996-01-31 Johannesburg, Afrika Selatan  Ghana 2-0 3-0 Piala Negara-Negara Afrika
5 1996-06-15 Johannesburg, Afrika Selatan  Malawi 1-0 3-0 Kelayakan Piala Dunia
6 1996-06-15 Johannesburg, Afrika Selatan  Malawi 3-0 3-0 Kelayakan Piala Dunia
7 1997-10-11 Lens, Perancis  Perancis 1-0 1-2 Persahabatan
8 1998-05-20 Johannesburg, Afrika Selatan  Zambia 1-1 1-1 Persahabatan
9 1998-06-24 Bordeaux, Perancis  Arab Saudi 1-0 2-2 Piala Dunia FIFA
10 1998-06-24 Bordeaux, Perancis  Arab Saudi 2-2 2-2 Piala Dunia FIFA
11 1998-10-03 Johannesburg, Afrika Selatan  Angola 1-0 1-0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
12 1999-02-27 Mabopane, Afrika Selatan  Gabon 3-1 4-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
13 2000-01-23 Kumasi, Ghana  Gabon 2-1 3-1 Piala Negara-Negara Afrika
14 2000-01-23 Kumasi, Ghana  Gabon 3-1 3-1 Piala Negara-Negara Afrika
15 2000-01-27 Kumasi, Ghana  Republik Demokratik Congo 1-0 1-0 Piala Negara-Negara Afrika
16 2000-02-02 Kumasi, Ghana  Algeria 1-0 1-1 Piala Negara-Negara Afrika
17 2000-02-12 Accra, Ghana  Tunisia 1-0 2-2 Piala Negara-Negara Afrika
18 2000-04-08 Maseru, Lesotho  Lesotho 1-0 2-0 Kelayakan Piala Dunia
19 2000-04-23 Bloemfontein, Afrika Selatan  Lesotho 1-0 1-0 Kelayakan Piala Dunia
20 2000-12-16 Johannesburg, Afrika Selatan  Liberia 1-0 2-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
21 2001-01-27 Rustenburg, Afrika Selatan  Burkina Faso 1-0 1-0 Kelayakan Piala Dunia
22 2001-05-05 Johannesburg, Afrika Selatan  Zimbabwe 1-0 2-1 Kelayakan Piala Dunia
23 2001-11-10 Johannesburg, Afrika Selatan  Mesir 1-0 1-0 Cabaran Nelson Mandela
24 2002-11-19 Johannesburg, Afrika Selatan  Senegal 1-0 1-1 Cabaran Nelson Mandela
25 2003-06-22 Polokwane, Afrika Selatan  Côte d'Ivoire 1-0 2-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
26 2004-07-03 Johannesburg, Afrika Selatan  Burkina Faso 2-0 2-0 Kelayakan Piala Dunia
27 2004-11-17 Johannesburg, Afrika Selatan  Nigeria 1-0 2-1 Cabaran Nelson Mandela
28 2005-09-07 Bremen, Jerman  Jerman 1-1 2-4 Persahabatan

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Switzerland FC Zürich

Afrika Selatan Kaizer Chiefs

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Afrika Selatan Afrika Selatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MetroStars Trade for Bartlett, A Forward." New York Times, 11 July 1997. Retrieved 24 February 2013.
  2. ^ "Bartlett bound for the Valley". BBC Sport. 2000-11-24. Dicapai 2007-10-28. 
  3. ^ "Bartlett bound to The Valley". BBC Sport. 2001-05-22. Dicapai 2007-10-28. 
  4. ^ "Bartlett wins Goal of the Season". BBC Sport. 2001-05-15. Dicapai 2007-04-22. 
  5. ^ "Bartlett set to join Celtic". supersport.com. 2008-11-08. Dicapai 2009-05-01.