Shazleen Shahbi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shazleen Shahbi
Kelahiran (1974-08-02) 2 Ogos 1974 (umur 49)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1993–2011
PasanganBadrul Hisham Md Isa (k. 2002)
Anak-anak5

Shazleen Shahbi (lahir 2 Ogos 1974) ialah seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Dalam tempoh kerjaya lakonannya selama 2 dekad, beliau telah berlakon dalam filem dan dalam drama TV.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shazleen terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai peragawati selepas tamat sekolah.[4] Kerjaya lakonannya bermula apabila pengarah prolifik, Shuhaimi Baba menawarkannya berlakon dalam filem Selubung (1992), seterusnya muncul dalam filem Abang 92 arahan Rahim Razali.

Beliau kemudian berlakon dalam 2 lagi filem arahan Shuhaimi, Ringgit Kasorrga (1995) dan Layar Lara (1997).[5][6] Shazleen juga berlakon dalam beberapa drama TV termasuk Roda-Roda Kotaraya dan Hanya Untuk Jutawan. Beliau berlakon bersama Farouk Hussain dalam telefilem Anak Mami untuk siaran di TV3 pada 1996.[7]

Pada tahun 2001, Shazleen membintangi pementasan teater Umbut Mayang Mengurai arahan Khalid Salleh.[8]

Beliau juga pernah berlakon dalam filem Momok The Movie (2009) bersama pelawak Nabil Ahmad. Selepas perkahwinannya, Shazleen mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon. Beliau dipetik oleh mStar Online pada Januari 2014 sebagai berkata: "Saya tidak ada masa lagi untuk berlakon kerana sibuk menguruskan anak-anak lebih-lebih lagi dua orang sudah bersekolah".[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shazleen berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Badrul Hisham Md Isa pada 7 Jun 2002[10] dan dikurniakan 5 anak, termasuk 2 kembar.[11][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1992 Selubung Filem pertama
Abang 92
1995 Ringgit Kasorrga
1997 Layar Lara Jan
2009 Momok The Movie Hantu Mayat Bangkit Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1995 Roda-Roda Kotaraya TV2
1996 Hanya Untuk Jutawan Mega TV

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1996 Anak Mami TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2001 Temasya Aidilfitri Dirinya sendiri TV1
2011 Di Kaki

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2001 Umbut Mayang Mengurai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zulkefli Ali (23 November 1993). "Shazleen sanggup terima cemuhan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  2. ^ "Shazleen's challenge" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 14 September 1993. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  3. ^ "Sudah bersedia!". Harian Metro. 15 Januari 1994. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  4. ^ Roslen Fadzil (22 Mei 1993). "...Kerana dorongan Shazleen cuba juga". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  5. ^ Hartati Hassan Basri (7 Februari 1996). "Shazleen terus berjuang bersama Shuhaimi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  6. ^ Zulkefli Ali (3 Ogos 1994). "Shazleen tidak hanyut dalam arus glamour". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  7. ^ "Shazleen mencari watak mencabar". Utusan Malaysia. 22 Disember 2000.
  8. ^ "Shazleen hayati watak puteri bunian". Utusan Malaysia. 11 September 2001.
  9. ^ a b Kemalia Othman (22 Januari 2014). "Shazleen Shahbi Lahirkan Sepasang Bayi Kembar". mStar Online. Dicapai pada 6 Mac 2015.
  10. ^ Ellyna Ali; Zul Husni Abdul Hamid (8 Jun 2002). "Shazleen-Badrul bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  11. ^ Shakilawati Abd Rahman (3 Mac 2013). "Shazleen bahagia jadi ibu". Metro Ahad. Dicapai pada 6 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]