Sheqel Baru Israel
Sheqel Baru Israel | |
---|---|
שקל חדש (Ibrani) شيقل جديد (Arab) | |
![]() duit syiling 1 sheqel | |
ISO 4217 | |
Kod | ILS |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1/100 | agora |
Bentuk jamak | sheqalim atau shekalim |
agora | agorot |
Simbol mata wang | ₪ |
Wang kertas | 20, 50, 100, 200 sheqalim baru |
Duit syiling | 5, 10 agorot, ½, 1, 2, 5, 10 sheqalim baru |
Pengguna | Israel, Palestin |
Pengeluaran | |
Bank pusat | Bank Israel |
Laman sesawang | www.bankisrael.gov.il |
Nilai | |
Inflasi | -0.1% |
Sumber | The World Factbook, 2006 |
sunting |
Sheqel Baru - (Bahasa Ibrani: שקל חדש, shekel hadash, singkatan NIS; simbol: ₪; juga dieja sebagai shekel; kata majmuk shqalim atau shkalim - שקלים) merupakan mata wang Israel. Mata wang ini menggantikan shekel pada tahun 1985 pada kadar 1000 sheqel = 1 sheqel baru. Kod ISO 4217 ialah ILS. Sheqel baru ini dibahagikan kepada 100 agorot (אגורות) (kata tunggal agora, אגורה)
Dalam Bahasa Ibrani Sheqel baru ini biasanya disingkatkan kepada ש"ח (disebut shaḥ). Simbol Sheqel baru ₪, merupakan gabungan huruf pertama perkataan sheqel (ש) dan ḥadash (ח). Namun simbol ini terbukti tidak popular, dan singkatan dua huruf adalah lebih banyak digunakan.
Duit syiling[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1985, duit syiling 1, 5, dan 10 agorot, ½ dan 1 sheqel baru telah diperkenalkan. Pada tahun 1990, duit syiling 5 sheqalim baru diperkenalkan, diikuti oleh 10 sheqalim baru pada tahun 1995. Pengeluaran 1 agora berhenti pada tahun 1991. Pada Ogos 2006, duit syiling 2 sheqalim baru telah diumumkan, akan diperkenalkan pada suku akhir tahun 2007.[1][2]
Wang kertas[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1985, wang kertas 1, 5, 10, 20, dan 50 NIS dikeluarkan. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS menggunakan rekaan dasar yang sama dengan wang kertas 1000, 5000, dan 10,000 sheqalim lama tetapi dengan nilai ditukarkan.
Pada tahun 1986, wang kertas 100 diperkenalkan, diikuti oleh wang kertas 200 NIS pada tahun 1991. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS digantikan dengan duit syiling selepas itu. Rancangan untuk mengeluarkan wang kertas 500 NIS, dengan gambar Yitzhak Rabin, diumumkan tidak lama selepas kematian Rabin pada tahun 1995. Namun disebabkan oleh kadar inflasi yang rendah, buat masa kini wang kertas sebegini tidak diperlukan.
Kadar pertukaran semasa ILS | |
---|---|
Lihat Google Finance: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat Yahoo! Finance: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat XE: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat OANDA: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat fxtop.com: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat MSN Money: | AUD · CAD · CHF · EUR · GBP · HKD · JPY · MYR · USD |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Soon: Coin of 2 shekels Yedioth Ahronoth, 8 August 2006 (in Hebrew)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanHA
tidak disediakan