Sheila Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sheila Majid

DIMP (Pahang)
Sheila Majid.jpg
Sheila pada Ogos 2015.
Kelahiran
Shaheila binti Abdul Majid

(1965-01-03) 3 Januari 1965 (umur 57)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • ahli perniagaan
  • jurucakap produk
Tahun aktif1984–kini
Ketinggian150 cm (4 ka 11 in)
Pasangan
Anak-anak4 (termasuk Kayda Aziz)
Kerjaya muzik
GenreJazz, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Titra Industries
Roslan Aziz Productions (RAP)
EMI Music Malaysia
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Johan Nawawi, Amir Yussof, Nora, Azlina Aziz, Liza Aziz, KRU, Poetic Ammo, Harvey Malaiholo, Chandra, Karen Kong, Jaclyn Victor
Laman web rasmiwww.sheilamajid.com

Yang Hormat Dato' Sheila Majid (lahir Shaheila Abdul Majid; 3 Januari 1965), juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Kuala Lumpur, bakatnya dikesan oleh penerbit muzik yang tertarik dengan suaranya, lantas mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1982. Sheila menandatangani kontrak bersama Titra Industries dan muncul bersama album pertama, Dimensi Baru pada 1985 dengan lagu "Pengemis Muda" dikeluarkan sebagai single pertama.[3][4][5]

Selepas menandatangani kontrak rakaman bersama EMI Music Malaysia, beliau muncul dengan album kedua, Emosi (1986) yang mana ia berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia. Lagu-lagu seperti "Sinaran"[6] dan "Antara Anyer dan Jakarta"[7] dikeluarkan sebagai single utama dan berjaya menjulang nama Sheila sekaligus menjadi antara singlenya paling berjaya pada 1980-an serta melayakkan beliau memenangi Anugerah BASF sebagai Artis R&B Wanita Terbaik pada 1987. Sheila kemudian menyertai Roslan Aziz Productions (RAP) sebagai salah seorang artis rakamannya dan pada 1992, beliau bersama teman-teman seperjuangan Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Azman Warren dan Amir Yussof membuat persembahan di konsert paling berjaya, Konsert Ikhlas 1992 di bawah pimpinan penerbit rakaman, Roslan Aziz.[8]

Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah menjadi artis Malaysia pertama yang berjaya di Jepun, dan mengadakan konsert yang habis dijual di Royal Theater di West End London pada 1996. Beliau juga menjadi penyanyi Malaysia pertama yang merakamkan sebuah kaset single,[9] serta merupakan artis tempatan pertama yang membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Sheila turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi filem-filem seperti Ali Setan (1985) dan Sinaran (2015). Dikenali oleh media sebagai Ratu Jazz Malaysia,[10][11] Sheila telah memukau jutaan peminat di rantau Asia dengan "suaranya yang lunak dan memiliki repertoir irama pop, jaz dan R&B kontemporari yang lebih besar".[12]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1965 di Kuala Lumpur,[11] Selangor (ketika itu) dan merupakan yang paling bongsu dalam lapan adik-beradik dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan soal agama.[13][14] Adik-beradiknya termasuk abangnya, Shahrin Majid dan kakaknya, Shahnaz dan Shahidah Majid. Bapanya yang berketurunan Jawa, bekerja di jabatan perhutanan di mana keluarga Sheila menetap di rumah kerajaan yang terletak berdekatan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), berhampiran Jalan Swettenham. Beliau bersekolah di Convent Goodshepherd Kindergarten, Methodist Girls Primary School dan Methodist Secondary School.[15]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1980-an: Penglibatan awal, Dimensi Baru, Emosi dan Warna[sunting | sunting sumber]

Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Beliau mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun. Beliau menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan di Raintree Club Kuala Lumpur ketika berusia 17 tahun. Pada ketika itu, bakatnya disedari oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan suaranya lantas menjemput beliau untuk satu uji bakat. Beliau telah diuji bakat oleh Roslan Aziz dan telah diberikan satu kontrak rakaman pada 1982.[16]

Setelah menandatangani kontrak, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menyerlah pada tahun 1985 dengan kemunculan albumnya yang bertajuk Dimensi Baru, yang kemudiannya menerima pengiktirafan emas. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Pengemis Muda".[4][11] Pada tahun yang sama, Sheila dipelawa oleh Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tipah, sepupu Ali lakonan Azmil.[17] Seterusnya, menerusi album Emosi yang dikeluarkan setahun berikutnya, menjadi suatu kelainan yang lebih ketara khususnya pada genre muzik yang diperkenalkan olehnya. Sentuhan muzik Jazz dan R&B yang ketara telah membuka minda masyarakat ketika itu untuk meneroka genre muzik, khususnya muzik Jazz yang dipelopor olehnya. Menerusi album Emosi juga, Beliau telah mendapat kepakaran dari negara jiran, termasuk susunan dan ciptaan lagu. Justeru, beliau cuba untuk menguji pasaran di Indonesia. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Sinaran", diikuti oleh single kedua, "Antara Anyer dan Jakarta".[18][19] "Sinaran" menjadi lagu Melayu pertama yang menduduki tangga teratas di stesen Radio Sapporo, Tokyo. Ia juga tersenarai di tangga ke-38 di Carta Top 40, Radio Osaka.[11]

Ternyata usaha keras beliau bersama rakan-rakan yang menjadi tulang belakang kerjayanya menjadi tidak sia-sia kerana sambutannya sungguh di luar jangkaan. Nama beliau begitu megah di Indonesia dan menjadi idola masyarakat di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga mendapat kritikan hebat di kalangan pengamal media di Indonesia yang mempersoalkan kejayaannya. Namun, kuasa peminat adalah melebihi segala-galanya kerana beliau dapat menawan bandar-bandar utama di negara tersebut seperti Bandung, Jogjakarta, dan banyak lagi. Hasilnya, beliau telah memenangi Anugerah BASF (kini Anugerah Musik Indonesia) sebagai Artis R&B Wanita Terbaik pada tahun 1987 yang tidak pernah sebelumnya dimenangi oleh artis bukan dari Indonesia.[20][19] Pada 29 Februari 1988, Sheila berangkat ke Singapura dan dipelawa untuk membuat persembahan khas dalam rancangan Hiburan Minggu Ini di mana beliau menyanyikan dua lagu, diikuti oleh rakaman persembahan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa persembahan luar.[21][14] Album ketiga Sheila menyusul pada April 1988 dengan tajuk Warna. Lagu-lagu seperti "Memori", "Panorama" dan "Hasrat Cinta" dikeluarkan sebagai single.[22] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila jualannya mencecah sebanyak 40,000 unit sejak dikeluarkan.[23] Pada masa yang sama, beliau telah melakar sejarah apabila albumnya mendapat anugerah multi-platinum.[24]

