Sheikh Mansour Leghaei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sheikh Mansour Leghaei.jpg

Sheikh Mansour Leghaei merupakan tokoh ulama fahaman Syiah sederhana dari Iran. Pada 17 Mei 2010, beliau diusir dari negara Australia atas faktor keselamatan. Beliau tinggal selama 16 tahun di Australia.

Isterinya Marzeih Tabatabaei Hosseini dan anak lelakinya, Mohammad Ali Leghaei telahpun diberikan taraf penempatan tetap tetapi beliau dinafikan. Australian Associated Press melaporkan Menteri Imigresen dan Kerakyatan Australia Senator Chris Evans mendapati beliau dinilai oleh bahaya oleh agensi perisikan Australia, ASIO.Sejak 1995, ASIO menyiasat wang tunai AS$10,000 yang dibawa balik dari Iran. Wang itu dikatakan sumbangan derma oleh Pusat Pengembangan Islam di Tehran. Pada Ogos 1997, beliau merayu kesnya di Tribunal Semakan Imigresen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]