Shidee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Album Jamilah oleh Shidee.


Rashid Abdul Wahab atau 'Shidee' merupakan penyanyi era 80-an dari Bagan Datoh,Perak. Lagu popularnya 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat ' dan Jamilah.

Label = Rock Records

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kontroversi perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2010, Shidee (51) berkahwin dengan Khairunnisa Aziz (29) tetapi dibantah oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan (45) kerana 'cinta tiga segi'. Pernikahan dijalankan secara sah dengan berwalikan bapa saudara isteri, malah ibu mertuanya turut menghadiri majlis pernikahan. Pernikahan diadakan di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, manakala majlis persandingan diadakan di Bandar Bukit Sentosa, Rawang. Antara artis yang hadir ialah Salwa Abdul Rahman dan Azizul Kamis[1]

Jamaliah mendakwa Shidee sudah tua, tidak bekerja dan tidak mempunyai rumah dan tinggal dengan keluarganya sejak 2006.[2] Jamaliah Hassan telah membuat laporan polis. Begitu juga anaknya Khairunnisa Aziz juga membuat laporan polis. Sebenarnya Shidee mengendalikan kelas vokal di Bukit Beruntung . Selain itu menjalankan syarikat ejen hartanah menjual rumah lelong di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]