Kejayaannya di Indonesia telah diperkukuhkan lagi dengan konsert jelajah di 10 bandar di Indonesia pada Julai 1988, diikuti oleh konsert jelajah di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 peringkat — Pantai Barat, Malaysia Timur dan Pantai Timur. Siri konsert ini diadakan bagi mempromosikan album Warna.[25] Kejayaan beliau tidak hanya di negara jiran tersebut. Sekali lagi, nama beliau telah mencatat rekod muzik di Malaysia apabila kejayaannya merakamkan lagu di negara Jepun.[26][27] Pada 27 September 1989, album Sinaran dikeluarkan untuk edaran Jepun. Album kompilasi itu menampilkan beberapa lagu Melayu dan empat dari album Legenda yang akan menyusul serta dua lagu Inggeris.[28][29] Beliau juga dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Tokyo pada tahun itu.[19] Pada November, beliau telah diundi sebagai Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan Star Search yang berlangsung di Los Angeles, California, A.S.[30][31][32] Melalui undian yang telah dibuat di dalam akhbar New Straits Times, para pembaca telah memilih beliau sebagai bintang pilihan pembaca selama empat tahun berturut-turut antara 1987 sehingga 1990.

1990-an: Legenda, Konsert Ikhlas, Ratu dan Ku Mohon[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memulakan sebuah lagi projek pada tahun 1990 menerusi album keempatnya, Legenda yang dikeluarkan pada Januari tahun itu untuk pasaran Malaysia dan Jepun.[33][19] Album ini menampilkan lagu-lagu klasik yang diilhamkan daripada idolanya, P. Ramlee. Menerusi album ini, selain daripada lagu "Lagenda", terdapat lagu-lagu P. Ramlee yang kembali mencapai status lagu hit hasil daripada sentuhannya. Walaupun ada yang mengkritik, namun lagu "Bila Larut Malam", "Tiru Macam Saya", "Manusia" dan "Bunyi Gitar" telah mencipta gaya baru dalam generasi muda ketika itu. Ini menjadikan Sheila sebagai artis Malaysia pertama yang merakamkan kaset single.[9] Pada Februari 1990, Sheila mengambil bahagian dalam pertandingan Asian Music Pageant ke-2 yang berlangsung di Okinawa, Jepun,[19] seterusnya dipelawa untuk mengadakan persembahan dalam satu konsert anjuran Toshiba-EMI yang berlangsung di Tokyo.[9] Tidak lama selepas Legenda dikeluarkan, pada Oktober 1990, dua daripada lagu dalam album ini, "Bila Malam" dan "Engkau Laksana Bulan" diharamkan daripada siaran radio oleh RTM, namun pengharaman itu tidak menjejaskan jualan album Legenda.[34][35] Beliau telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dalam satu penghormatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Sehingga kini, album Legenda kekal sebagai album terlaris beliau dan disokong oleh seluruh negara yang merangkumi lebih daripada dua tahun. Selepas perkahwinannya dengan Roslan Aziz, Sheila menyertai syarikat rakaman suaminya, Roslan Aziz Productions (RAP) sebagai salah seorang artis rakamannya. Bersama-sama dengan rakan selabel termasuk Zainalabidin, Zubir Ali dan Afdlin Shauki, beliau muncul dengan album kompilasi Ikhlas yang dikeluarkan pada 22 November 1991, di mana beliau menyumbangkan dua lagu, iaitu "Wanita" dan sebuah lagu duet bersama Afdlin, iaitu "Pagi".[36] Selepas itu, pada 27 November, beliau mengadakan konsert solonya yang dinamakan Legenda: The Concert yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur yang menarik perhatian penonton yang lebih daripada 10,000 penonton. Ia menjadi persembahan utama terakhirnya untuk tempoh yang lama.[37][38][39] Sebuah album secara langsung dan video yang diambil dari rakaman konsert ini dikeluarkan setahun kemudian.[40]

Sheila kemudian menjadi salah seorang artis RAP yang membuat persembahan di Konsert Ikhlas yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Disember 1992, bersempena dengan sambutan Hari Krismas. Turut beraksi ialah Afdlin Shauki, Azman Warren, Amir Yussof, Zainalabidin dan Zubir Ali. Konsert Ikhlas mencipta sejarah dalam industri muzik tanahair apabila ia menjadi persembahan penghibur tempatan yang paling ramai ditonton, dengan kehadiran seramai 40,000 penonton.[41][42] Berlangsung pada 10 hingga 20 Julai 1993 di Isetan Kuala Lumpur, Ratu - A Day in the Life of Sheila Majid ialah pameran seni yang menghimpunkan koleksi 103 gambar Sheila Majid yang mana sebahagian besarnya dirakamkan oleh jurugambar Jepun, Sumio Uchiyama.[43][44][45][46] Pada September, beliau sekali lagi terpilih sebagai Bintang Lux apabila mengikat kontrak selama dua tahun untuk menjadi model iklannya bersama seorang lagi artis, Angela Chun.[47] Sheila kemudian muncul dalam rancangan In Person Sheila Majid yang bersiaran di TV3 pada 14 Oktober.[48][49]

Pada Jun 1994, beliau menyumbangkan suaranya untuk album kompilasi 5 Years - One Rhythm. Menerusi album ini, Sheila menyumbangkan satu lagu, iaitu "Rintihan Harimau".[50] Beliau seterusnya terpilih sebagai model barangan elektronik Arena VCR keluaran Toshiba.[51] Pada tahun 1995, beliau berduet bersama Nora menerusi lagu "Jentayu" hasil nukilan Johan. Lagu ini dimuatkan dalam album koleksi Sentuhan Ilham Rasa Johan Nawawi.[52][53] Pada Oktober tahun yang sama, Sheila membuat penampilan semula di khalayak umum apabila membuat persembahan bersama Asian Fantasy Orchestra di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).[54]

