Pergi ke kandungan

Shoku Nihongi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Shoku Nihongi (続日本紀) ialah sebuah teks sejarah Jepun yang disiapkan atas titah maharaja. Diselesaikan pada tahun 797, ia merupakan teks kedua dalam Enam Sejarah Kebangsaan Jepun, selepas Nihon Shoki dan diikuti oleh Nihon Kōki. Fujiwara no Tsugutada dan Sugano no Mamichi berkhidmat sebagai penyunting utama. Ia merupakan salah satu sumber sejarah primer yang paling penting untuk maklumat mengenai zaman Nara di Jepun.

Karya ini meliputi tempoh selama 95 tahun bermula dari pemerintahan Maharaja Monmu pada tahun 697 sehingga tahun ke-10 pemerintahan Maharaja Kanmu pada tahun 791, merangkumi sembilan pemerintahan maharaja. Ia disiapkan pada tahun 797 Masihi.[1]

Teks ini mempunyai 40 jilid. Ia ditulis terutamanya dalam kanbun, iaitu bentuk bahasa Cina Klasik yang digunakan dalam penulisan formal Jepun pada ketika itu.[2] Namun begitu, beberapa senmyō (宣命) atau "titah maharaja" dalam teks tersebut ditulis dalam satu sistem tulisan yang dikenali sebagai senmyō-gaki, yang mengekalkan partikel dan pengakhiran kata kerja secara fonografi.[3]

  1. ^ Bender, Ross (March 2009), "Performative Loci of Shoku Nihongi Edicts, 749–770", Journal of Oral Tradition, 24 (1), m/s. 249–268
  2. ^ Rikkokushi (『六国史』), by Tarō Sakamoto (坂本太郎) (Yoshikawa Kobunkan (吉川弘文館), 1970, republished 1994)
  3. ^ Motosawa, Masafumi (2007-03-28). "Senmyō". Encyclopedia of Shinto. Dicapai pada 2012-02-27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]