Shun Shioya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shioya Shun (塩谷 瞬) ialah seorang pelakon Jepun. Anak kelahiran Kanazawa, Ishikawa ini dilahirkan pada 7 Jun 1982. Berketinggian 177cm dan jenis darah ialah A. Kini berada di bawah naungan Syarikat Stardust Promotion.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shioya debut dengan Ninpuu Sentai Hurricaneger (2002). Sejak itu, dia bergiat dalam drama tv, program varieti, iklan tv, wayang, drama pentas, seni foto dan sebagainya. Dia menerima Anugerah Kategori Pelakon Lelaki Baru (Pacchigi!, filem 2005 arahan pengarah Kazuyuki Izutsu)pada Japan Academy Prize kali ke-29 dan Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik pada Festival Filem Yokohama kali ke-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]