Album studio kelima beliau, Ratu dikeluarkan pada Januari 1996.[55][56][57] Untuk album ini, beliau telah bekerjasama dengan beberapa pemuzik antarabangsa seperti Nathan East dari Amerika Syarikat, kumpulan Fourplay dan Rex Goh, serta Aska Kaneko dari Jepun. Album ini mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.[58] Ia mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran apabila jualannya mencapai 50,000 unit.[59] Beliau telah mengadakan konsert sehingga melewati kota London di West End di Royalty Theatre pada Mac 1996.[19][60][61][62] Kejayaan konsert tersebut menjadi kebanggaan pencinta muzik Malaysia, khususnya dalam kalangan peminat tegar beliau. Pada 13 September 1996, bagi mempromosikan album Ratu, Sheila mengadakan persembahannya di Konsert Ratu Sheila Majid yang berlangsung di Stadium Negara.[63][64] Persembahan beliau turut diiringi oleh 15 penari kanak-kanak dari Pusat Budaya Suasana, termasuk anaknya, Wan Nur Khaleda Aziz.[65] Pada Disember, iaitu tahun yang sama, beliau telah menerima jemputan oleh Ronnie Scott untuk tampil ke pentas.[19]

Pada tahun 1997, beliau menyumbangkan suaranya untuk album kompilasi Gerenti Hit 3 yang mana beliau menyumbangkan sebuah lagu baru yang bertajuk "Cinta Jangan Kau Pergi".[66] Sheila pada November 1998 mengumumkan akan menguruskan sendiri kerjayanya selepas keluar dari Roslan Aziz Productions (RAP) setelah kontrak tidak diperbaharui, sambil mendakwa tidak mempunyai sebarang ikatan dengan syarikat itu. Beliau dipetik sebagai berkata: "RAP kini tiada hak ke atas keseluruhan kerjaya saya".[67][68]

Sheila muncul dengan album kompilasi Ratu Selamanya terbitan EMI Music Malaysia yang menggandingkan beliau bersama penyanyi Indonesia, Ruth Sahanaya. Ia dikeluarkan pada Mac 1999.[69][70] Album studio keenam beliau, Ku Mohon telah dikeluarkan pada November 1999 di bawah Warner Music Malaysia. Untuk album ini, beliau menggalas peranan sebagai pembantu penerbit.[71][72][73] Beliau telah merangkul empat anugerah, termasuk Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7. "Ku Mohon" juga merupakan salah sebuah lagu yang terdapat di dalam album beliau dan liriknya ialah hasil ciptaan pertamanya telah menjadi Song of the Year.

2000-an: Sheila Majid 15, Cinta Kita dan pasca-kejayaan[sunting | sunting sumber]

Sheila tampil sebagai artis undangan untuk album kedua kumpulan hip hop Poetic Ammo, The World Is Yours yang mana beliau menyumbangkan korus dan bridge untuk lagu "Tiada Tandingan".[74] Pada 30 Jun 2000, beliau telah menjadi artis tempatan pertama yang pernah mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).[75] Pada malam kedua (1 Julai), tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual. Konsert tersebut juga adalah sempena ulang tahun kelima belas beliau dalam industri muzik.[76][77] Sheila bersama beberapa bintang terkenal tempatan dan Asia seperti Siti Nurhaliza, Krisdayanti, Anggun, Anita Sarawak, Faye Wong dan bintang Bollywood Shah Rukh Khan, beraksi dalam Konsert Asia sempena festival hiburan terbesar rantau Asia, E-Fest Asia 2000 yang berlangsung dari 27 sehingga 29 Oktober 2000.[78]

Pada tahun 2001, Sheila meraikan ulang tahun ke-15 penglibatannya dalam industri muzik. Bagi meraikan 15 tahun kerjaya muziknya, beliau melancarkan album kompilasi Sheila Majid 15. Dikeluarkan pada 22 Mac,[79] album ini memuatkan sebanyak 17 lagu-lagu popular beliau termasuk satu lagu baru, "Inikah Cinta".[80][81] Beliau kemudian membuat persembahan di Festival Jazz Antarabangsa Philips 2001 yang berlangsung pada 5 Mei. Untuk persembahannya, beliau memilih banyak lagu-lagu Melayu lama yang pernah popular suatu masa dulu antaranya "Aduh Sayang" sebagai pembuka tirai.[82][83] Pada 8 November, beliau telah dijemput untuk mewakili Malaysia di konsert Diva S.E.A. yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.[84]

Beliau kemudian membuat persembahan di Genting Highlands menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-45 pada 30 Ogos 2002.[85][86] Pada Oktober 2003, beliau telah dijemput untuk mengadakan konsert secara langsung oleh Trans TV. Rancangan yang bertempoh selama dua jam, bertajuk Konsert Perjalanan Seni Sheila Majid. Pada 6 Disember, Sheila bersama-sama dengan Ning Baizura dan Camelia mengadakan persembahan di Festival Jazz Antarabangsa Philips 2003 yang berlangsung di Padang Polo, Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, Kuala Lumpur. Selain Sheila, Ning dan Camelia yang mewakili Malaysia, turut membuat persembahan ialah Anggun dan Krakatau yang mewakili Indonesia dan The Idea Of North dari Australia.[87]

Album studionya yang ketujuh, Cinta Kita dikeluarkan pada April 2004. Menerusi album terbitan Warner Music Malaysia ini, beliau bekerjasama dengan beberapa pemuzik Indonesia seperti Andi Bapak, Tangkak dan Indra yang secara kolektifnya telah menyumbang sebanyak 80% dari segi penerbitan album. Sehingga kini, kedua-dua album serta single pertama, "Kerinduan" telah mencapai nombor satu di Malaysia.[88][89][90] Pada Mei 2005, beliau berangkat ke Brunei untuk membuat persembahan di konsert Sheila Majid Live in Concert yang berlangsung di The Empire Theatre, Bandar Seri Begawan.[91][92]

Bagi meraikan dua dekad kerjaya muziknya, Sheila muncul dengan album kompilasi Legenda XV XX yang memuatkan lagu-lagu popular Seniman Agung, P. Ramlee dan Saloma seperti "Malam Ku Bermimpi", "Legenda, "Engkau Laksana Bulan" dan banyak lagi. Album ini dikeluarkan pada 22 Mac 2006, bersempena dengan ulang tahun kelahiran P. Ramlee yang ke-77.[11] Pada Julai 2006, beliau telah mengadakan konsert mini di Planet Hollywood Kuala Lumpur. Konsert ini ialah konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-20 beliau di dalam industri muzik.[93][94]

