Si Jantung Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Si Jantung Hati
Pengarah
Dihasilkan olehDeddy M. Borhan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1986
Masa tayangan
124 min
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 450,000.00
Pecah panggungRM 1,500,00.00

Si Jantung Hati merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1986. Filem Si Jantung Hati diterbitkan dalam bentuk filem warna. Pada tahun 2003 filem tersebut telah menjalani proses remaster ke bentuk digital.

Filem Si Jantung Hati mula ditayangkan pada 1986 di pawagam seluruh negara. Menampilkan A. R. Badul, Nassier Wahab, Ibrahim Din, Faridah Fasha dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Si Jantung Hati diarah oleh pengarah A. R. Badul pada 1986. Filem ini berkisarkan sambungan filem Nasib Do Re Mi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

2 orang pemuda iaitu Do kecil dan Re kecil merancang satu pengembaraan mencari harta pusaka yang dimiliki oleh arwah bapa mereka (Do dan Re). Mereka juga mencari seorang sahabat lama arwah bapa mereka yang masih hidup iaitu Mi yang bergelar sebagai Orang Kaya Mi atau singkatan O.K Mi menjadi petunjuk lokasi di mana harta-harta itu telah disembunyikan. Do kecil dan Re kecil mensyaki bahawa harta-harta yang disembunyi oleh arwah bapa mereka itu adalah harta curi.

Di samping itu juga, seorang musuh lama arwah bapa mereka iaitu Komeng telah kembali menubuhkan kumpulan samseng baharu dan ingin menjejaki harta-harta tersebut secara kebetulan dengan tujuan O.K Mi, Do kecil dan Re kecil untuk mencari harta-harta yang di curi kerana mengesyaki bahawa harta-harta itu hak adalah miliknya (komeng) yang juga hasil rompakannya dan juga telah jatuh ke tangan Do Re dan Mi dalam kira-kira 20 tahun yang lalu.

Semasa menjejaki harta-harta komeng, O.K Mi, Do kecil dan Re kecil telah bertembung dengan musuh lama arwah bapa mereka dan O.K Mi iaitu Komeng, seorang ketua penjahat yang pernah ditangkap polis hasil perangkapan Do Re dan Mi dan dijatuhi hukuman penjara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]