Sherwood Schwartz
Sherwood Schwartz | |
---|---|
Kelahiran | Sherwood Charles Schwartz 14 November 1916 |
Meninggal dunia | Julai 12, 2011 | (umur 94)
Dikebumikan | Hillside Memorial Park, Culver City, California |
Pekerjaan | Penerbit televisyen, penulis skrip |
Tahun aktif | 1938–2011 |
Pasangan | Mildred Seidman (k. 1941) |
Anak-anak | Donald (lahir 26 Mei 1943) Lloyd (lahir 2 Mei 1946) Ross Schwartz (lahir 9 Ogos 1949) Hope Juber (lahir 30 Mac 1956) |
Sherwood Charles Schwartz (14 November 1916 – 12 Julai 2011) merupakan penerbit eksekutif televisyen Amerika Syarikat. Beliau bekerja untuk rancangan radio pada tahun 1940-an dan mencipta siri televisyen Gilligan's Island untuk CBS dan The Brady Bunch untuk ABC. Pada 7 Mac 2008, Schwartz menerima bintang di Laluan Kemasyhuran Hollywood atau dikenali sebagai Hollywood Walk of Fame.[1] Pada tahun yang sama, beliau dimasukkan ke dalam Television Hall of Fame.[2]
Kerjaya dunia hiburan Schwartz datang tanpa dirancang. Beliau berpindah dari New York ke selatan California untuk mendapatkan Sarjana Sains dalam Biologi. Beliau yang memerlukan pekerjaan telah memulakan penulisan jenaka untuk program radio Bob Hope. Hope menyukai jenaka-jenaka Schwartz yang digunakan Hope untuk rancangannya. Hope telah meminta Schwartz untuk menyertai kakitangan penulisan dan Schwartz telah bersetuju.[3]
Pada 12 Julai 2011, Sherwood Schwartz telah disahkan meninggal dunia dalam tidur sebab semula jadi.[4] Beliau meninggalkan seorang balu, Mildred Schwartz, empat orang anak, 9 orang cucu dan 5 orang cicit. [5] Beliau dikemubikan di Taman Peringatan Hillside di Culver City, California.[6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Siri | Tahun | Peranan |
---|---|---|
The Bob Hope Show | 1938–1942 | Penulis untuk versi radio |
The Adventures of Ozzie and Harriet | 1940an | Penulis untuk versi radio |
The Alan Young Show | 1940an | Penulis untuk versi radio |
I Married Joan | 1952–1955 | Penulis |
The Red Skelton Show | 1956–1962 | Penulis |
My Favorite Martian | 1963 | Penyelia skrip |
Gilligan's Island | 1964–1967 | Penulis, penerbit, pencipta |
It's About Time | 1966–1967 | Penulis, penerbit, pencipta |
The Brady Bunch | 1969–1974 | Penulis, penerbit, pencipta |
Dusty's Trail | 1973–1974 | Penulis, penerbit, pencipta |
Big John, Little John | 1976 | Penerbit |
Harper Valley PTA | 1981–1982 | Penulis, penerbit |
Together We Stand | 1986–1987 | Penulis penerbit |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Brady Bunch & Gilligan's Island Creator Receives Hollywood Walk of Fame Star". TV Series Final. March 7, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-09. Dicapai pada 2008-03-27.
- ^ "Television Hall of Fame Honorees: Complete List".
- ^ "Sherwood Schwartz Dead at 94". Hollywood Hiccups. 2011-07-12.
- ^ "Sherwood Schwartz, creator of 'The Brady Bunch' and 'Gilligan's Island', dies at age 94". Washington Post. July 12, 2011. Dicapai pada 2011-07-12.[pautan mati kekal]
- ^ "'Gilligan's Island', 'Brady Bunch' creator Sherwood Schwartz Dies". USA Today. Retrieved 2011-07-12
- ^ Sherwood Schwartz di Find a Grave
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sherwood Schwartz. |
- Sherwood Schwartz in The Comedy Hall of Fame Archives
- An interview from 2011 with Sherwood Schwartz
- SherwoodSchwartz.com authorized Web site
- Sherwood Schwartz di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Signature of Sherwood Schwartz from Here on Gilligan's Isle
- Sherwood Schwartz interview at Archive of American Television – September 17, 1997