Shunroku Hata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gensui Hata Shunroku
Hata Syunroku3.jpg
Fil Marsyal Hata (kelihatan memakai lencana enamel Gensui)
KelahiranJuly 26, 1879
Wilayah Fukushima, Jepun
Meninggal dunia10 Mei 1962(1962-05-10) (umur 82)
Tokyo, Jepun
KesetiaanEmpayar Jepun
PerkhidmatanTentera Darat Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1901-1945
PangkatFil Marsyal
ArahanDivisyen Ke-14
Tentera Darat Taiwan Jepun
Tentera Darat Ekspedisi China
PertempuranPerang Jepun-Rusia
Perang Dunia II
AnugerahOrder of the Rising Sun, Order of the Golden Kite
Di dalam nama Jepun ini, nama keluarganya ialah "Hata".

Shunroku Hata (畑 俊六, Hata Shunroku, 26 Julai 1879 – 10 Mei 1962) adalah seorang Gensui (Fil Marsyal) dalam Tentera Darat Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan pegawai tentera berpangkat fil marsyal yang terakhir dilantik. Hata telah didakwa dengan jenayah perang dan dihukum penjara seumur hidup.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun permulaan[sunting | sunting sumber]

Hata adalah penduduk asal Wilayah Fukushima, dimana bapanya seorang samurai daripada domain Aizu. Pada usia 12 tahun, keluarganya berpindah ke Hakodate, Hokkaidō, tetapi pada usia 14 tahun, beliau telah diterima masuk kedalam Sekolah Menengah Pertama Tokyo yang berprestij. Walau bagaimanapun, bapanya meninggal dunia pada tahun yang sama, dan tidak mampu membayar tuisyen, beliau sebaliknya mendaftar di Sekolah Kadet Tentera Darat, selepas tamat persekolahan kelas ke-12 Akademi Tentera Darat Imperial Jepun, pada tahun 1901 sebagai Leftenan Muda dalam artileri. Hata berkhidmat didalam Perang Jepun-Rusia. Beliau menamatkan pengajian di kelas ke-22 Maktab Turus Tentera Darat dengan kedudukan teratas pada November 1910.

Hata (sebelah kiri) bersama abangnya sebelum Perang Jepun-Rusia

Dihantar sebagai atase tentera ke Jerman pada Mac 1912, Hata menetap di Eropah disepanjang Perang Dunia I sebagai pemerhati tentera. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Mejar pada September 1914 dan ke Leftenan Kolonel pada Julai 1918, ketika masih di Eropah, dan beliau kekal sebagai anggota delegasi Jepun ke perundingan Persetiaan Damai Versailles pada Februari 1919.

Sekembalinya beliau ke Jepun, Hata telah diberi memerintah Rejimen Ke-16 Artileri Medan IJA pada Julai 1921, dan telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan menjadi Panglima Briged Ke-4 Artileri Medan Berat IJA pada Mac 1926.

Hata kemudiannya ditugaskan ke bahagian perancangan strategik Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun, berkhidmat sebagai ketua Biro Keempat pada Julai 1927 dan Ketua Biro Pertama pada Ogos 1928.

Hata telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada Ogos 1931 dan menjadi Inspektor Jeneral Latihan Artileri. Beliau kemudian diberi pemerintahan medan, iaitu Divisyen Ke-14 IJA pada Ogos 1933. Selepas bertugas sebagai ketua Pasukan Udara Tentera Darat Imperial Jepun dari Disember 1935, beliau menjadi Panglima Tentera Darat Taiwan Jepun pada tahun 1936.[1]

Perang China-Jepun Kedua[sunting | sunting sumber]

Kebangkitannya selepas permulaan Perang China-Jepun Kedua ketika itu sangat pantas: Ahli Majlis Tentera, Inspektor Jeneral Latihan Tentera dan kenaikkan pangkat ke Jeneral penuh pada akhir tahun 1937. Beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Ekspedisi China Tengah pada Februari 1938, menggantikan Jeneral Matsui Iwane, yang telahpun dipanggil pulang ke Jepun akibat dari Pembunuhan Beramai-ramai Nanking. Hata menjadi Juruiring Kanan kepada Maharaja Shōwa pada Mei 1939 diikuti dengan tugasan sebagai Menteri Perang dari Ogos 1939 hingga Julai 1940 ketika penggal Perdana Menteri Nobuyuki Abe dan Mitsumasa Yonai. Pada Julai 1940, Hata mempunyai peranan penting dalam menjatuhkan kabinet Yonai dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perang.[2]

