Sherson Lian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sherson Lian
Kelahiran (1984-12-11) 11 Disember 1984 (umur 35)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah berkait dalam latihan cef dan pengurusan hotel
PekerjaanCef, hos televisyen
Tahun aktif2003-kini
Ibu bapa
  • Ann Lian (ibu)
Saudara3

Sherson Lian (lahir 11 Disember 1984) ialah seorang cef selebriti dan hos televisyen Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sherson lahir di Kuala Lumpur pada 11 Disember 1984 dan merupakan anak sulung daripada empat beranak. Beliau merupakan seorang berketurunan Cina-British Malaysia.[1] Beliau mempunyai pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Klang.[2] Sherson memulakan minat masakan beliau pada umur 11 tahun ketika membantu ibunya di kafe; beliau meminati masakan tempatan Malaysia seperti masakan Melayu, Kantonis, dan India. Ibunya merupakan pemilik kepada bisnes makanan chap fan atau 'nasi bajet'.[1]

Beliau yang tidak mempunyai pendidikan rasmi di dalam bidang masakan Sherson memulakan kerjaya beliau bersama-sama keluarga; pada 2003, Sherson menguruskan Paradise Cafe di Menara Faber, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur.[1][3] Setahun kemudian beliau memasuki Taylor's College dalam industri perhotelan sebagai perintis.[1] Beliau kemudian menjalani latihan di Hotel JW Marriott[1] yang memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan di pelbagai dapur di Kuala Lumpur. Sherson dan keluarganya kemudian berpindah ke Melaka untuk menguruskan kemudahan perkemahan di sana.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sherson mula terkenal apabila beliau menjadi hos utama bagi rancangan 5 Rencah 5 Rasa yang bersiaran di TV3,[1] rancangan itu juga turut disiarkan di Asian Food Channel yang lebih luas dari segi jumlah penonton. Sherson kemudian menjadi hos bersama dengan cef Johnny Fua dalam rancangan Great Dinners Of The World yang juga bersiaran di Asian Food Channel. Pada Mei 2017, Sherson menjadi hos utama bagi rancangan terbitan asli AFC iaitu Family Kitchen with Sherson dalam siri masakan bertemakan kekeluargaan. Sherson ditemani oleh ibunya Ann Lian bagi rancangan tersebut.[4]

Selain bidang masakan, Sherson juga merupakan ahli kepada kugiran Cross Fusion sebagai penyanyi dalam pelbagai irama muzik daripada jaz hingga fusion di festival muzik dan juga majlis korporat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "Family matters" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 1 Jun 2013. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  2. ^ S. Indra Sathiabalan (4 Jun 2020). "Cooking made easy" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  3. ^ Ishak, Mahani (22 Ogos 2015). "Nasi goreng Paradise". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  4. ^ ""Family Kitchen with Sherson" set to tickle taste buds from May 25" (dalam bahasa Inggeris). Nation Thailand. 7 April 2017. Dicapai pada 27 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]