Shuk (pelawak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Shuk SYJ (pelawak)" dan "Shuk Balas" dilencongkan di sini.
Shuk Sahar
Kelahiran Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar
Pulau Pinang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Shuk Joras, Shuk Balas
Pekerjaan Pelakon
Pelawak
Pengacara TV
Penyampai Radio
Tahun aktif 2011 - kini
Pasangan Rossalennah Asshaferah (k. 2015)
Anak Nur Qurratu Ain (2016)

Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk ialah seorang pelawak, pengacara TV dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.[1] Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut dan mereka berdua berasal dari Pulau Pinang.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.[2]

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh. [3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 Adnan Sempit 2 Filem pertama
Salam Cinta
Halim Munan
2014 Zombie Kilang Biskut
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Loqman
Mana Mau Lari Kapten
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Johar Zulkifli
Suamiku Jatuh Dari Langit Mus
Jejak Warriors Ulat Tiket
Keranda Tok Wan Terbang
2016 Zack Kapcai

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Joras & Star Astro Warna Sitkom

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
Ya Habibi
2016 Joras: Van Hj Mursyid
2017 Katakan Tidak Pada Cinta

Pengacaraan TV[sunting | sunting sumber]

  • Aku Kaya, Kau Raya, Barulah Raya! (2016)
  • Edisi Khas Semasa (2016)
  • Sape Terer (2016)
  • Pop TV (2017)

Peserta[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Komedi Popular N/A Dicalonkan
Penyampai Radio Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MLM2013: Selamat Tinggal Dan Terima Kasih SYJ
  2. ^ Asz Md Nor (23 Disember 2015). SHUK SYJ TIADA NIAT SOROK MAJLIS KAHWIN Media Hiburan (Dicapai 8 Mac 2017).
  3. ^ Berita Harian (2 November 2016) Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung - Hiburan Dicapai 8 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]