Sherie Merlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sherie Merlis
SherieMerlis.jpeg
Sherie pada 2006.
Kelahiran
Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin

(1972-10-23) 23 Oktober 1972 (umur 49)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989–kini
Pasangan
  • Esma Daniel (k. 1992; c. 1997)
  • Tengku Shafiz Rullah As Syafiee (k. 2012)
Anak4
Ibu bapa
  • Wan Zainal Abidin Tuanku Kassim (bapa)
  • Raden Aini Raden Kasron (ibu)

Sherie Merlis (lahir Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin; 23 Oktober 1972) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau banyak bergiat aktif di televisyen dan filem dan pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Filem Asia.[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainal Abidin Tuanku Kassim dan Raden Aini Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1989 menerusi filem Part-Time dan sejak itu beliau terus aktif berlakon dalam televisyen dan filem. Pada tahun 2014, Sherie membuat penampilan teater pertama dengan muncul dalam pementasan teater Surat Sabariah yang berlangsung di KLPac dengan memegang watak sebagai Sarimah.[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sherie Merlis berkahwin sebanyak dua kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dari 1992 hingga 1997 dan dikurniakan dua anak.[6]

Pada 2 Januari 2012, Sherie berkahwin dengan penerbit muzik yang juga bekas suami Dira Abu Zahar, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.[7][8] Hasil perkahwinan mereka, dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[9]

Bapanya, Wan Zainal Abidin meninggal dunia pada 1 Oktober 2021 akibat serangan jantung.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Part-Time Filem pertama
2000 Leftenan Adnan Tuminah
2010 Janin Munah
2011 Chow Kit
2013 Aku Pilih Kamu Laila
2014 Pintu Neraka
2018 Lee Chong Wei: Rise of the Legend Latifah Sidek
2019 Motif Suri
2020 Tyickoouns Ibu Ramona Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998–2002 Mat Despatch Sherry TV1
Daun Di Musim Luruh
Sejadah Terakhir
Teratai Layu Di Tasik Madu
Kamelia
Diari Dewi
Perempuan Atau Wanita
2009 Kau Dan Aku
Warkah Terakhir: Rosli Dhobi Astro Citra
2011 Geng Surau Astro Oasis
Cita & Cinta TV9
Cinta Strawberi & Coklat
2012 Perempuan Neraka
Bila Kucing Menangis
Sebelum Lima Perkara
Sebelum Kiamat
2013 Karlos Zai TV3
Ramadan Yang Hilang Rahimah Penampilan khas
2014 Sehangat Dakapan Mama
Jangan Kafankan Dia
Malaikat Tersembunyi
Boria Raya
30 Hari Puasa
2015 Delina Kina TV3 Pelakon undangan
2016 Uda & Dara Zaharah Astro Prima
2019 Ikatan Kasih Pinakol Rubiah TV2
2021 i-Tanggang: Mother of All Lies Erma Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2005 Hantu Janet
2006 Dee & Moon
2011 Di Terlapak Kaki Bonda TV3
2016 Maafkan Saya Cikgu
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus
2020 Rindu Tanpa Batas

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2014 Surat Sabariah Persembahan pentas pertama
2019 Semarak Pertiwiku[11] Teater mengenai rasuah

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Di Telapak Kaki Bonda Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon wanita Terbaik Drama Pendosa Ingin Ke Syurga Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (2 November 2010). "Bernyawa kembali". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  2. ^ "Sherie Merlis...berhati-hati pilih watak". Utusan Malaysia. 27 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 17 Jun 2010.
  3. ^ "Anugerah selepas 24 tahun". Kosmo!. 12 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
  4. ^ Syaffique Shuib (21 November 2014). "#SuratSabariah: Sherie Merlis tidak mahu dibayangi lakonan Sarimah". Astro Awani. Dicapai pada 3 September 2015.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Disember 2014). "Menangis kerana Sabariah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2014.
  6. ^ "Sherie Merlis menghilang?". Berita Minggu. 7 Februari 1993. Dicapai pada 3 September 2018.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2012). "Ash dan Sherie Merlis selamat diijabkabulkan". mStar Online. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
  8. ^ Rosli Manah (3 Januari 2012). "Sherie-Ash saling mengisi kekosongan". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 26 Mac 2017.
  9. ^ Khadijah Ibrahim (6 September 2012). "Kaseh pengikat Sherie, Ash". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
  10. ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2021). "Bapa Sherie Merlis meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2021.
  11. ^ "Sherie Merlis, Azhan Rani dan Anding antara selebriti yang menjayakan teater tentang rasuah". Malaysiakini. 5 Julai 2019. Dicapai pada 3 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]