Sheikh Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sheikh Ismail bin Muhammad Salleh (17 Syaaban 1311H/22 Februari 1894M – 23 Syawal 1364H/30 September 1945M)[1] ialah seorang ulama dari Kedah dan merupakan Kadi Besar Kedah (1937 – 1939) dan Pengerusi Majmak Syeikhul Islam Negeri Kedah. Beliau ialah anak kepada Haji Muhammad Salleh bin Haji Muhammad Hasyim (1280H/1864M – 1363H/1944M) dan Fatimah binti Haji Ishak dan cicit kepada Haji Ishak bin Muhammad Hasyim (1184H/1771M – 1287H/1871M), iaitu pengasas Pondok Pulau Pisang, Tunjang, Kedah dan Kadi Besar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam ketika pemerintahan Tunku Anum (1790 – 1853).[2][3][4]

Beliau meninggal dunia pada 23 Syawal 1364H lalu dikuburkan di tanah perkuburan Masjid Pulau Pisang.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Umar Luqman (3 Januari 2018). "Ulama dan Nasionalis". tanwir.my. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Bahagian Penerbitan Majalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (23 Mei 2017). "Ulama nasionalis, majukan sekolah agama". Utusan Online. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Muhammad Saleh Kedah - Penerus pengajian pondok tertua di Kedah". Utusan Malaysia. 31 Mei 2004. Dicapai pada 14 Februari 2019 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Haji Muhammad Salleh bin Haji Hashim". mykedah.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2008. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Sheikh Ismail Bin Haji Muhammad Salleh". memori-kedah.com. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)