Shuk Sahar
Shuk Sahar | |
|---|---|
سهوق سهر | |
| Kelahiran | Mohamad Shukri bin Mohamed Sahar 20 Mac 1986 |
| Nama lain | Shuk SYJ, Shuk Balas |
| Pekerjaan | Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Majikan | Media Prima Audio (2017–21) |
Karya | Filemografi |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 2 |
| Keluarga | Mohamad Johari Mohamad Sahar (abang) |
Mohamad Shukri Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar (lahir 20 Mac 1986) ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio lelaki Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau juga bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Shuk menyertai program kenyataan televisyen lawak Raja Lawak musim ke-5 bersama rakan baiknya, Fendi melalui kumpulan Balas. Kumpulan Balas sering dikritik kerana mempersembahkan lawak lucah minggu demi minggu. Pada malam peringkat akhir kumpulan Balas tewas di tangan Man.
Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.[1]
Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain (dibaca) pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh. [2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sejak akhir tahun 2022, Shuk Sahar belum lagi mendapat sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan. Beberapa penggambaran yang diterimanya telah dibatalkan oleh beberapa stesen TV tanpa sebarang penjelasan. Kemungkinan masalah ini berlaku kerana masalah rumahtangganya yang berlaku sebelum ini. Sehingga artikel ini ditulis pada bulan Mei 2023, Shuk tidak muncul lagi di kaca TV, dan beliau dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Krisis rumah tangga Shuk
[sunting | sunting sumber]Berikutan krisis rumah tangga dan kecurangan oleh Shuk, pengurusan radio milik Media Prima membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.[3] Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.[4]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Radiografi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Stesen |
|---|---|---|
| 9 Januari 2017 – 25 Januari 2021 | Geng Pagi Hot | Hot FM |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Tempat Ke-3 Raja Lawak Musim 5 (2011)
- Naib Juara Juara Parodi (Kumpulan Abang Face bersama Sam Bunkface dan Joey Daud)
- Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2016
- Tempat Ke-5 Super Spontan Superstar 2017
- Juara Bintang Bersama Bintang 2019
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pengacara TV Popular | — | Tercalon |
| Artis Komedi Popular | — | Tercalon | ||
| Penyampai Radio Popular | — | Tercalon | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Asz Md Nor (23 Disember 2015). SHUK SYJ TIADA NIAT SOROK MAJLIS KAHWIN Media Hiburan (Dicapai 8 Mac 2017).
- ↑ Berita Harian (2 November 2016) Shuk Balas insaf saat teman isteri lahirkan anak sulung - Hiburan Dicapai 8 Mac 2017.
- ↑
- ↑ Shuk Sahar sah digantung perkhidmatan sementara di Hot FM