Shuk Sahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shuk Balas)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Shuk Sahar
Kelahiran
Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar

(1986-03-20) 20 Mac 1986 (umur 36)
Nama lainShuk Hot FM, Shuk Balas, Shuk Sahar
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2011–kini
PasanganRossalennah Asshaferah (k. 2015)
Anak-anak2

Mohammad Shukri Mohamed Sahar (lahir 20 Mac 1986) atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau juga bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shuk menyertai program kenyataan televisyen lawak Raja Lawak musim ke-5 bersama rakan baiknya, Fendi melalui kumpulan Balas. Kumpulan Balas sering dikritik kerana mempersembahkan lawak lucah minggu demi minggu. Pada malam peringkat akhir kumpulan Balas tewas di tangan Man.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.[2]

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain (dibaca) pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh. [3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Krisis rumah tangga Shuk[sunting | sunting sumber]

Berikutan krisis rumah tangga dan kecurangan oleh Shuk, pengurusan radio milik Media Prima membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.[4] Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Adnan Sempit 2 Fendi Filem pertama
Salam Cinta Shuib
Halim Munan Pawi
2014 Zombie Kilang Biskut Kusyairi / Abang Din Mamu
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Amir
Mana Mau Lari Kapten
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Johar Zulkifli
Suamiku Jatuh Dari Langit Mus
Jejak Warriors Ulat Tiket
Keranda Tok Wan Terbang Husin
2016 Zack Kapcai Ray
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Leman

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Ramadan & Hamdan TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
Ya Habibi
2016 Joras: Van Hj Mursyid Astro Warna
2017 Katakan Tidak Pada Cinta
2019 Cikgu Gangster TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 Aku Kaya, Kau Raya, Barulah Raya!
Edisi Khas Semasa
Sape Terer
Joras & Stars Pelbagai watak Astro Warna
2017–2018 Pop! TV Pengacara TV9 (2017-2018)
ntv7 (2018)
2018 Mentor (musim 7) TV3 bersama Nana Mahazan
2018–2021 Jenaka Kampung Kalut (JKK) Kojack
I Can See Your Voice Malaysia Pengacara bersama Alvin Chong (2018) & Sean Lee (2019-2021)
2018 Bintang Bersama Bintang 2018
2019 Pop Yeah Yeah Leman
Senang Terhibur
Bintang Bersama Bintang 2019
Masak Apa Tu?
Mentor Milenia 2019 Pengacara bersama Marsha Milan
2020 Ohsem!!! Awesome TV
Mic ON! (Musim 1)
2020-2021 Shuk Nak Tanya Pengacara
2021 Lahar Net Artis jemputan
2022 Hard To Heart Astro Ria

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Stesen Tajuk
2017–2021 Hot FM Geng Pagi Hot

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan Catatan
2011 Raja Lawak Musim Keempat Balas bersama Fendi
Maharaja Lawak
2012 Maharaja Lawak Mega 2012
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 SYJ bersama Jihan Muse & Yassin Yahya
2014 Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Juara Parodi 2015 Abang Face
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Joras bersama Rahim R2 & Joey Daud
2017 Maharaja Lawak Mega 2017
Super Spontan Superstar 2017
2018 Bintang Bersama Bintang 2018
2019 Bintang Bersama Bintang 2019
2020 Muzikal Lawak Superstar 2 Mashuk
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Tobat bersama Bell Ngasri & Ropie Cecupak

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Tercalon
Artis Komedi Popular N/A Tercalon
Penyampai Radio Popular N/A Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]