Pada 1 dan 2 Februari 2008, Sheila dipelawa oleh Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengadakan persembahannya di konsert amal beliau, Sheila Majid In Concert yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pesakit-pesakit kronik. "Memang sudah lama saya tidak beraksi dalam sebuah konsert dan alhamdulillah, apabila IJN datang kepada saya untuk menganjurkan sebuah konsert amal, tanpa berfikir panjang, saya terus menerimanya", katanya kepada Utusan Malaysia. Dalam konsert ini, beliau mempersembahkan hampir 40 lagu bermula dari album Dimensi Baru sehingga Legenda XV XX.[95][96][97]

2010-an: Cabaran kerjaya, projek lain dan Boneka[sunting | sunting sumber]

Sheila ditemuramah oleh MeleTOP di sidang media filem Sinaran pada 3 November 2015.

Sheila melengkapkan portfolio kerjayanya pada 2010 dengan meraikan ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam bidang muzik.[98] Memetik dari Utusan Malaysia, beliau berkata: "Secara peribadi, saya harus katakan kejayaan bertahan selama 25 tahun bukan satu usaha yang mudah. Barangkali, kekuatan yang ada pada saya ialah saya sentiasa memikirkan setiap yang saya lakukan adalah untuk industri dan peminat saya [...] Saya harus sedar bahawa Sheila Majid adalah sebuah produk. Jadi untuk memastikan sesebuah produk itu disenangi ramai dan sentiasa menjadi pilihan utama, saya harus pastikan kualitinya terpelihara".[98]

Beliau membuat persembahan di Festival Jazz Jawa yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mac 2010 di Jakarta, Indonesia yang mana konsert ini ditonton oleh hampir 7,000 penonton. Beliau mendendangkan kesemua lagu-lagu popularnya termasuk lagu terbaharu, "Dengarkanlah". Kemudian, Sheila menjayakan rakaman televisyen Zona Memori 80an di sana bersama penyanyi veteran Indonesia yang juga idolanya, Vina Panduwinata. Bekerjasama dengan MUZIKON, beliau berpeluang merakamkan suara bersama penyanyi wanita Filipina, Regine Velasquez di mana beliau merakamkan sebuah lagu Filipina yang telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu berjudul "Bukan Salah Cinta" yang liriknya ditulis oleh Trisno Aysraf Zainol Abidin atau Tris.[99]

Pada 11 April 2010, beliau membuat persembahan bersempena Malam Gala Ratu: Penghargaan Untuk Wanita Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sewaktu membuat persembahan, beliau memperagakan kebaya rekaan pereka fesyen, Putra Aziz dari butik Cosry yang bertatahkan ratusan permata dan berlian jenama Mouawad yang bernilai RM250 juta dan dikatakan ialah paling termahal di dunia.[100][101][102] Pada 1 Oktober, Sheila membuat persembahan solo pentas di konsert MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid di bawah siri DFP Showcase yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) selama dua malam berturut-turut. Persembahannya diiringi oleh pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan dihadiri oleh isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Noorainee Abdul Rahman; Sasterawan Negara, A. Samad Said serta artis-artis popular seperti S.M. Salim, Syafinaz Selamat, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.[103]

Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, Jakarta, Indonesia, Sheila menghiburkan ribuan para peminatnya di sana menerusi Konsert Sheila Majid 25 Years, Radiance Celebration Live in Jakarta. Konsert itu pada asalnya dijadualkan akan berlangsung pada 23 September 2010 namun terpaksa ditunda kepada 15 Februari 2011 berikutan masalah yang berlaku melibatkan penduduk Indonesia. Menerusi konsert yang berlangsung selama dua jam, beliau telah mempersembahkan sebanyak lebih daripada 20 lagu-lagu popular beliau.[104] Beliau membuat penampilan istimewa dalam filem Sinaran arahan Osman Ali yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Izara Aishah, Syarif (bekas ahli kumpulan Sleeq) dan Evan Sanders. Menerusi filem ini, yang ditayangkan pada 26 November 2015, beliau membuat kemunculan khas yang mana beliau menyanyikan lagu baharu "Sinaran Cinta" yang merupakan runut bunyi filem ini.[105][106][107]

Pada 11 April 2017, Sheila melancarkan album kelapannya, Boneka yang merupakan album studio pertamanya dalam tempoh 13 tahun sejak album Cinta Kita (2004). Album yang mengandungi 10 lagu ini turut mendapatkan khidmat komposer terkenal termasuk Azman Abu Hassan, Omar K, Pacai, Kevin Chin dan Irwan Simantunjak. Boneka turut memuatkan sebuah lagu Inggeris ciptaan Najwa Mahiaddin berjudul "My All", sebagai memenuhi sebahagian impiannya untuk menerbitkan sebuah album Inggeris yang belum disempurnakan.[108][109][110]

Sheila mengumumkan dalam dua sidang akhbar berasingan yang diadakan pada 11 April dan 24 Mei bahawa beliau akan membuat persembahan di konsert solo berskala besar yang mana ia memperkenalkan barisan penaja yang terlibat menaja persembahan beliau.[111] Diberi nama Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017, konsert yang berdurasi selama dua jam ini berlangsung pada 5 Ogos 2017 di Stadium Negara dan mendapat sambutan apabila ia dihadiri seramai 4,000 penonton. Dalam konsert ini, beliau menyampaikan 25 lagu-lagu terkenal beliau termasuk medley.[112][113][114]

Beliau mengumumkan pada Disember 2017 akan membuat persembahan di Sheila Majid The Concert Jakarta 2018 yang berlangsung di Jakarta.[115] Konsert itu pada mulanya dijaudalkan akan berlangsung pada 20 Januari 2018, namun ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan akibat masalah teknilal yang tidak dijangkakan.[116][117] Pada tahun 2019, Sheila meraikan ulang tahun ke-35 kerjayanya dalam bidang muzik.[118]

2020-an: Kesinambungan kejayaan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2021, beliau diundang membuat persembahan dalam rancangan muzikal Konsert Minggu Ini (KMI) In Person With Sheila Majid. Ini menjadi persembahan TV pertama Sheila bersama RTM dalam tempoh 15 tahun.[119]

