Pergi ke kandungan

Si Bakhil Dengan Bunganya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Si Bakhil Dengan Bunganya ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Global Station Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Hadith Omar. Ia dibintangi oleh Yusuf Bahrin dan Alya Iman. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 28 Mei hingga 17 Julai 2025 menggantikan Seribu Tahun.

Si Bakhil Dengan Bunganya
Genre
Berdasarkan daripada
Si Bakhil Dengan Bunganya
karya Liza Nur
Ditulis olehLiza Nur
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Soal Cinta" - Scha Nuril
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Zetty Alia Ramly
  • Zetty Adila Ramly
PenyuntingGlobal Post
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza)
Astro Go
Sooka
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Mei 2025 – 17 Julai 2025
Kronologi
MengikutiSeribu Tahun
Diikuti olehThariq Ridzuan: His Treasure

Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal.

Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.

Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam
Sebelumnya Si Bakhil Dengan Bunganya Berikutnya
Seribu Tahun Thariq Ridzuwan: His Treasure