Shazam! (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shazam!
PengarahDavid F. Sandberg
PenerbitPeter Safran
Lakon layar olehHenry Gayden
Cerita oleh
BerdasarkanWatak oleh
DC Comics
Dibintangi oleh
Muzik olehBenjamin Wallfisch
SinematografiMaxime Alexandre
Disunting olehMichel Aller
Syarikat
penerbitan
PengedarWarner Bros. Pictures
Mula ditayangkan
15 Mac 2019 (2019-03-15)(Toronto)
April 5, 2019 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
132 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$80–100 juta[2]
Pecah panggung$363 juta[3]

Shazam! adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat tahun 2019 arahan oleh David F. Sandberg untuk New Line Cinema dan edaran Warner Bros Pictures, filem ini dibintangi Asher Angel dan Zachary Levi serta Mark Strong serta Jack Dylan Grazer. Ia adalah filem ke-7 dalam DC Extended Universe (DCEU) berdasarkan watak Captain Marvel ciptaan Fawcett Comics yang kemudiannya dimiliki DC Comics.

Filem ini telah ditayangkan secara rasmi se-Amerika Syarikat pada 5 April 2019. Filem ini mencatatkan hasil kutipan $363 juta di seluruh dunia menjadikannya dia filem paling laris tahun pada tahun 2019. Meskipun paling rendah pencapaiannya - dalam francais filem DCEU, namun dia merupakan satu kejayaan pecah panggung yang boleh dibanggakan. Filem ini mendapat ulasan positif dari para pengkritik dengan pujian yang banyak untuk dari aspek pengarahan oleh Sandberg dan persembahan dari Levi dan Grazer, yang bertenaga dan mantap serta kesan cahaya dan bunyi pada skor yang terbaik. Sekuel seterusnya masih dalam proses pembangunan untuk dikembangkan, dengan Sandberg dipilih sekali lagi untuk beliau menjadi pengarah filem seterusnya.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1974 jauh di pedalaman New York, Thaddeus Sivana muda bergaduh dengan ayah dan kakak laki-lakinya selama perjalanan dengan kereta ketika dia diangkut ke Rock of Eternity, sebuah kuil ajaib yang tersembunyi di dimensi lain. Dia bertemu dengan seorang ahli sihir kuno bernama Shazam yang berabad-abad mencari seorang juara baru yang "hatinya murni" setelah juara sebelumnya. Namun, Thaddeus dengan gopoh-gapahnya tertarik dengan suatu artifak yang diusiknya lalu melepaskan tujuh lembaga-lembaga "Maha Dosa" (Seven Deadly Sins) ke dunia; kerana kecuaian inilah Thaddeus dianggap tidak layak dan dikembalikan ke Bumi.

Bertahun-tahun kemudian di Philadelphia - Billy Batson, seorang anak bermasalah yang mencari ibu kandungnya dan ditempatkan dalam kelompok yang dikelola oleh Victor dan Rosa Vasquez bersama lima anak asuh lainnya: Mary Bromfield, Pedro Peña, Eugene Choi, Darla Dudley dan Freddy Freeman. Sementara itu, seorang dewasa yang menderita Sivana menemukan cara untuk kembali ke Batu Keabadian. Di sana, dia mencuri Eye of Sin dan dirasuk kuasa-kuasa objek tersebut lalu kembali ke Bumi untuk membalas dendam terhadap ayah dan abang yang sering memperlekehkannya.

Di sekolah, Billy menyelamatkan Freddy daripada beberapa orang yang membuli ketempangannya, namun para pembuli tersebut mengejar Billy habis-habisan. Billy berjaya melarikan diri, namun kereta api bawah tanah dinaikinya merentas ke suatu dimensi lain; ahli sihir Shazam bersemuka dengan Billy yang dipilihnya sebagai juara baru. Dengan memanggil nama Shazam, Billy diubah menjadi seorang adiwira berbadan dewasa; AHli Sihir tersebut memdebu kecuali tongkat saktinya. Di rumah, Freddy membantu Billy melatih diri mengawal kuasa barunya diperolehinya merangkumi manipulasi elektrik, kekebalan, kekuatan super, kelajuan, kecerdasan dan penerbangan. Catatan video Freddy mengenai perkembangan ini menular sehingga mereka berdua jadi terkenal, Billy mula ambil kesempatan ponteng sekolah menggunakan kekuatannya sebagai Shazam untuk uang dan ketenaran. Melihat Shazam menyelamatkan bus diberita, Sivana menantang dan dengan mudah mengalahkannya, menuntut dia menyerahkan kekuatannya, tetapi Shazam berubah kembali menjadi Billy dan melarikan diri ke kerumunan. Sivana lama kelamaan mengenalpasti Billy sebagai gerangan adiwira tersebut lalu segera menculik Freddy untuk mengumpan lly. Di rumah Vasquez, anak-anak lain juga berjaya memikirkan sendiri identiti Billy dan mengatakan kepadanya bahwa mereka telah menemukan ibunya, yang tinggal di dekatnya.