Pada April 2021, Sheila melancarkan single terbaharunya, "Ketika Cinta Ingin Dimengerti",[120] hasil ciptaan Yanti Isfandiary. Majlis pelancaran single dan muzik videonya diadakan di The Darmawangsa, Jakarta Selatan.[121]

Beliau telah dipilih mendendangkan lagu tema bagi filem Juang hasil kerjasama Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Rosyam Nor (Suhan Movies) dan Jack Lim (The Film Engine) selaku Penerbit Eksekutif menerusi lagu berjudul "Wira Hatiku". Dikeluarkan pada 26 Julai 2022, lagu ini ditujukan khas bagi menghargai petugas barisan hadapan negara yang bekerja keras menentang penularan COVID-19.[122][123][124]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Gaya muzik Sheila Majid lebih terarah kepada nuansa R&B dengan pengaruh muzik jaz sambil berkata: "Orang telah memanggil saya ratu jaz, tetapi saya tidak menyanyi lagu-lagu jaz". Sheila juga membesar dengan lagu-lagu nyanyian artis-artis antarabangsa seperti Temptation, The Supremes, Michael Jackson, Anita Baker dan Angela Bofill. Beliau menjadikan muzik bernuansa gelap sebagai pengaruhnya dalam kerjaya nyanyian.[125]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Selain bidang muzik, Sheila turut berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau dan suaminya, Acis telah bekerjasama dan memulakan studio latihan mereka sendiri yang dikenali sebagai Studio Akarkarya yang ditubuhkan pada 2004 dan beroperasi di Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.[126] Beliau bersama-sama dengan kakaknya, Shahidah Majid telah membuka spa kecantikan sendiri di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Jentayu Spa pada 2006.[127][128] Setelah mencuba dan berusaha sendiri selama 10 tahun, beliau telah berjaya menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu Jerneh, yang juga mendapat sambutan baik di pasaran.[129]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1989, beliau telah berkahwin dengan pemuzik dan penerbit rakaman, Roslan Aziz.[130][131][132] Beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleda Aziz (lahir 5 April 1991)[133] dan Megat Abdul Majid Aziz (lahir 29 Oktober 1994).[134] Sheila dan Roslan bercerai secara talak khulu' pada 4 April 2000.[135][136] Selain itu, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Dato' Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta. Mereka dinikahkan di hadapan Imam Masjid Damansara iaitu Wahid Amini pada 3 Jun 2003 pada pukul 11.47 pagi. Beliau telah menerima mas kahwin sebanyak RM 80, wang hantaran RM 20,000 tunai, dua bentuk cincin masing-masing yang bernilai RM 1,000 dan RM 5,000 serta kalung berharga RM 1,000.[137][138][139] Mereka juga telah dikurniakan dua anak iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim yang dilahirkan pada 28 April 2007.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1985 Ali Setan Tipah
1988 Bayi Tabung Dirinya sendiri Filem usahasama Malaysia-Indonesia
2015 Sinaran

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Pesta Filem Malaysia ke-6 Dirinya sendiri/Tetamu undangan RTM Beliau menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati sebagai runut bunyi bagi filem Ali Setan (1985)
1993 In Person Sheila Majid TV3
2005 Zoom-In TV2
2021 Konsert Minggu Ini (KMI) In Person With Sheila Majid

Pameran seni[sunting | sunting sumber]

  • 1993: Ratu - A Day in the Life of Sheila Majid

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1987 Anugerah BASF 1987 Artis R&B Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Anugerah Kembara (Tempatan) Menang
1997 Anugerah Industri Muzik ke-4 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Menang
Kulit Album Terbaik Ratu Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25[140] Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Dirinya sendiri Menang
Anugerah Planet Muzik 2012[141][142] Anugerah Khas APM Menang

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2008, Sheila menjadi artis tempatan tunggal menerima darjah kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Dato' sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-78 di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[143][144]

