Sheikh Raffie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sheikh Raffie (Sheikh Raffie Abd Rahman) ialah Ketua Pegawai Operasi untuk BERNAMA (tahun 2007-2011), dan pengasas bersama Radio24, sebuah stesen radio baharu pertama Malaysia pada tahun 2007. [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Politik & Kajian Strategik Antarabangsa.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raffie adalah penyampai berita utama untuk stesen televisyen ntv7 semasa stesen tersebut baru dilancarkan pada tahun 1997. Pada tahun 1999, Raffie telah menjawat jawatan sebagai Ketua Berita di ntv7. Selepas itu beliau menjadi penyampai berita untuk Channel News Asia di Singapura sehingga tahun 2001. Pada tahun berikutnya beliau kembali ke ntv7 untuk menjadi Naib Presiden untuk bahagian berita dan hal ehwal semasa. Dari tahun 2003 sehingga 2005, beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar dan Naib Presiden berita, pengeluaran dan kejuruteraan di Channel 9 dan kemudian menjadi Ketua Kandungan pada tahun berikutnya. Raffie kemudiannya menyertai BERNAMA sebagai perunding pada tahun 2007 dan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menubuhkan Radio24.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "COO of Bernama Radio 24". Challenges Magazine. 2011-01-10. Dicapai pada 2011-02-06.