Siapa Besar (filem 1964)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siapa Besar
PengarahOmar Rojik
Dihasilkan olehRun Run Shaw
Dibintangi
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd
Tarikh tayangan
1964
Negara
BahasaBahasa Melayu

Filem Siapa Besar merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang masih merupakan sebahagian dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1964. Filem Siapa Besar diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah diarahkan oleh pengarah Omar Rojik

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan pertandingan dua keluarga berjiran siapa yang lebih kaya dan bermampu. Mula mula mereka bertanding membuat tembok yang tebal, kemudian pertandingan siapa yang dapat membeli barang mahal. Keluarga Busu mempunyai anak perempuan, Maznah Senget, dimana ibunya adalah isteri kelima Busu. Keluarga Hitam dan Permaisuri ada anak lelaki bernama Jamal Kuntum. Jamal dan Maznah bercinta dengan sulit. Sharipah membeli radiogram yang besar untuk menunjukan kelebihan kemampuan. Apabila Permaisuri tahu jirannya ada radiogram yang besar bunyi, dia membeli satu set drum untuk membuat bunyi yang lebih bising. Apabila kedua-dua anak keluarga datang ke Singapura dari luar negeri, Sharipah menyewa satu kereta besar untuk menyambut kedatangan Maznah. Permaisuri pula menyewa satu kenderaan yang lebih besar dari kereta disewa keluarga Busu. Keluarga Hitam menyewa lori untuk menyambut Jamal. Lama-kelamaan Jamal dan Maznah mengetahui mereka berjiran dan ibu bapa masing-masing adalah bermusuhan. Pada suatu hari, Busu telah bosan dengan permintaan isterinya, Sharipah dan sampai tahap dimana Busu tidak tahan lagi dan dia menembak isterinya. Busu memanggil Hitam dengan mengatakan dia berani sampai menembak isterinya. Busu pun tidak mau kalah dengan keberanian Hitam dan ikut juga dengan menembak Sharipah. Tetapi tembakan mereka tidak membunuh isteri masing masing. Selepas itu Busu dan Hitam berjanji untuk berdamai. Kemudian, isteri masing-masing menembak suami masing-masing. Tembakan tidak membunuh kerana tembakan guna peluru kapur. Pada hujung cerita, Jamal dan Maznah telah disetujui oleh kedua-dua keluarga untuk berkahwin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]