Penghargaan Malaysia
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato'[143][144]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sheila terus melangkah capai impian". Berita Minggu. 1 Disember 1991. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  2. ^ "Sheila Majid terbukti unggul". Berita Harian Singapura. 7 Ogos 2006. m/s. 13. Dicapai pada 13 November 2011.
  3. ^ "Sheila masih popular walau sudah 10 tahun jadi penyanyi". Berita Minggu. 18 Jun 1995. m/s. 11. Dicapai pada 13 November 2011.
  4. ^ a b A. Kadir Pandi (29 Mac 1987). "Sheila bercita2 ke luar negeri". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (27 April 2013). "Dimensi damai Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Julai 2010). "Sinaran Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  7. ^ Raja Jazz; Hamidah Salbin; Hamdan Mohamad (18 Oktober 1992). "Sheila berjaya naikkan martabat muzik Melayu". Berita Minggu. Dicapai pada 14 November 2019.
  8. ^ Rosidi Daud (26 Disember 1992). "Concert extravaganza for local music fans" [Ekstravaganza konsert untuk peminat muzik tempatan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  9. ^ a b c "Sheila—penyanyi Malaysia pertama rakam kaset 'singles'". Berita Minggu. 26 November 1989. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  10. ^ Husain Jahit (21 Mei 1997). "Laman Sheila Majid harus dicontohi". Berita Harian. Dicapai pada 21 November 2019.
  11. ^ a b c d e Serimah Mohd Salehuddin (30 Mei 2006). "Legenda Ratu Jazz". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2006. Dicapai pada 22 November 2011.
  12. ^ "Sheila Majid (Malaysia)" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. 26 Ogos 2005. m/s. 58. Dicapai pada 13 November 2010.
  13. ^ Joanna Abishegam (3 November 1991). "(Sheila Majid)" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 14 November 2019.
  14. ^ a b Kamsah Siraj (6 Mac 1988). "Sheila Majid turut berkonsert di sini". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  15. ^ Koh Lay Chin (1 April 2010). "Datuk Sheila Majid - "Do not insult our intelligence"" [Datuk Sheila Majid - "Jangan hina kebijaksanaan kami"] (dalam bahasa Inggeris). The Nut Graph. Dicapai pada 13 November 2010.
  16. ^ "Siapa Sheila Majid". Berita Minggu. 18 Julai 1993. Dicapai pada 14 November 2019.
  17. ^ "Sheila serik berlakon". Berita Harian. 24 September 1993. Dicapai pada 19 November 2019.
  18. ^ Saodah Ismail (11 Oktober 1987). "'Emosi' Sheila Majid berjaya di Indon". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  19. ^ a b c d e f g Juliana June Rasul (25 Julai 2006). "The lah-lah queen" [Ratu lah-lah]. TODAY. m/s. 30. Dicapai pada 14 November 2010.
  20. ^ "Sheila Majid buktikan pengkritik salah anggap". Berita Harian Singapura. 10 September 1987. m/s. 5. Dicapai pada 14 November 2010.
  21. ^ Kamsah Sirat (14 Februari 1988). "Sheila Majid akan nyanyi di sini". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  22. ^ Azman Siraj (10 April 1988). "'Warna' Sheila dapat sambutan baik". Berita Minggu. m/s. 10. Dicapai pada 14 November 2010.
  23. ^ "'Warna' catat jualan 40,000 unit". Berita Minggu. 17 April 1988. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  24. ^ Kamsah Sirat (3 Julai 1988). "Warna akan berbentuk ceper kompak". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  25. ^ Kamsah Sirat (16 Oktober 1988). "Sheila sambung konsert solo". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  26. ^ Azman Siraj (6 November 1988). "Sheila Majid rakam lagu Inggeris di Tokyo". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  27. ^ Kamsah Sirat (15 Oktober 1989). "Album Sheila popular, laris di Jepun". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  28. ^ Ida Bachitar (13 Oktober 1989). "Sheila's No. 1 in Japan" [Sheila No. 1 di Jepun] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 1. Dicapai pada 14 November 2010.
  29. ^ Haron Abdul Majid (8 Oktober 1989). "'Sinaran' disadur jadi lagu Inggeris". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  30. ^ "Pop star Sheila voted Best Female Singer at LA contest" [Bintang pop Sheila diundi Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan LA] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 23 November 1989. m/s. 18. Dicapai pada 14 November 2010.
  31. ^ "One step up for Star Search winner Sheila" [Selangkah untuk pemenang Star Search, Sheila] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 4 Disember 1989. m/s. 9. Dicapai pada 14 November 2010.
  32. ^ "Sheila menang di AS". Berita Harian Singapura. 22 November 1989. m/s. 1. Dicapai pada 19 November 2010.
  33. ^ "Album solo Sheila diedar di Jepun". Berita Harian Singapura. 31 Mei 1990. m/s. 5. Dicapai pada 14 November 2010.
  34. ^ "RTM haram dua lagu Sheila". Berita Harian Singapura. 26 Oktober 1990. m/s. 2. Dicapai pada 14 November 2010.
  35. ^ "Two Sheila Majid songs 'banned from airwaves'" [Dua lagu Sheila Majid 'diharamkan dari siaran radio'] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 26 Oktober 1990. m/s. 22. Dicapai pada 14 November 2010.
  36. ^ Rosidi Daud (18 Oktober 1991). "Album by all for all" [Album oleh semua untuk semua] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
  37. ^ Kharleez Zubin (6 November 1991). "Sheila to hold The Concert" [Sheila akan mengadakan Konsert] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 November 2019.
  38. ^ Rosidi Daud (30 November 1991). "Sheila sparkles in Legenda concert" [Sheila menyerlah di konsert Legenda] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 November 2019.
  39. ^ Rosidi Daud (27 November 1991). "Sheila's all set!" [Sheila, semuanya bersedia!] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 November 2019.
  40. ^ Suraya Al-Attas (21 September 1992). "Legenda concert still very special to Sheila Majid" [Konsert Legenda masih istimewa buat Sheila Majid] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 November 2019.
  41. ^ Zainuri Misfar (28 Disember 1992). "Konsert Ikhlas catat sejarah". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  42. ^ Zainuri Misfar (24 Mac 1993). "40,00 saksi Konsert Ikhlas di Stadium Negara". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  43. ^ Zulkefli Ali (26 Jun 1993). "Peluang lihat 103 foto aksi Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 19 November 2019.
  44. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (19 Jun 1993). "The other side of Sheila" [Sisi lain Sheila] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 November 2019.
  45. ^ Zainuri Misfar (18 Julai 1993). "Sheila Majid wanita pilihan Sumio Uchiyama". Berita Harian. Dicapai pada 19 November 2019.
  46. ^ Khairunnisa Hussin (14 Julai 1993). "Different 'shades' of Sheila" ['Warna' berbeza Sheila] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  47. ^ "Sheila kekal model sabun". Berita Harian. 23 September 1993. Dicapai pada 19 November 2019.
  48. ^ Azman Samsudin (16 Oktober 1993). "Sheila masih gugup di pentas". Berita Harian. Dicapai pada 19 November 2019.
  49. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (18 Oktober 1993). "Sheila dazzles" [Sheila menyerlah] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 November 2019.
