Shinsadong Tiger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shinsadong Tiger
Latar belakang
Nama lahirLee ho-yang
Juga dikenali sebagai
Shinsadong Horaengi[1]
S. Tiger
Kelahiran (1983-06-03) 3 Jun 1983 (umur 40)
Pohang, Gyeongsang Utara
Berasal dariKorea Selatan
GenreK-Pop, dance-pop, elektropop
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Collabodadi
Cube Entertainment
Rainbow Bridge World
Wellmade Yedang
Pengkarya berkait
BEAST, T-ara, 4Minute, Apink, SECRET, Choi Kyu-sung, Lee Sang-ho, SPEED, Fiestar, EXID, Dal Shabet

Lee Ho-yang (Korea: 이호양), lebih dikenali sebagai Shinsadong Tiger (Korea: 신사동호랭이 Shinsadong Horaengi; lahir 3 Jun 1983).[1] merupakan seorang penulis lagu dan penerbit rakaman Korea Selatan. Biarpun selepas membuat kemunculan pertama pada 2001 pada usia 19 tahun, beliau telah banyak buat pelbagai kerja untuk membiayai kerjaya muziknya.[2] Beliau menjadi tokoh terkenal di dalam industri muzik pop Korea dan bertanggungjawab untuk beberapa lagu.[3] Pada 2010, beliau telah dinamakan "New Generation Producer" di Anugerah Hiburan Kebudayaan Korea ke-18,[4] dan pada tahun 2011 beliau dinamakan sebagai salah satu tokoh paling berpengaruh dalam industri muzik Korea Selatan oleh OSEN.[5] Lee telah menubuhkan label rakamannya, AB Entertainment, di mana beliau telah menaungi kumpulan wanitanya sendiri diberi nama EXID.[6]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Lee dilahirkan pada 3 Jun 1983 di Gwangyang, Korea Selatan, di mana beliau pernah menghadiri sekolah rendah di Pohang. Beliau mula tertarik dengan muzik di Junior High,[7] dan telah mengikuti ujibakat untuk JYP Entertainment tetapi ditolak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas membuat kemunculan pertamanya pada usia 19 tahun, Lee mula terkenal kerana karyanya dengan artis-artis K-Pop. Walaupun beliau telah mengarang pelbagai artis, beliau juga menjadi terkenal dalam peranannya dalam menguruskan kumpulan gadis baru EXID serta pembukaan Akademi Muzik Modern K.[8] Beliau telah menerima kritikan kerana penekanannya terhadap trend berikut dalam muzik popular dan menghasilkan muzik komersial untuk "idola".[3][9] Lee mengakui sering menggunakan inspirasi sewenang-wenangnya untuk gaya karangannya, termasuk tisu tandas sebagai inspirasinya untuk cangkuk "Bo Peep Bo Peep".[10]

Pada tahun 2011, beliau mengeluarkan single terbitan sendiri, "Supermarket - The Half", di mana Yoon Doo-joon, Yong Jun-hyung dan Lee Gi-kwang dari BEAST muncul dalam trek "Should I Hug Or Not? (Bahasa Korea: 안을까 말까). Pada tahun 2012, beliau melancarkan album terbarunya, "Supermarket - Another Half", termasuk lagu "Over and Over" oleh 4minute,[11] “Stop Doing That” oleh G.NA, dan “In the Cloud“, lagu solo oleh ahli B2ST Son Dong-woon. “In The Cloud” dikeluarkan pada 14 April, 00:00 KST.

Pada Mei 2014, Wellmade Yedang menjadi pemegang saham terbesar di agensi hiburan Shinsadong Tiger, Cashmere Records.[12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single Digital[sunting | sunting sumber]

  • 2011: Supermarket – The Half (dikreditkan kepada BEAST)
  • 2011: Super Hero (Shinsadong Tiger dan Mighty Mouth)

Diskografi penerbitan[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Karya tercalon Acara Anugerah Keputusan
2008 "One More Time" (Jewelry) Golden Disk Awards Digital Daesang Menang
2009 "Hot Issue" (4minute) Cyworld Digital Music Awards Rookie of the Month — June[13] Menang
"Mystery" (BEAST) Rookie of the Month — December[14] Menang
2011 "HuH" (4minute) Seoul Music Awards Bonsang Award[15] Menang
"Soom" (BEAST) Menang
"Shock" (BEAST) Menang
"Fiction" (BEAST) KBS Music Festival Song of the Year[16] Menang
"Mirror Mirror" (4minute) Golden Disk Awards Digital Bonsang Award[17] Menang
Fiction and Fact (BEAST) Disk Bonsang Award[18] Menang
2013 "U&I" (Ailee)
"NoNoNo" (A Pink)
"Now" (Trouble Maker)
MelOn Music Awards Song Writer Award[19] Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b eternalc2h (January 23, 2012). "Shinsadong Horaengi's new girl group EXID postpone their debut to February, Why?". Korea.com. Dicapai pada September 20, 2013.
  2. ^ (Korea) 용감한 형제 "17살 때 소년원行.." 충격 과거 고백. Osen. October 25, 2011.
  3. ^ a b 신사동호랭이 "여자 '용준형' 키우고 있어요"(인터뷰). (Korea) Star News. December 1, 2011.
  4. ^ Winners at the 18th Korean Culture Entertainment Awards. allkpop. Dec 15, 2010.
  5. ^ Who really moves the music industry? Meet the movers & shakers of K-pop allkpop. Aug 25, 2011.]
  6. ^ (Korea) 신사동 호랭이, ‘텐텐클럽’서 제작 걸그룹 팀명 ’EXID’ 깜짝 공개 Diarkibkan 2012-07-10 di archive.today. Yahoo! Korea. December 3, 2011.
  7. ^ (Korea) 신사동호랭이 "음반제작 꿈, 또 넘어서야죠" – 1등 인터넷뉴스 조선닷컴. Chosun. December 22, 2011.
  8. ^ (Korea) 홍승성·김도훈 등 각계 최고 모여 뮤직아카데미 설립. mydaily. September 3, 2011.
  9. ^ (Korea) '아이돌 작곡가' 신사동호랭이, 트렌드를 버렸다?(인터뷰①). Joy News 24. May 6, 2011.
  10. ^ (Korea) 신사동 호랭이, 티아라 '보핍보핍' "사실은 좀 창피했다". TV Daily. October 26, 2011.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-13. Dicapai pada 2017-12-21.
  12. ^ "Duble Sidekick and Shinsadong Tiger Join Forces under Wellmade Yedang". Soompi. 26 May 2014. Dicapai pada 25 March 2016.
  13. ^ (Korea) Cyworld Digital Music Awards. Cyworld.
  14. ^ (Korea) Cyworld Digital Music Awards. Cyworld. December 2009. Retrieved February 5, 2011.
  15. ^ Winners from the 20th High1 Seoul Music Awards. allkpop. January 20, 2011.
  16. ^ B2ST wins ‘Song of the Year’ + Performances from the ’2011 KBS Music Festival’ (Part 2). allkpop. December 30, 2011.
  17. ^ Winners from the 26th Golden Disk Awards (Part 2). allkpop. January 12, 2012.
  18. ^ Winners from the 26th Golden Disk Awards (Part 1). allkpop. January 11, 2012.
  19. ^ "Congratulations to Shinsadong Tiger!". LOEN Entertainment Official Twitter. Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]