Ship of Harkinian (Bahtera Harkinia)
Ship of Harkinian بهترا هركينيا | |
---|---|
Fail:Ship of Harkinian logo.png | |
Pembangun | Harbour Masters [1] |
Pelancaran pertama | 22 Mac 2022 |
Versi terkini/stabil | MacReady-Golf (8.0.6) (13 Ogos 2024 | )
Ditulis dalam | C and C++[1] |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows, Linux, MacOS, Nintendo Switch, Nintendo Wii U |
Pelantar | Microsoft Windows, Linux, macOS, Nintendo Switch, Wii U |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Jenis | Permainan video |
Genre | Permainan pengembaraan |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Repositori | github |
Pautan lain | ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ship of Harkinian (Melayu: Bahtera Harkinia) ialah projek pangkalan sumber tidak rasmi The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Melayu: Hikayat Zelda: Siulan Masa) permainan video buatan Nintendo untuk pelantar Nintendo 64 pada tahun 1998 yang dilancarkan untuk Microsoft Windows, Linux, MacOS, Wii U dan Nintendo Switch .
Keluaran sulung permainan video ini dilancarkan pada bulan Mac 2022 untuk Windows iaitu setelah empat bulan kod sumber Ocarina of Time dicerakinkan dan dikeluarkan kepada umum. Sejak itu, Ship of Harkinian telah menerima pangkalannya ke Linux dan MacOS, dan pangkalan buatan sendiri ke Wii U dan Nintendo Switch.
Segala kemaskini Ship of Harkinian telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah pihak media kerana keluaran ini menambahbaik dan menyepadukan pelbagai ciri-ciri dan pilihan kepada pemain yang tidak didapati dalam mana-mana keluaran rasmi Ocarina of Time.
Nama projek Ship of Harkinian adalah nama timangan kiasan bersempena dengan ujikaji pemikiran berfalsafah berilhamkan mitos Yunani "Ship of Theseus" (Melayu: Bahtera Theseus), serta nama raja dari permainan video The Legend of Zelda CD-i (Melayu: Hikayat Zelda CD-i), yang merupakan sumber salah satu meme internet yang terkenal berkaitan siri permainan video ini.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pencerakinan Ocarina of Time
[sunting | sunting sumber]Pada bulan November 2021, selepas pembangunan yang berlangsung selama 21 bulan, Pasukan Kejuruteraan Balikan Zelda (Zelda Reverse Engineering Team, ZRET) telah berjaya mencerakinkan fail pelaksana The Legend of Zelda: Ocarina of Time menjadi kod yang boleh dibaca manusia. Walaupun projek pencerakinan tersebut pada asalnya dijalankan sebagai dokumentasi tentang tatacara penciptaan serta pembinaan permainan dan fungsi hujung belakang (backend), secara tidak langsung potensi pangkalan sumber Ocarina of Time tersebut turut memungkinkan kebolehan pembangunan permainan tersebut disusun semula dan dijalankan pada pelantar yang bukan berasal dari Nintendo. Bercakap dalam temubual Ars Technica (Melayu: Kaedah Kemahiran), ahli ZRET Rozlette menyatakan bahawa pangkalan sumber adalah "di luar bidang kerja yang telah kami jalankan".[2]
Pembangunan awal dan pelepasan
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Jun 2020, dua orang pembangun kejuruteraan balikan yang dikenali sebagai Jack Walker dan Kenix membincangkan tentang potensi pangkalan PC (Komputer Peribadi) Ocarina of Time berdasarkan hasil kerja ZRET dalam projek pencerakinan Ocarina of Time yang pada masa itu hanya siap 17%. Pembangunan yang bakal menjadi Ship of Harkinian pula bermula pada bulan November tahun 2021, seiring dengan taraf semasa projek pencerakinan yang hampir selesai.[3]