  50. ^ Aneesa Alphonsus (16 Jun 1994). "One rhythm with RAP" [Satu irama bersama RAP] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 8 Oktober 2020.
  51. ^ Jenney Juanis (17 Jun 1994). "Sheila model perakam video". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2019.
  52. ^ Hartati Hassan Basri (29 April 1995). "Jentayu menarik". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  53. ^ "Jentayu, kisah legenda cinta". Harian Metro. 8 Julai 1995. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  54. ^ Marina Abdul Ghani (2 Oktober 1995). "Back on stage again" [Kembali ke pentas lagi] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  55. ^ "Sheila tak sabar tunggu 'Ratu' muncul". Berita Harian Singapura. 22 Oktober 1995. m/s. 11. Dicapai pada 21 November 2010.
  56. ^ Hanim Mohd Saleh (22 Januari 1996). "Album Sheila laris macam pisang goreng". Berita Harian Singapura. m/s. 6. Dicapai pada 21 November 2010.
  57. ^ Haliza Ahmad (1 Januari 1996). "Queen of Jazz bounces back with Ratu" [Ratu Jazz kembali hayun dengan Ratu] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  58. ^ Zainal Alam Kadir (16 Januari 1996). "Sheila has a winner in 'Ratu'" [Sheila mempunyai pemenang dalam 'Ratu'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 November 2019.
  59. ^ "'Ratu' dijual 50,000 unit". Berita Harian Singapura. 28 Ogos 1996. m/s. 6. Dicapai pada 21 November 2010.
  60. ^ Daniel Chan (29 Mac 1996). "Sheila wows fans in London" [Sheila pukau peminat di London] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  61. ^ Daniel Chan (29 Mac 1996). "Sheila weaves her spell" [Sheila tunjuk taring] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  62. ^ Daniel Chan (25 April 1996). "When 'Ratu' Sheila conquered London" [Apabila 'Ratu' Sheila menakluki London] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  63. ^ Nor Fatimah Ahmad (1 September 1996). "Sheila masih hebat". Berita Minggu. Dicapai pada 21 November 2019.
  64. ^ Rosidi Daud (6 September 1996). "Sheila Majid promises a good time" [Sheila menjanjikan masa yang lebih baik] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  65. ^ Abie Abdullah (12 September 1996). "Sheila bawa Khaleeda". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2019.
  66. ^ "Hadiah istimewa Sheila". Metro Ahad. 22 Jun 1997. Dicapai pada 21 November 2019.
  67. ^ Azian Adnan (5 November 1998). "Sheila berkerat rotan". Berita Harian. Dicapai pada 21 November 2019.
  68. ^ "Sheila Majid tak lagi bersama RAP". Berita Harian Singapura. 6 November 1998. m/s. 6. Dicapai pada 21 November 2010.
  69. ^ Sani Salleh (28 Mac 1999). "Sheila, Ruth ganding". Metro Ahad. Dicapai pada 21 November 2019.
  70. ^ Marina Abdul Ghani (21 April 1999). "Two queens in one album" [Dua ratu dalam satu album] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  71. ^ Marina Abdul Ghani (24 November 1999). "No punch to Sheila's album" [Tiada pukulan untuk album Sheila] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2019.
  72. ^ "Sheila tak pernah mengalah". Utusan Malaysia. 4 November 1999. Dicapai pada 22 November 2009.
  73. ^ "Curahan hati Sheila". Utusan Malaysia. 7 November 1999. Dicapai pada 22 November 2009.
  74. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 Julai 2000). "Poetic Ammo berduet dengan Sheila". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  75. ^ Zul Husni Abdul Hamid (29 Jun 2000). "Sheila terima penghormatan". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  76. ^ Izza Safinaz Ibrahim (7 Julai 2000). "Sheila bolosi 'dewan larangan'". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  77. ^ Suraya Al-Attas (5 Julai 2000). "Sheila delivers" [Sheila sampaikan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2019.
  78. ^ Hardi Effendi Yaacob (1 November 2000). "Lebih 100 artis jayakan E-Fest Asia 2000". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  79. ^ "Peminat Sheila diundang ke Menara KL". Berita Harian. 19 Mac 2001. Dicapai pada 22 November 2019.
  80. ^ Zul Husni Abdul Hamid (10 Mac 2001). "Suka duka Sheila bergelar anak seni". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  81. ^ Zainal Alam Kadir (12 Mac 2001). "The best of Sheila" [Terbaik Sheila] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2019.
  82. ^ "Aksi Sheila di Festival Jazz Antarabangsa". Utusan Malaysia. 6 April 2001. Dicapai pada 22 November 2011.
  83. ^ Rosli Manah (9 Mei 2001). "Sheila... utamakan lagu Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 November 2011.
  84. ^ Zulkiflee Bakar (5 November 2001). "Konsert Diva... gabung tiga negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 November 2011.
  85. ^ "Sheila Majid beraksi di Genting Highlands". Berita Harian. 28 Ogos 2002. Dicapai pada 22 November 2019.
  86. ^ "Free concert with Sheila" [Konsert percuma bersama Sheila] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 30 Ogos 2002. Dicapai pada 22 November 2019.
  87. ^ "Festival Jazz Antarabangsa Philips 2003 Sasar 15,000 pengunjung". Utusan Malaysia. 3 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2003. Dicapai pada 22 November 2011.
  88. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 April 2004). "(Ketika ini Sheila dalam...)". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  89. ^ Zul Husni Abdul Hamid (20 Mei 2004). "(Cinta kita adalah kolaborasi...)". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2019.
  90. ^ "Sheila - Uniknya Cinta Kita". Utusan Malaysia. 1 Februari 2004. Dicapai pada 22 November 2011.
  91. ^ Jeffrey Jamaluddin (7 Mei 2005). "Sheila Majid layan peminat Brunei". Media Permata. Dicapai pada 22 November 2009.
  92. ^ Zaabah Har (9 Mei 2005). "Konsert Sheila Majid bertenaga". Media Permata. Dicapai pada 22 November 2009.
  93. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (21 Julai 2006). "Sheila Majid semakin bijak berkata-kata". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2007. Dicapai pada 22 November 2011.
  94. ^ Wanda Idris (26 Julai 2006). "Sheila Majid buai perasaan peminat dengan lagu-lagunya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 November 2011.
  95. ^ Shazryn Mohd Faizal (15 Januari 2008). "Konsert amal Sheila Majid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2008. Dicapai pada 22 November 2011.
  96. ^ Shazryn Mohd Faizal (4 Februari 2008). "Sheila Majid - Satu dalam sejuta". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2008. Dicapai pada 22 November 2011.
  97. ^ "Konsert Amal Tabung IJN Sheila Majid sasar RM1.5j". Utusan Malaysia. 10 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2008. Dicapai pada 22 November 2011.
  98. ^ a b Saharudin Musthafa (18 Januari 2010). "Tahun paling sibuk Sheila". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2010. Dicapai pada 22 November 2011.
  99. ^ Shazryn Mohd Faizal (23 Mac 2010). "Sheila Majid tidak putus asa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2010. Dicapai pada 26 November 2011.