Billy bertemu kembali dengan ibunya - ibu kandung tersebut menjelaskan kepadanya dia terpaksa sengaja meninggalkannya kerana dia sendiri merasa tidak mampu menampung mereka berdua kerana keadaannya yang remaja pada ketika itu. Billy mengembalikan kompas yang diberikan kepada anak kecil dan pergi, mengatakan kepadanya bahwa dia harus kembali ke "keluarga sebenar"nya. Pada saat ini, Sivana menelefon dari rumah Billy sambil menggugut adik-beradik angkatnya sebagai tebusan. Billy setuju untuk memberi Sivana kekuatannya agar keluarganya dapat dilepaskan. Sivana dan Shazam melakukan perjalanan ke Rock of Eternity di mana Sivana mengambil tongkat ahli sihir, tetapi saudara kandungnya mengikuti dan menyerang Sivana. Shazam menyadari bahwa Sivana kehilangan kekuatannya ketika ketujuh Dosa meninggalkan tubuhnya.

Sivana mengejar Shazam dan saudara-saudaranya ke karnival musim dingin, melepaskan Dosa pada kerumunan. Ketika Wrath berperang melawan Shazam, Dosa lainnya menangkap saudara-saudaranya, menuntut kekuatannya. Ketika Sivana mengingat Dosa, Shazam menggunakan kesempatan untuk mengambil tongkat dan mengejutkan Sivana. Mengingat kata-kata Wizard, Billy menggunakan tongkat untuk berbagi kekuatannya, mengubah saudara-saudaranya menjadi pahlawan dewasa seperti dia. Shazam mematahkan tongkat dan bertarung dengan Sivana sementara saudara-saudaranya mengalihkan Dosa. Shazam memancing Envy keluar dari tubuh Sivana, membuatnya tidak berdaya, dan mengambil kembali Eye of Sin yang merebut kembali semua Dosa. Billy dan saudara-saudaranya dipuji sebagai pahlawan. Mengembalikan Mata dan Dosa ke penjara mereka, Billy dan saudara-saudaranya menyadari Rock of Eternity dapat menjadi markas baru mereka. Kemudian, Billy tiba di sekolah saat Shazam untuk makan siang dengan saudara-saudaranya, mengungkapkan bahwa dia juga mengundang Superman, yang membuat Freddy kaget dan gembira.

Dalam adegan mid-credit, Sivana yang dipenjara didekati oleh Mister Mind, yang mengusulkan beraliansi. Dalam adegan pasca-kredit, Shazam dan Freddy menguji siapakah yang dapat berkomunikasi secara telepati dengan ikan.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Asher Angel sebagai William "Billy" Batson - seorang anak bermasalah yang ditinggalkan semasa kecil
  • Zachary Levi sebagai jelmaan adiwira Billy
    • Djimon Hounsou sebagai Shazam, ahli sihir yang mengurniakan kuasa luar biasa kepada Billy
  • Mark Strong sebagai Dr. Thaddeus Sivana
  • Jack Dylan Grazer sebagai Frederick "Freddy" Freeman, adik angkat dan sahabat Billy yang tempang; dia cuba melatih Billy memperbaiki kuasa adiwiranya.
    • Adam Brody sebagai jelmaan wira Freddy yang dewasa
  • Faithe Herman sebagai Darla Dudley, adik angkat Billy.
  • Grace Fulton sebagai Mary Bromfield, kakak angkat Billy.
  • Ian Chen sebagai Eugene Choi, adik angkat Billy
  • Jovan Armand sebagai Pedro Peña
  • Marta Milans sebagai Rosa Vasquez, ibu angkat Billy sesanak dan pemilik bersama rumah anak yatim
  • Cooper Andrews sebagai Victor Vasquez, ayah angkat Billy sesanak dan pemilik bersama rumah anak yatim

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Pengarah David F. Sandberg membuat penampilan kameo sebagai tiga ekor buaya jadian bersama-sama Steve Newburn dan Ned Morill. Beliau juga menyumbang suara sendiri sebagai watak Mister Mind.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan filem Shazam telah dimulakan oleh New Line seawal tahun 2000 tetapi telah ditangguhkan selama bertahun-tahun. Filem pertamanya telah dikeluarkan pada tahun 2009 arahan Peter Segal dan dibantu penulis skrip oleh John August. Menampilkan Dwayne Johnson sebagai watak antagonis, Black Adam, tetapi projek itu jatuh tersungkur ke kancah kegagalan. Johnson juga bertindak sebagai pengeluar eksekutif Shazam!. William Goldman, Alec Sokolow, Joel Cohen, Bill Birch dan Geoff Johns, antara lain semuanya terlibat dalam projek mengendalikan beberapa tugas-tugas penting di balik tabir pembikinan filem tersebut. 5 tahun kemudian, filem ini diumumkan secara rasmi pada tahun 2014, dengan Johnson mengetengahkan siapa yang membawa peranan utama, sama ada Shazam atau Black Adam. Dia kemudiannya dipecat pada Januari 2017 kerana bernekad untuk memimpin projek pembangunan Black Adam secara solo. Sandberg kemudian menandatangani untuk mengarahkan Shazam! pada Februari 2017 dan Levi di pilih sebagaia pelakon utama pada bulan Oktober 2017, dengan Angel menyertai pada bulan bulan November 2017. Sesi pengambaran utama bermula di Toronto, Ontario, Kanada pada 29 Januari 2018, dengan sebahagian besar filem dirakamkan di dalam Pinewood Toronto Studios, dan siap sepenuhnya pada 11 Mei 2018.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shazam! (12A)". British Board of Film Classification. Dicapai pada Mac 25, 2019.
  2. ^ Fuster, Jeremy (April 7, 2019). "'Shazam!' Surges to $53 Million Box Office Opening". TheWrap. Dicapai pada April 20, 2019.
  3. ^ "Shazam! (2019)". Box Office Mojo. Dicapai pada Jun 11, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]