Sherry Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sherry Ibrahim
Kelahiran Syarizad Binti Ibrahim
(1983-04-03) 3 April 1983 (umur 34)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pusat pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, Penyanyi, Model, pengacara, pramugari
Tahun aktif 2006 - kini
Ejen Laugh Out Loud Entertainment (2014-kini)
Ketinggian 5 ft 4 in (1.63 m)
Berat 49 kg (108 lb)
Ibu bapa Ibrahim Yaacob (bapa)
Norliza Maamun (ibu)
Saudara Natasya Ibrahim (adik)
Syafinaz Ibrahim (adik)

Syarizad binti Ibrahim (lahir pada 3 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Sherry Ibrahim ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sherry dilahirkan pada hari Ahad, 3 April 1983 Masihi bersamaan 19 Jumadil Akhir Hijrah dan dibesarkan di Petaling Jaya kepada ibubapanya Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun. Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dua adik perempuannya ialah Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim. Sebagai seorang pelajar, Sherry menghadiri Sekolah St. Mary Girl, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 beliau bekerja sebagai Pramugari penerbangan di syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Beliau meninggalkan MAS apabila kontraknya berakhir pada tahun 2006.[2] Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam siri TV di TV3, Dunia Baru, di bawah pengarah M. Hitler Zami, sekali gus membuka permulaan kepada kerjaya lakonannya. Beliau menjadi peopular melalui kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengacaraan dan iklan. Peluang untuk menyertai syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar datang pada tahun 2010.[3] Beliau sekali lagi kembali ke dunia penerbangan sebagai pramugari membuat dia meninggalkan kerjaya mekar beliau dalam bidang seni.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia showbiz untuk beberapa tahun, dia membuat kemunculan semula pada tahun 2012 apabila kontrak beliau dengan Qatar Airways tamat. Beliau telah ditawarkan peranan kecil dalam siri drama Setia Hujung Nyawa dari episod 16 dan seterusnya di TV3. Apabila drama mencapai rating yang sangat tinggi, ia membuktikan bahawa Sherry tidak pernah dilupakan dan bakat beliau adalah lebih ketara. Sherry kemudian ditawarkan salah satu peranan utama bersama Ady Putra, Nabila Huda dan Shah Iskandar dalam satu lagi drama hit, Teduhan Kasih. Sherry kini diuruskan oleh Afeeq daripada Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd.

Artis di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. termasuk selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan dan Dafi. Pada bulan Jun 2013, Sherry telah dilantik sebagai duta Hairkunst, Malaysia oleh pengarahnya Bambang Soteto yang telah diisytiharkan sebagai Duta/TrendTrainer untuk Schwarzkopf Malaysia 2010/2011.

Pada bulan Januari 2014, Sherry telah dilantik sebagai Duta Fairy Beauty, Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sherry pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Ashraf Muslim,[5] tetapi hubungan berakhir pada awal tahun 2009 apabila ia terbukti terlalu sukar untuk mengimbangi hubungan mereka.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Maut[6] Gadis Black Metal Watak pembantu
2010 Kapoww!![7] Nola Watak pembantu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006–2007 Dunia Baru Emma Zalina (TV3) Musim 2 & 3
2007 Cinta Tak Bertepi[8] RTM1
2008–2009 Renjis[9] Mila (Astro) Musim 1 & 2
2008 Lara Rindu Mahsuri Mustika TV3 & TV9
2009 Cinta Untuk Ain Zarita TV3
2009 Biru Cinta De Laguna TV9
2009 Fotokopi Ain RTM2
2009 Cik Ah Cik Nin[10] Nina Astro Prima
2010 Chapalrela Puteri (Astro)
2012 Setia Hujung Nyawa[11] Eriza (TV3) from 'Malay Novel by Fatin Nabila'
2013 Teduhan Kasih[12] Iffa (TV3) from 'Malay novel by Marissa'
2013 Dia Tetap Ayah Sakinah Astro
2013 Cinta Kapcai Awin RTM
2013 Pengancam Perkahwinan 'Cameo' Astro
2013 Projek Memikat Suami Adira Sulaiman Astro
2013 Aku Bukan Superstar RTM
2013 Abadi RTM
2014 Mata & Hati Pendusta Azura Astro
2014 Hingga Akhir Nanti Dr. Maira RTM
2014 Janji Qasidah Qasidah/Anis RTM
2014-2015 Cinta Ibadah Dr. Irma Astro (Pre-production) '2nd Season'
2014 Shampoo Girl Intan 'Guest Artist' TV3
2015 Keluarga Karaoke Azura Astro
2015 Eksperimen Cinta Seri TV3 (Pre-production) from 'Malay novel by Anjell'
2016 Gerak Khas TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
Mimi Tapau
Janji Qasidah
2015 Manisnya Bulan Madu Ameesha TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rancangan TV Produksi
Layar Lensa RTM
Dari Suara Hati
2009 CHOPP! TV9
2014 1001 Destinasi Malaysiaku! Bernama TV 'Astro 502'

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis/Berkumpulan Catatan
2005 Itu Kamu Estranged

TV Commercials[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenama Produk Nota
2002 McDonald's Bubur Ayam McD
Celcom Axiata Celcom
Malaysia Tourism
HSBC 0% Interest
Prefer Shampoo
Telekom Malaysia TM Net
Astro Akademi Fantasia
Speed Zone
Sunway Group Sunway Hotel
2013 Johnson & Johnson My Clean & Clear along with Fiffy Natasya & Hanis Zalikha

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Komposer
2015 Hero Untukmu (Duet bersama Fattah Amin & RJ)
2016 Seikhlas Cinta Lagu oleh Hadi Hassan Lirik oleh J. Looi
Muzik video
Tahun Tajuk Pengarah
2016 Seikhlas Cinta Bob Husaini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]