Pada bulan Januari 2022, sekumpulan pembangun komuniti bernama Harbour Masters (Melayu: Para Ketua Pelabuhan) mengeluarkan rakaman dan tangkapan layar Ocarina of Time yang dijalankan secara asli pada Microsoft Windows dalam layar lebar bernisbah bidang yang tidak disokong oleh keluaran Nintendo 64 yang lama. Projek tersebut dinamakan sebagai "Ship of Harkinian" yang merujuk kepada Zelda: Wand of Gamelon (Melayu: Zelda: Cogan Gamelon). Bercakap kepada Video Games Chronicle (Melayu: Peristiwa Bersejarah Permainan Video), Kenix, yang kini telah menjadi sebahagian daripada Harbour Masters, menganggarkan bahawa projek itu "kira-kira 90%" telah siap sepenuhnya.[4]
Sebelum Ship of Harkinian dikeluarkan, Harbour Masters telah mempamerkan pelbagai pengubahsuaian permainan video bersifat percubaan yang boleh dijalankan kepada Ocarina of Time; antaranya sasaran giroskopik (Melayu: Lingkaran Pemerhati) dan sokongan tekstur (Melayu: Jalinan Gambar) 4K.[5]
Ship of Harkinian telah dilancarkan secara rasminya untuk pelantar Windows pada bulan Mac 2022. [6]
Sokongan dan ciri tambahan pelantar
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mei 2022, Harbour Masters mengumumkan keluaran Ship of Harkinian bagi pangkalan Linux melalui "Ship of Harkinian Direct" (Melayu: Kapal Harkinian Langsung) iaitu persembahan video olokan dalam talian Nintendo Direct. Ciri-ciri tambahan yang dinyatakan dalam sidang Direct ini termasuklah fungsi keadaan simpanan, menu helah bersepadu, pilihan capaian data dan sokongan untuk menjalankan 60 bingkai sesaat dalam permainan video tersebut.[7]
Dua bulan kemudian, pada bulan Julai 2022, tambahan Ship of Harkinian Direct telah dikeluarkan yang mengumumkan keluaran Ship of Harkinian untuk MacOS dan Wii U . Ciri-ciri tambahan yang dipasarkan dalam sidang Direct ini termasuklah antara muka grafik untuk mengikat-semula kawalan, perawak yang mempelbagaikan unsur permainan bagi meningkatkan pengalaman main semula dan keupayaan untuk menetapkan kadar bingkai secara rambang (sehingga 250 FPS (Melayu:Bingkai-Per-Saat)).[8]
Ship of Harkinian juga telah menerima sokongan Nintendo Switch dalam kemaskini bernama "Zhora Alfa" pada bulan September 2022.[9]
Pada bulan April 2023, Ship of Harkinian Direct yang baharu telah dikeluarkan bagi mengumumkan sokongan untuk mengubahsuai tekstur dan model. Fungsi pemain majmuk telah ditambah pada pangkalan iaitu pemain kedua boleh mengawal "Ivan the Fairy" (Ivan Sang Pepari), digambarkan sebagai pari-pari "yang suka berhelah" dengan membantu atau menghalang pemain utama sebagai kebolehannya.[10]
Keluaran lain
[sunting | sunting sumber]Harbour Masters telah menyatakan hasrat untuk mencipta pangkalan sumber untuk The Legend of Zelda: Majora's Mask (Melayu: Hikayat Zelda: Topeng Sang Mujura) sejurus selepas ZRET berjaya mencerakinkan permainan video tersebut.[11][12]
Pada bulan November 2023, Harbour Masters mendedahkan bahawa mereka telah sepenuhnya mencerakinkan Majora's Mask (Melayu: Topeng Sang Mujura), dan kini sedang mengusahakan pangkalan PC yang dipanggil 2Ship2Harkinian,[13] dengan versi pertamanya dikeluarkan pada 26 Mei 2024.
Pada bulan Disember 2024, Harbour Masters telah mengeluarkan versi pertama StarShip, port PC Star Fox 64.[14]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Sambutan terhadap Ship of Harkinian secara umumnya adalah baik.
