Shiney Ahuja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shiney Ahuja
Shiney Ahuja.jpg
KelahiranShiney Ahuja
(1974-05-15) 15 Mei 1974 (umur 46)
Delhi, India
KediamanMumbai, Maharashtra, India
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2003–kini
PasanganAnupam

Shiney Ahuja (dilahirkan pada 15 Mei 1973) ialah seorang pelakon India yang memenangi Anugerah Debut Terbaik Perfileman bagi filem Hazaaron Khwaishein Aisi pada tahun 2006.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Shiney Ahuja dilahirkan di Dehradun, Uttranchal dalam sebuah keluarga Punjabi[2] bagi pasangan Col. Suraj Prakash Ahuja dan Seema Ahuja pada 15 Mei 1975.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ahuja berkahwin dengan Anupam Ahuja.[3] Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Arshiya, yang dilahirkan pada tahun 2007.

Tuduhan merogol[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2009, Ahuja dituduh merogol pembantu rumahnya. Dia mempertahankan bahawa dia melakukan hubungan seks bebas dengan pembantu rumah itu. Di mahkamah, pembantu rumah itu menarik balik tuduhan yang dikenakan ke atasnya dan menyatakan bahawa perlakuan seks itu adalah bebas. Bagaimana pun, hakim mahkamah perbicaraan itu enggan menerima penarikan balik itu dan mensabitkan Ahuja berdasarkan keterangan mengikut keadaan. Ahuja dihukum penjara tujuh tahun. Ahuja memfailkan rayuan terhadap sabitannya di Mahkamah Tinggi Mumbai. Mahkamah menangguhkan hukumannya sehingga kesnya diputuskan di Mahkamah Tinggi. Beberapa pendengaran telah dijalankan dan kes itu masih belum selesai. Sementara itu, pembantu rumah itu didakwa atas kesalahan sumpah bohong.[4][5]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem Tahun Watak Catatan lain
Hazaaron Khwaishein Aisi 2005 Vikram Malhotra Debut Lelaki Terbaik bagi Anugerah Filmfare
Sins 2005 Father William
Karam 2005 ACP Wagh Pratap Singh
Kal: Yesterday and Tomorrow 2005 Tarun Haksar
Gangster 2006 Daya Shankar
Fanaa 2006 Suraj Ahuja
Zindaggi Rocks 2006 Dr. Suraj Rihan
Woh Lamhe 2006 Aditya Garewal
Life in a... Metro 2007 Akash
Bhool Bhulaiya 2007 Siddharth Chaturvedi
Khoya Khoya Chand 2007 Zaffar
Hijack 2008 Vikram Madaan
Ghost 2012 Vijay Singh
Har Pall 2013 Rohit Ditangguhkan
Welcome Back 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hazaaron Khwaishein Aisi. Sify.com (2005-04-18). Diambil pada 2011-11-02.
  2. ^ http://www.hindustantimes.com/News-Feed/NM16/I-am-a-true-Punjabi-Shiney/Article1-149911.aspx
  3. ^ Samyabrata Ray Goswami (16 Jun 2009). "Shiney in custody, wife rushes back". The Telegraph (Kolkata). Dicapai pada 2011-05-18.
  4. ^ "Shiney Ahuja Alleged Rape Case: High Court Refuses to Expedite Hearing". NDTV. 24 September 2014.
  5. ^ Shiney never raped me: Maid. Times of India. September 8, 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]