Shaziman Abu Mansor
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Berhormat Dato' Seri Shaziman Abu Mansor MP |
|
---|---|
Menteri Kerja Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 15 May 2013 |
|
Didahului oleh | Mohd Zin Mohamed |
Digantikan oleh | Fadillah Yusof |
Ahli Parlimen Malaysia untuk Tampin |
|
Memegang jawatan 1999 |
|
Didahului oleh | Mohd Noh Rajab |
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 |
|
Didahului oleh | Lim Keng Yaik |
Digantikan oleh | Peter Chin Fah Kui (Tenaga dan Air) Rais Yatim (Komunikasi) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak, Malaysia |
20 Januari 1964
Parti politik | UMNO |
Sekutu gabungan politik lain |
Barisan Nasional |
Alma mater | Trine University |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Tampin. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Shaziman dilahirkan di Ipoh, Negeri Perak pada 20 Januari 1964.
Isi kandungan
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Shaziman ialah sepupu kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin daripada sebelah bapanya. Bapanya Abu Mansor ialah adik kepada Jamaludin. Bapanya pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM). Ibu Khairy Jamaludin orang Kedah, sementara ibu Shaziman orang Negeri Sembilan. Hanya ayah mereka adik-beradik dan berasal dari Kampung Gadong, Kota, dalam daerah Rembau. Shaziman dan Khairy ialah cucu kepada Penghulu Abu Bakar. Ibu Shaziman bernama Ramlah, dari Kampung Tanah Datar, Gadong.
Shaziman dilahirkan ketika bapanya menetap di kuarters Stesen Kereta Api Ipoh, Perak. Setelah bersara, bapanya pulang ke kampung lalu menetap di Taman Woon, Tampin.
Isterinya Datin Rozana Mohd. Khalid.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada 1971. Kemudian, beliau meneruskan pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari 1977 hingga 1979 dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban dari 1980 hingga 1981.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Malaysia dengan mendapat Diploma Kejuruteraan awam pada 1986. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau meneruskan pengajian beliau dalam bidang akademik ke Tri-state University, Indiana, Amerika Syarikat dengan mendapat Ijazah Kejuruteraan Awam pada 1988.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Pengurusan di Aokam Tin Berhad dan Malaysian Assurance Alliance dan kemudia dilantik sebagai Pengerusi di Inter Builders Sdn Bhd. Beliau juga pernah menduduki kerusi Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2001.
Politik[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari 2001 hingga 2004, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1999), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Tampin.
Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1999, beliau mewakili Barisan Nasional/UMNO menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan mempertahankan parlimen Tampin pada tahun 2004 dan 2008. Pada 1999, Shaziman menewaskan calon PAS, Abdul Razakek Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 18,084 undi.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Shaziman Bin Abu Mansor bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Shaziman Bin Abu Mansor telah menang dengan mendapat undi sebanyak 24022. Calon lawan ialah Abdul Razakek Bin Abdul Rahim daripada PAS yang mendapat 10,943 undi – kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76.%. Undi rosak sebanyak 1115.[perlu rujukan]
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
Penyandang Terdahulu | Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia 2008–Kini]] |
Penyandang Kemudian |
?? |
?? |