Hata kembali ke China sebagai Panglima Tentera Darat Ekspedisi China pada Mac 1941. Beliau merupakan komander utama Jepun pada masa Kempen Zhejiang-Jiangxi, yang mana sumber-sumber China mendakwa terdapat lebih 250,000 orang awam terbunuh. Hata adalah pegawai kanan terakhir tentera Jepun yang dinaikkan pangkat ke Gensui (Fil Marsyal) pada 2 Jun 1944.

Hata telah diminta mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Umum Kedua, yang berpengkalan di Hiroshima dari tahun 1944 hingga 1945 sebagai persiapan untuk menentang pencerobohan pihak Bersekutu keatas tanahair Jepun. Beliau telah berada di Hiroshima pada masa pengeboman atom. Hata merupakan salah seorang panglima kanan yang bersetuju dengan keputusan untuk menyerah kalah, namun beliau meminta dilucutkan gelaran Fil Marsyalnya bagi menebus dosa kerana kegagalan Tentera Darat dalam peperangan.[3]

Pengadilan[sunting | sunting sumber]

Bekas Gensui Hata semasa dibicarakan

Hata telah ditangkap oleh pihak berkuasa pendudukan Amerika selepas perang berakhir, dan didakwa dengan jenayah perang. Pada tahun 1948, hasil dari keputusan Tribunal Tentera Antarabangsa bagi Timur Jauh, beliau telah dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan: “Konspirasi, melancarkan perang agresif, mengabaikan tugasnya untuk mencegah kekejaman”.[4] Hata telah diparol pada tahun 1954,[5] dan memimpin sebuah yayasan amal untuk kebajikan bekas tentera dari tahun 1958. Beliau meninggal dunia pada tahun 1962, ketika menghadiri satu upacara menghormati mangsa perang.

Abang Hata, Eitaro Hata (1872–1930), juga merupakan seorang jeneral dalam Tentera Darat Imperial Jepun, dan Panglima Tentera Darat Kwangtung.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Dupuy, Trevor N. (1992). The Harper Encyclopedia of Military Biography. New York: HarperCollins Publishers. ISBN 0-7858-0437-4. 
  • Fuller, Richard (1992). Shokan: Hirohito's Samurai. London: Arms and Armor. ISBN 1-85409-151-4. 
  • Hayashi, Saburo; Cox, Alvin D (1959). Kogun: The Japanese Army in the Pacific War. Quantico, Virginia: The Marine Corps Association. 
  • Maga, Timothy P. (2001). Judgment at Tokyo: The Japanese War Crimes Trials. University Press of Kentucky. ISBN 0-8131-2177-9. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ammenthorp, The Generals of World War II
  2. ^ "Japan: Imitation of Naziism?" Time, Jul. 22, 1940
  3. ^ Budge, Pacific War Online Encyclopedia
  4. ^ Maga, Judgement at Tokyo
  5. ^ "The Tokyo War Crimes Trial:Field Marshal Shunroku Hata". 
Jawatan politik
Didahului oleh
Seishirō Itagaki
Menteri Tentera Darat
Og 1939- Jul 1940
Diikuti oleh:
Hideki Tōjō
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima, Tentera Darat Umum Ke-2 IJA
Apr 1945 – Okt 1945
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
Toshizō Nishio
Panglima, Tentera Darat Ekspedisi China
Mac 1941- Nov 1944
Diikuti oleh:
Yasuji Okamura
Didahului oleh
tiada
Panglima, Tentera Darat Ekspedisi China Tengah
Feb 1938 – Dis 1938
Diikuti oleh:
Otozō Yamada
Didahului oleh
Hisaichi Terauchi
Inspektor Jeneral Latihan Tentera
Feb 1937 – Og 1937
Diikuti oleh:
Rikichi Andō
Didahului oleh
Heisuke Yanagawa
Panglima, Tentera Darat Taiwan IJA
Og 1936 – Og 1937
Diikuti oleh:
Mikio Tsutsumi