Shimotsukare

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shimotsukare(しもつかれ) adalah makanan tempatan Jepun yang disajikan terutamanya di bahagian Utara Jepun (Tochigi, Ibaraki dan Gunma). Shimotsukare biasanya disajikan di hari kedua bulan Februari bersama sekihan (nasi merah) untuk menyambut perayaan hatsu-u-no-hi. (初午の日). Shimotsukare diperbuat daripada mendidih sayur bersama kacang soya, abura-age(あぶらあげ) dan sake-kasu (酒粕, beras yang tertinggal daripada proses penapaian arak Jepun). Lobak putih dan lobak merah juga kadang-kadang ditambahkan ke dalam masakan ini. Shimotsukare juga dikenali sebagai shimitsukari, shimitsukare atau sumitsukare di tempat-tempat yang tertentu di Jepun.



Sejarah Simotsukare[sunting | sunting sumber]

Shimotsukare:Diperbuat dengan merenih kacang soya, kepala ikan salmon dan sake-kasu. Ia adalah sejenis makanan tempatan yang terkenal di Tochigi

Shimotsukare berasal daripada zaman Edo (1603-1838). Pada ketika itu, shimotsukare dikenali sebagai su-mutsukari (酢むつかり ) atau kacang soya yang dididih di dalam cuka), masakan yang disebut di dalam tulisan sejarah Uji-jyu-i-monogatari (宇治拾遺物語) and Ko-ji-dan(古事談). Selain daripada itu, nama Shimotsukare dipercayai berasal daripada nama tempat asalannya Shimotsuke-no-kuni (下野国).


Cara Memasak[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai cara memasak shimotsukare. Masakan ini boleh dihidangkan panas atau sejuk. Shimotsukare biasanya dihidangkan bersama nasi tetapi di tempat-tempat yang tertentu, masakan ini dimakan tanpa nasi.

Terutamanya di musim sejuk, shimotsukare disimpan di bawah tanah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi. Masakan in dihidangkan dengan nasi panas untuk mencairkannya.

Atas sebab rupa dan bau shimotsukare yang unik, hidangan ini tidak menerima sambutan baik di kalangan orang Jepun. Masakan ini juga dikenali sebagai muntah kucing neko-no-gero 猫のゲロ di kalangan orang Jepun.

Maklumat Nutrisi[sunting | sunting sumber]

Terdapat peribahasa Jepun, "shimotsukare-wo-nana-kan-tabearuku-to-byouki-ni-naranai"( しもつかれを7軒食べ歩くと病気にならない , yang menyebut jikalau seseorang memakan shimotsukare daripada 7 buah rumah, orang itu tidak akan menghidap penyakit. Shimotsukare juga kadang-kala ditambahkan ke dalam kotak bento dan dikongsikan sesama jiran untuk mengelakkan mereka daridapa menghidap penyakit selsema semasa musim sejuk.


Budaya[sunting | sunting sumber]

Shimotsukare adalah masakan tempatan tradisional dan resipinya diturunkan secara turn termurn daripada ibu kepada anak perempuan mereka. Cara menyediakan shimotsukare adalah berbeza daripada satu rumah ke rumah lain. Oleh itu, orang yang tinggal di tempat sama juga akan menemui masakan yang memiliki aji yang berbeza daripada masakan mereka.

Maklumat Terkini[sunting | sunting sumber]

Shimotsukare kini boleh didapati di pasaran super. Selain daripada itu, shimotsukare juga dihidangkan di sekolah-sekolah di Tochigi.