Shreya Ghoshal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Shreya Ghoshal
Shreya Ghoshal at Filmfare Awards South.jpg
Ghoshal di Anugerah Filmfare Selatan ke-62 pada 2015
Kelahiran (1984-03-12) 12 Mac 1984 (umur 35)
Murshidabad, Bengal Barat, India[1]
WarganegaraIndia
Pusat pendidikanKolej Seni, Sains dan Perdagangan SIES
PekerjaanPenyanyi latar, penerbit muzik
Tahun aktif1998–kini
PasanganShiladitya Mukhopadhyaya (k. 2015)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
T-Series
Laman sesawang
www.shreyaghoshal.com

Shreya Ghoshal (lahir 12 Mac 1984)[2] ialah penyanyi latar India.[3] Beliau telah menerima empat Anugerah Filem Kebangsaan, empat Anugerah Filem Negara Bahagian Kerala, dua Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu, tujuh Anugerah Filmfare termasuk enam untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan 10 Anugerah Filmfare Selatan. Beliau telah merakamkan lagu untuk filem dan album muzik dalam pelbagai bahasa-bahasa India dan telah menubuhkan dirinya sendiri sebagai penyanyi latar terulung di pawagam India.

Ghoshal bercita-cita menjadi penyanyi latar dari usia muda. Pada usia empat tahun, beliau mula belajar muzik. Pada usia enam tahun, beliau memulakan latihan formalnya dalam muzik klasik. Pada usia enam belas tahun, beliau diperhatikan oleh ibu pembikin filem Sanjay Leela Bhansali ketika beliau menyertai dan memenangi rancagan realiti nyanyian televisyen Sa Re Ga Ma Pa (dipanggil Sa Re Ga Ma pada masa itu). Selepas itu, beliau membuat penampilan Bollywood pertamanya dalam nyanyian latar menerusi drama romantik Bhansali Devdas (2002) yang mana beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan, Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan Anugerah RD Burman Filmfare untuk Bakat Muzik Baru.

Selain sebagai penyanyi latar, Ghoshal muncul sebagai juri dalam beberapa rancangan realiti televisyen dan beliau juga muncul dalam video muzik. Beliau mengadakan konsert muzik di seluruh dunia. Beliau telah diberi penghormatan oleh Ohio, Amerika Syarikat, di mana Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun 2010 sebagai "Hari Shreya Ghoshal". Pada April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat United Kingdom yang terpilih. Beliau juga muncul sebanyai lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkenal dari India. Pada tahun 2017, Ghoshal menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lagu pertama yang dirakamkan oleh beliau ialah "Ganraj Rangi Nachato" yang merupakan versi lagu saduran bahasa Marathi yang pada asalnya dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar.[4] Album studio pertama beliau ialah Bendhechhi Beena, yang dikeluarkan pada 1 Januari 1998, dengan 14 lagu.[5] Beberapa album terawalnya ialah O Tota Pakhi Re, Ekti Katha (1999),[6] dan Mukhor Porag (2000).[7] Ghoshal merakamkan album studio Bengali Rupasi Raate (2002).[8] Ghoshal merakamkan lagu ketuhanan di dalam album termasuk Banomali Re (2002),[9] dan kemudiannya, Krishna Bina Ache Ke (2007).[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "I like my father being the boss in my life: Shreya". The Times of India. 25 December 2013. Dicapai pada 12 August 2016.
  2. ^ "Happy Birthday Shreya Ghoshal: 15 Popular Melodies By The Versatile Singer". CNN-News18. 12 Mac 2017. Diarkib daripada yang asal pada 26 Mei 2017. Dicapai pada 19 Oktober 2017.
  3. ^ "Shreya Ghoshal Biography". Shreya Ghoshal Official Website. Diarkib daripada yang asal pada 24 Oktober 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  4. ^ Vinita Chaturvedi (23 Januari 2014). "I'd love to be called a Marathi Mulgi: Shreya Ghoshal". The Times of India. Diarkib daripada yang asal pada 3 Februari 2018. Dicapai pada 23 Jun 2017.
  5. ^ "Bendhechhi Beena: Shreya Ghoshal". Last.fm. Diarkib daripada yang asal pada 21 Disember 2015. Dicapai pada 11 Jun 2013.
  6. ^ "Ekti Katha: Shreya Ghoshal". Last.fm. Diarkib daripada yang asal pada 21 Disember 2015. Dicapai pada 11 Jun 2013.
  7. ^ "Mukhor Porag: Shreya Ghoshal". Last.fm. Diarkib daripada yang asal pada 14 November 2014. Dicapai pada 11 Jun 2013.
  8. ^ "Rupasi Raate: Shreya Ghoshal". Last.fm. Diarkib daripada yang asal pada 3 Februari 2018. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  9. ^ "Banomali Re: Shreya Ghoshal". Last fm. Diarkib daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 11 Jun 2013.
  10. ^ "Krishna Bina Ache Ke: Shreya Ghoshal". Last.fm. Diarkib daripada yang asal pada 21 Disember 2015. Dicapai pada 11 Jun 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]