Shu Qi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Shu.
Shu Qi
Shu Qi Cannes 2015.jpg
Nama Cina舒淇 (Tradisional)
Nama Cina舒淇 (Ringkas)
Nama lahir林立慧 (Lín Lìhuì)
Tahun aktif1996 - kini
Laman web rasmiwww.shu-qi.com

Shu Qi (Bahasa Cina: 舒淇; pinyin: Shū Qí; Wade-Giles: Shu Ch'i; lahir 16 April 1976) ialah nama pentas pelakon wanita Taiwan, Lin Li-Hui (林立慧). Nama pentasnya kekadang dirumikan sebagai Hsu Chi, Shu Qui, atau Shu Kei (Kantonis). Nama Shu Qi kekadang juga muncul dalam urutan Barat sebagai Qi Shu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Bandaraya Sindian, Kaunti Taipei, Shu Qi berpindah ke Hong Kong ketika berusia 17 tahun. Di Hong Kong, dia menjadi peragawati untuk majalah pornografi, dengan gambarnya ditampilkan pada kulit Penthouse Hong Kong terbitan Februari 1995. Selepas muncul dalam sebilangan filem pendek pornografi ringan, Shu Qi menjadi bintang pornografi pujaan yang pertama untuk menyertai filem aliran utama apabila dia mengikat kontrak dengan Manfred Wong, penerbit filem Hong Kong, untuk berlakon dalam sebilangan filem pornografi ringan seperti Sex & Zen II.

Kerjaya seterusnya[sunting | sunting sumber]

Pada 1996, Shu Qi berlakon di samping Karen Morris dan mendiang Leslie Cheung dalam filem Viva Erotica yang diarahkan oleh Derek Yee tentang industri filem erotik di Hong Kong. Sejak menerima anugerah Pelakon Wanita Sampingan Terbaik bagi filem itu dalam upacara Anugerah Filem Hong Kong, Shu Qi telah muncul dalam filem-filem aliran utama Hong Kong seperti:

Pada 1999, Ang Lee menjemput Shu Qi yang ketika itu sudah menjadi amat popular untuk berlakon sebagai Jen dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon. Namun selepas perfileman selama enam minggu, Manfred Wong, pengurus Shu Qi, menariknya daripada perfileman itu untuk membuat iklan minuman ringan di Jepun kerana tidak meramalkan kejayaan antarabangsa filem itu secara besar-besaran. Justera, peranannya diambil alih oleh Zhang Ziyi, seorang pelakon wanita Cina yang tidak amat dikenali. Disebabkan oleh filem itu, Zhang Ziyi menjadi bintang antarabangsa yang terkenal, dengan Shu Qi kemudian berpisah dengan pengurusnya, akibat perkara itu.

Pada 2002, Shu Qi muncul dalam filem Hollywood, The Transporter, dan filem aksi Asia, So Close. Kemudian pada 2004, dia melakonkan peranan utama dalam filem seram Hong Kong, The Eye 2. Shu Qi memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam upacara Anugerah Golden Horse 2005 bagi tiga peranannya dalam filem Three Times yang diarahkan oleh Hou Hsiao-Hsien. Dipilih dia oleh Kenzo Takada pada 2006 untuk menyertai kempen pengiklanan ketiga bagi minyak wangi Flower by Kenzo yang amat berjaya, dengan dia masih merupakan wajah terkini.

Pada 2008, Shu Qi menjadi anggota jemaah pengadil Berlinale, Pesta Filem Antarabangsa Berlin, dan pada tahun berikutnya, menjadi anggota jemaah pengadil Pesta Filem Cannes.

Reputasi[sunting | sunting sumber]

Walaupun penglibatannya dalam filem pornografi ringan pada peringkat awal kerjayanya, Shu Qi berjaya mengatasi tekanan yang berasal daripada budaya Cina yang konservatif dan mencapai kepopularan menerusi bakat pelakonan dan wajahnya yang menarik. Dia telah diperingkatkan dengan tekal sebagai salah satu daripada 99 wanita yang paling menggiurkan di dunia oleh AskMen.Com.

Antara lelaki yang Shu Qi dikatakan berasmara termasuk Leon Lai dan Wang Leehom.

Pada 2008, Shu Qi dipilih oleh E!, saluran hiburan Amerika, sebagai "Pelakon Wanita dengan Bibir Yang Paling Seksi di Dunia".

Filmografi separa[sunting | sunting sumber]

Karya lain[sunting | sunting sumber]

"Hong Kong" (2008) — lawatan berjalan audio oleh Louis Vuitton dan Soundwalk [1][2].

Anugerah dan Calonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1997 Golden Bauhinia Viva Erotica Pelakon Wanita Sambilan Terbaik Menang
Golden Horse Award Fei Yat Boon Oi Ching Siu Suet Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anguerah Filem Hong Kong Viva Erotica Pelakon Wanita Sambilan Terbaik Menang
Pelakon Baharu Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Soundwalk. Accessed Sept. 17, 2009.
  2. ^ Louis Vuitton Soundwalk. Accessed Sept. 20, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]