Shazni Munir Mohd Ithnin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shazni Munir Mohd Ithnin
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
5 Mac 2021 – 6 Ogos 2021
Didahului olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Digantikan olehHoward Lee Chuan How
Ketua Pemuda Amanah Nasional
Dalam jawatan
4 Julai 2020 – 6 Ogos 2021
Didahului olehHasnul Zulkarnain Abdul Munaim
Digantikan olehMohd Hasbie Muda
Butiran peribadi
LahirShazni Munir bin Mohd Ithnin
(1987-01-14)14 Januari 1987
Segamat, Johor, Malaysia
Meninggal dunia6 Ogos 2021(2021-08-06) (umur 34)
Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Pasir, Bukit Pasir, Muar, Johor
Sebab kematianCOVID-19
Parti politik AMANAH
PasanganZarith Noor Abdul Kahar (k. 2012)
Anak-anak3
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Shazni Munir Mohd Ithnin (14 Januari 1987 – 6 Ogos 2021) merupakan mantan Ketua Pemuda Pakatan Harapan dan AMANAH Nasional. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Shazni Munir berasal dari Segamat, Johor. Beliau sebelumnya merupakan seorang mahasiswa tahap pertengahan Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Bioteknologi) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) APIUM Nilam Puri, Kelantan bagi sesi 2006 dan 2007. Beliau juga merupakan pengasas bersama dan ahli majlis Sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Ketika Malaysia dilanda wabak COVID-19, beliau telah meninggal dunia pada 6 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 tahap kelima. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ketua Pemuda PH meninggal dunia kerana Covid-19". Sinar Harian. 6 Ogos 2021. Dicapai pada 6 Ogos 2021.