  100. ^ "Sheila Majid cipta sejarah peraga kebaya termahal dunia?". Utusan Malaysia. 11 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2010. Dicapai pada 26 November 2011.
  101. ^ Nor Akmar Samudin (13 April 2010). "Sheila terharu terima penghormatan". Harian Metro. Dicapai pada 26 November 2019.
  102. ^ "Sheila pakai kebaya RM250 juta?". Harian Metro. 12 April 2010. Dicapai pada 26 November 2019.
  103. ^ Shazryn Mohd Faizal (8 Oktober 2010). "Sheila gah di pentas DFP". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2011. Dicapai pada 26 November 2011.
  104. ^ Shazryn Mohd Faizal (15 Februari 2011). "Konsert jutaan ringgit Sheila Majid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2011. Dicapai pada 26 November 2011.
  105. ^ Syanty Octavia Amry (25 November 2015). "Lagu Sheila Majid tunjang Sinaran". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015.
  106. ^ Zaidi Mohamad (29 Oktober 2015). "Sheila Majid kembali berlakon dalam filem Sinaran". Berita Harian. Dicapai pada 29 November 2015.
  107. ^ "Sinaran hargai Sheila Majid". Kosmo!. 1 November 2015. Dicapai pada 29 November 2015.
  108. ^ Mohd Al Qayum Azizi (12 April 2017). "Penantian 13 Tahun Sheila Majid Berakhir Dengan 'Boneka'". mStar Online. Dicapai pada 27 November 2017.
  109. ^ "Sheila muncul hidang kisah 'boneka bernyawa'". Malaysiakini. 12 April 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  110. ^ Aref Omar (24 September 2018). "#Showbiz: Sheila Majid happy 'Boneka' selling well despite no airplay" [#Hiburan: Sheila Majid gembira 'Boneka' mendapat sambutan meskipun tiada siaran radio] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 November 2018.
  111. ^ Hasnurul Mohamed (24 Mei 2017). "Debaran si ratu, Datuk Sheila Majid menjelang konsert". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  112. ^ Mohammad Faizal Al Karim (8 Julai 2017). "Sheila gemuruh menjelang konsert". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  113. ^ Nor Asikin Hassan (5 Ogos 2017). "Sheila Majid tawan 4,000 peminat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  114. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Ogos 2017). "Sheila Majid gegar Stadium Negara". Berita Harian. Dicapai pada 27 November 2017.
  115. ^ "Sheila Majid to hold concert in Jakarta in January" [Sheila Majid akan mengadakan konsert di Jakarta pada Januari] (dalam bahasa Inggeris). The Jakarta Post. 19 Disember 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  116. ^ Nor Asikin Hassan (11 Januari 2018). "Konsert Sheila Majid di Jakarta ditangguh". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2018. Dicapai pada 27 November 2018.
  117. ^ Zaidi Mohamad (11 Januari 2018). "Sheila tunda konsert di Jakarta". Berita Harian. Dicapai pada 27 November 2018.
  118. ^ Nurfarhana Mohamed (15 Mei 2019). "'Apabila bersara, saya lepaskan semua'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 27 November 2019.
  119. ^ "KMI In Person With penghormatan buat Sheila Majid". Kosmo!. 12 Februari 2021. Dicapai pada 27 November 2021.
  120. ^ Supriyanto (4 April 2021). "Sheila Majid Rilis Ketika Cinta Ingin Dimengerti, Gandeng Hamish Daud" [Sheila Majid lancar Ketika Cinta Ingin Dimengerti, gandingan bersama Hamish Daud] (dalam bahasa Indonesia). Tabloid Bintang. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  121. ^ Surya Hadiansyah (4 April 2021). "Sheila Majid Lancar Lagu Terbaru Berjudul Ketika Cinta Ingin Dimengerti, Ciptaan Yanti Isfandiary" [Sheila Majid Lancar Lagu Terbaru Berjudul Ketika Cinta Ingin Dimengerti, Ciptaan Yanti Isfandiary] (dalam bahasa Indonesia). Liputan6. Dicapai pada 1 April 2022.
  122. ^ Affan Rostam (9 Ogos 2022). "Nyanyian hargai barisan hadapan". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  123. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2022). "Sheila dedikasi Wira Hatiku untuk petugas barisan hadapan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  124. ^ Tahir Alhamzah (27 Julai 2022). "#Showbiz: Sheila Majid lends voice to soundtrack for 'Juang'" [#Hiburan: Sheila Majid menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem 'Juang'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  125. ^ Shahiron Sahari (31 Oktober 1988). "Sheila reigns with rhythm and blues" [Sheila bertakhta dengan R&B] (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 22. Dicapai pada 12 Disember 2015.
  126. ^ Abdul Aziz itar (22 September 2004). "Akarkarya Studio impian Sheila Majid, Acis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2005. Dicapai pada 22 November 2011.
  127. ^ Nor Akmar Samudin (2 Oktober 2012). "Spa sentuhan Sheila". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  128. ^ Syanty Octavia Amry (10 September 2013). "Hasrat Sheila tercapai". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  129. ^ Zaidi Mohamad (14 Jun 2008). "Jerneh tamatkan 10 tahun penantian Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2011.
  130. ^ "Sheila Majid akan nikah dengan penerbit". Berita Harian Singapura. 5 Januari 1989. m/s. 2. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  131. ^ "Kisah cinta Sheila Majid". Berita Harian Singapura. 12 Februari 1989. m/s. 8. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  132. ^ "Dulu ramai tak sangka Sheila dan Roslan akan bernikah". Berita Minggu. 21 Disember 1997. m/s. 8. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  133. ^ Saodah Ismail (6 April 1991). "Jantung hati Sheila Majid". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  134. ^ Hartati Hassan Basri (1 November 1994). "Ratu lahir selepas pantang". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  135. ^ Suzan Ahmad (26 Oktober 2008). "Roslan, Sheila sah bercerai". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 13 Februari 2018.
  136. ^ Anwar Hussin (4 April 2000). "Sheila, Roslan bercerai talak khuluq". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2021.
  137. ^ "Sheila, Acis nikah hari ini". Berita Harian. 3 Jun 2003. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  138. ^ Hafidah Samat (3 Jun 2003). "Sheila to marry musician Acis today" [Sheila berkahwin dengan Acis hari ini] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  139. ^ "Sheila, Acis diijab kabul". Harian Metro. 4 Jun 2003. Dicapai pada 13 Jun 2022.
  140. ^ "Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011". mstar.com.my. 9 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 10 April 2012.
  141. ^ Gultom, Willy (17 Disember 2012). "Para pemenang Anugerah Planet Muzik 2012 di Singapura". Kaskus (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 24 Disember 2012.
  142. ^ Rayendra, Panditio (21 Disember 2012). "Ini Daftar Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012". Tabloid Bintang (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 24 Disember 2012.
  143. ^ a b "Gelaran Datuk penghargaan buat saya – Sheila". Utusan Malaysia. 25 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2008. Dicapai pada 26 November 2011.
  144. ^ a b Zaidi Mohamad (28 Oktober 2008). "Sheila gementar bergelar Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 26 November 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]