Ship of Harkinian telah dibandingkan dengan Ocarina of Time versi Nintendo Switch Online . Nick Rodriguez dari Screen Rant (Melayu: Celoteh Layar) menganggap Ship of Harkinian "jauh lebih baik daripada versi terkini Switch dalam hampir semua perkara",[15] dengan tambahan daripada penulis The Verge (Melayu: Ambang) Derek Hill memberikan pendapat yang serupa: "Selagi Nintendo masih mengeluarkan versi permainan klasik mereka dalam kualiti rendah tetapi dengan harga yang sangat mahal, Ship of Harkinian adalah bukti bahawa pilihan tidak rasmi mungkin pilihan yang lebih bijak dan terbaik." [16]
Beberapa pihak media lain pula menyatakan kebimbangan terhadap Ship of Harkinian yang bila-bila masa sahaja boleh terjejas sekiranya pihak Nintendo mengambil tindakan undang-undang ke atas salahguna harta intelek mereka. Dalam membincangkan harapan jangka panjang Ship of Harkinian, penulis GameSpot (Melayu: Titik Permainan) Jenny Zheng menyatakan bahawa "nasib Ship of Harkinian tidak menentu", sambil menyifatkan Nintendo yang "terkenal dengan mengugat kegembiraan semua orang dengan saman hakcipta".[17] Luke Plunkett dari Kotaku (Melayu: Peminat Tegar Kecil) merujuk taraf sah Ship of Harkinian sebagai "meresahkan", tetapi mengakui kewujudan projek-projek lain yang masih aktif dalam usaha kejuruteraan balikan yang masih berjalan ketika rencana tersebut ditulis.[18] Dalam satu kenyataan kepada GamesRadar+ (Melayu: Penjejak Permainan+), Kenix, penyumbang dari Harbour Masters pula mempertahankan kesahihan taraf Ship of Harkinian yang berbunyi: "Aset [Ocarina of Time] perlu dirobek daripada ROM pengguna yang mesti mereka sediakan sendiri dan kemudiannya dieksport ke dalam arkib yang serasi dengan Ship of Harkinian. Tiada harta milik Nintendo yang terlibat dalam langkah-langkah tersebut."[19] Harbour Masters turut menggalakkan pengguna untuk menyokong pembelian keluaran rasmi Ocarina of Time, dan menawarkan peranan tersendiri dalam pelayan Discord kepada pengguna yang memberikan bukti pemilikan permainan video mereka yang sah.[20]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ship of Harkinian on github.com". 4 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023 – melalui GitHub.
- ^ "Ocarina of Time has been fully decompiled into human-readable code". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "How an online community took back the Legend of Zelda". The Verge (dalam bahasa Inggeris). 12 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "Exclusive: A fully functioning Zelda 64 PC port is '90% complete'". Video Games Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 24 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "Zelda: Ocarina of Time's in-development PC port is already getting mods". Video Games Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 15 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "Zelda: Ocarina of Time fan-made PC port is out now". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). 22 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "Zelda: Ocarina of Time's PC port now supports 60fps, save states, Linux and more". Video Games Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 13 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "Fan-made Ocarina of Time PC port gets unlocked framerate, difficulty settings, and more". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). 17 July 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "Zhora Alfa (4.0.0)". shipofharkinian.com (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "Zelda Ocarina of Time PC modders add support for better graphics, a pet dog, and a nightmarish multiplayer mode". GamesRadar+ (dalam bahasa Inggeris). 28 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "Exclusive: A fully functioning Zelda 64 PC port is '90% complete'". Video Games Chronicle. 24 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 4 September 2023.
- ^ "FAQ". shipofharkinian.com (dalam bahasa Inggeris). 5 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ Khan, Md Umar (8 November 2023). "Majora's Mask Native PC Port Revealed With New Videos; Ship of Harkinian Gets 3DS Texture Pack" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2023. Dicapai pada 13 November 2023.
- ^ Robinson, Andy (December 23, 2024). "Another N64 classic has been quietly ported to PC by fans". VGC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 23, 2024.
- ^ "Every Way Zelda: Ocarina Of Time PC Port Is Better Than Switch Online's". Screen Rant (dalam bahasa Inggeris). 17 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "How an online community took back the Legend of Zelda". The Verge. 12 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "Legend of Zelda: Ocarina Of Time Fan-Made PC Port Is Out". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). 23 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "Let's Check Out Ocarina Of Time's PC 'Port'". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). 30 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "This fan-made PC port of Ocarina of Time looks stunning". GamesRadar+ (dalam bahasa Inggeris). 24 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.
- ^ "A full Zelda: Ocarina of Time PC port is now complete and available online". Video Games Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 22 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 5 September 2023.