Tengku Shaheera Ilani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sheera Iskandar)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Sheera Iskandar" dilencongkan di sini.
Sheera Iskandar
Kelahiran Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar
(1985-04-18) 18 April 1985 (umur 32)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Sheera Iskandar, Tengku Shaheera Ilani
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2003 - kini
Pasangan Doul Harun

Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar atau juga dikenali sebagai Sheera Iskandar (lahir 18 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Sheera merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan. Namanya melonjak naik selepas berlakon drama bersiri Janji Diana. Bakat beliau dicungkil oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Hanez Suraya.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sheera dilahirkan sebagai Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar pada 18 April 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada pelakon Aznah Hamid dan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil. Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Bicara Hati bersama Nur Fazura dan Hanez Suraya. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.[1]

Pada tahun yang sama, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama Sembilu Kasih arahan Datuk Yusof Haslam dan seterusnya muncul dalam drama Janji Diana yang diadaptasi daripada filem 2002 dengan judul sama lakonan Erra Fazira, juga arahan Yusof. Pada 2005, beliau berlakon dalam dua filem — filem aksi KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi yang merupakan prekuel dari filem KL Menjerit dan filem drama romantik Sembilu 2005.

Antara 2009 dan 2011, Sheera berlakon dalam siri drama Si Capik yang mana beliau memegang watak sebagai Syerin, isteri kepada Reza lakonan Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach X-Factor. Drama ini turut dibintangi oleh Erry Putra, Hetty Sarlene, ibunya Aznah Hamid, Fathil Dani, Raja Noor Baizura, Aziz Singah dan Riz Amin.

Pada 2010, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi lakonannya sebagai Halimah, seorang gadis lurus bendul yang bergigi jongang dalam siri drama komedi, Halimah Jongang terbitan A. Aida Productions yang mana ia memerlukan beliau memakai gigi palsu demi watak Halimah.[2]

Beliau kembali ke layar lebar pada 2011 menerusi dua filem terbitan Skop ProductionsKL Gangster[3] (sebagai Zati) dan Aku Bukan Tomboy[4][5] (sebagai gadis pengkid bernama Bell), kedua-duanya arahan Syamsul Yusof. Sheera kembali melakonkan watak Zati dalam KL Gangster 2 pada 2013.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bicara Hati". Filemkita. Dicapai pada 28 Mac 2015. 
  2. ^ Kemalia Othman (25 Februari 2011). "Kontroversi Halimah Jongang, Sheera Iskandar hilang tawaran berlakon". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Mac 2015. 
  3. ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  4. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 
  5. ^ "Aku Bukan Tomboy sarat mesej & komedi". Sinar Harian. 18 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]