Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"SM Salim" dilencongkan di sini.
Tan Sri
S. M. Salim
Kelahiran Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros
30 Julai 1928(1928-07-30)
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kematian 29 Disember 2016 (umur 88)
Kuala Lumpur
Sebab kematian Sakit tua
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara  Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1949-2016
Tajuk 1) Ahli Mangku Negara
2) Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat (DPMT) dari Terengganu
3) Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dari Selangor
4) Darjah Panglima Setia Mahkota oleh YDPA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pasangan Puan Sri Aishah Abdul Ghani (1954-2016; kematiannya)
Anak 1) Siti Nuraishah, 60
2) Sheikh Samsuddin, 68
3) Siti Nur Huda, 56
4) Siti Maheran, 54
5) Siti Huzayah, 53
6) Sheikh Shamsul, 51
7) Siti Zubaidah, 35.
Kerjaya muzik
Latar belakang
Genre Pop tradisional, Etnik Kreatif, Irama Malaysia
Alat muzik Vokal
Kegiatan berkait 1) Yusni Hamid
2) Zainal Abidin
3) Siti Nurhaliza

Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros (30 Julai 1928 - 29 Disember 2016) atau lebih dikenali sebagai S.M. Salim merupakan penyanyi dari Malaysia. Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional). Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P. Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

Yusni Hamid adalah orang yang kerap berduet dengannya. Namun S. M. Salim pernah berduet dengan Zainal Abidin untuk lagu 'Satu', dan terbaru bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Pandang Pandang, Jeling Jeling' yang dinyanyikannya ketika mengadakan konsert Orkestra Filharmonik Malaysia di Dewan Filharmonik Petronas pada 31 Mac dan 1 April lalu.

Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960. S. M. Salim juga pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 1991, beliau dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.

S.M. Salim turut diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu. [1][2]

Masalah kesihatan dan kematian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Pada 29 Disember 2016, Tan Sri SM Salim menghembuskan nafas terkahir di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat sakit tua kira-kira jam 5.45 petang pada hari Khamis, selepas dua hari berada dalam keadaan tenat selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga sukar bernafas pada malam Selasa lalu (27 Disember 2016).[3] Berita kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Sheikh Shamsul Salim, 51. Jenazah Allahyarham SM Salim dijangka dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat.[4]

Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis. Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli MS dan Datuk A. Rahman Hassan.[5] Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani bersama tujuh orang anak iaitu Siti Nuraishah, 60, Sheikh Samsuddin, 68, Siti Nur Huda, 56, Siti Maheran, 54, Siti Huzayah, 53, Sheikh Shamsul, 51, dan Siti Zubaidah, 35.[6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Janganlah Marah Marah bersama Norma Salim (1953)
  • Hiboran Bintang2 Malaya (1955)
  • OST Sri Mersing (1965)
  • SM Salim (1979)
  • Joget Kasih Bermula (1980)
  • Kong Kong Kak (1980)
  • Cempakasari (1989)
  • Apa Dah Jadi (1991)
  • Satu (23 Disember 1992)
  • Nanti Dulu (30 Jun 1994)
  • Jeling Menjeling - bersama Yusni Hamid (1995)
  • Album Sekarang Dah Jadi (2003)
  • Nostalgia Abadi (2008)
  • Biografi (2011)
  • 4 Bintang Popular Vol 2 (2011)
  • Tan Sri P Ramlee & Tan Sri SM Salim (2012)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong.
  2. Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor yang membawa gelaran Datuk.
  3. Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu yang membawa gelaran Datuk.
  4. Dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena ulangtahun keputeraan baginda yang ke-75 pada 2 Jun 2001 yang membawa gelaran Tan Sri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]