Siapa Jaga Mak?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siapa Jaga Mak?
GenreKeluarga
Drama
Melodrama
PengarahVishali Panch & Zulanan Ahmad
Dibintangi oleh
Aishah Ahmad
Fauziah Zie
Suhaillah Salam
Lagu pembukaan"Kini Ku Sedari" nyanyian oleh Mona Roselianne
Lagu penutup"Kini Ku Sedari" nyanyian oleh Mona Roselianne
Negara asalSingapura
BahasaBahasa Melayu,Bahasa Inggeris
Bilangan episod13 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6.00 petang
Syarikat penerbitan
DV Studio Pte Ltd
Penyiaran
Saluran asalMediacorp Suria
Astro Prima
Siaran asal5 Ogos 2021 – 23 Ogos 2021
Kronologi
MengikutiSuara Hati
Diikuti olehAli Alia

Drama Siapa Jaga Mak merupakan salah satu drama pertama Singapura yang diinspirasikan kisah sebenar 4 buah keluarga yang berlainan iaitu mempunyai tangungan ibu masing - masing namun bakal dialami dilema oleh para pengasuh.Siri drama ini akan dibawakan oleh lakonan pelakon drama dari Singapura seperti Aishah Ahmad,Fauziah Zie , Suhaillah Salam dan ramai lagi.Drama ini akan memulakan tayangan perdana pada Januari 2021 di saluran Mediacorp Suria dan Slot Tiara Astro Prima bagi menggantikan Suara Hati.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi dalam penjagaan orang tua. Dapatkah konflik keluarga, masalah kewangan dan peranan berbeza dapat dileraikan dan menyatukan keluarga ini atau sebaliknya?

Plot[sunting | sunting sumber]

Episode 1: Setelah Mak dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan barah, anak-anaknya harus membuat keputusan siapa yang menjaga beliau. Keluarga Mariam pula mengalami kegencotan apabila pakcik dan makciknya yang cedera berpindah ke rumahnya; dan Hasanah agak resah akan kesihatan ibunya.

Episode 2: Masalah meningkat apabila setiap keluarga mula menyesuaikan dan mengubah cara hidup mereka. Mariam harus memastikan keselamatan Umi dan Abah, Norliza bersusah payah untuk menyenangkan hati ibunya, Danial mempelajari tentang kesukaran menjaga orang tua, dan kesihatan ibu Hasanah semakin merosot.

Episode 3: Seperti yang diinginkan ibunya, Hasanah berjanji untuk menjaga Ramli hingga selamanya. Abah berasa sukar untuk menyesuaikan diri di rumah Mariam. Jamilah mengabaikan nasihat Danial mengenai kesihatannya. Norliza berbelah bagi antara tanggungjawabnya sebagai anak kepada Rosmah dan ibu kepada Rita.

Episode 4: Setiap keluarga menghadapi cabaran-cabaran dengan pengasuhan apabila mereka cuba mengatasinya. Danial bersusah payah antara kerja rumah dan sekolah, Norliza terlalu sakit untuk menjaga Maknya, perhubungan Abah dengan Umi dan keluarga Mariam semakin renggang, dan demensia Ramli semakin merosot.

Episode 5: Cabaran menentukan sama ada sebuah keluarga boleh bekerjasama atau tidak. Apabila Ramli terhilang, keluarganya harus bekerjasama untuk membawanya pulang. Adam dan Mariam membincangkan cara untuk menyenangkan hati Abah. Dan kesabaran anak-anak Rosmah semakin kurang apabila mereka bertegang urat.

Episode 6: Perubahan boleh bantu sebuah keluarga, tetapi tidak semua akan setuju. Mariam tertanya-tanya jika pulangan Umi dan Abah ke rumah mereka memang terbaik. Hasanah mengambil langkah untuk pastikan keselamatan ayahnya, tetapi ia tidak mudah. Nordin mengupah seorang pembantu tetapi Rosmah tidak bersetuju.

Episode 7: Amanah seseorang mudah dihilangkan dan sukar dipulihkan. Nora rasa kedua-dua pembantu amat curiga. Ana & Ani mula menentang Mariam, tetapi Adam yang disalahkan. Semasa Norliza menyembunyikan darah tingginya dari keluarganya, Jamilah juga menyembunyikan kecederaannya dari cucunya.

Episode 8: Kesangsian dalam keluarga masing-masing bertambah teruk. Anak-anak Rosmah buat spekulasi ke kehilangan Yanti. Danial berdepan dengan Jamilah mengenai kecederaannya, tetapi dia tegaskan keputusan agar tidak melawat doktor. Keharmonian keluarga Mariam berpecah-belah, dan Abah mahu balik ke rumahnya.

Episode 9: Niat baik seseorang boleh bawa padah dari kebaikan. Umi beritahu Mariam agar jangan khuatir tentang Abah, tetapi dia kesal tinggal sendirian. Rita rasa kecewa kerana ibunya rahsiakan kesihatannya. Zain berhasrat untuk dekati Hasanah tetapi, dia harus jaga Ramli. Dan Jamilah malu terhadap dirinya.

Episode 10: Norliza terjatuh sakit dan Rosmah rasa kesal kerana dia menolak pertolongan dari anak-anaknya yang lain walaupun dia selalu berada dalam kesakitan. Hasanah bertentangan dengan pinangan Zain – bagaimana pula dengan ayahnya? Kemurungan Jamilah melebihi. Dan keluarga Mariam menyambung semula.

Episode 11: Zain berbelah bagi antara Hasanah dan tawaran pekerjaan baru di UK. Abah ingin mengobarkan semula cintanya kepada Umi pada hari ulang tahun mereka. Rosmah merancang untuk meninggalkan lebih banyak duit untuk Norliza tetapi adik-beradiknya tidak puas hati. Kemurungan Jamilah semakin menolak Danial.

Episode 12: Danial menebus kemarahannya terhadap Jamilah kerana dia tidak mahu putus asa denganya. Abah ingin Umi pulang ke rumah mereka, tetapi Umi rasa dia akan berbalik semula. Hasanah menolak pinangan Zain dan Hamid menyalahkan Nora. Rosmah dan Norliza tiba-tiba dimasukkan ke hospital pada masa yang sama.

Episode 13: Apabila doktor menasihati Rosmah untuk menjalani pembedahan, anak-anaknya membuat keputusan untuk mengikuti kata Mak. Adakah Umi akan pulang ke rumahnya dan berdamai dengan Abah? Mariam tidak sabar menunggu rumahnya kembali ke keamanan! Hamid mendedahkan mengapa Hasanah menolak pinangan Zain.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Aishah Ahmad sebagai Norliza
  • Fauziah Zie sebagai Rosmah
  • Suhaillah Salam sebagai Mariam
  • Den Sabari sebagai Adam
  • Fadilah Samsudin sebagai Hasanah
  • Fauzah Mohd Noor sebagai Umi
  • Freda Mel sebagai Ani
  • Hasif Nasir sebagai Danial
  • Iskandar Ismail sebagai Norman
  • Johan Jaafar sebagai Ramli
  • Julia Tari sebagai Jamilah
  • Khairudin Samsudin sebagai Nordin
  • Md Nik Aqimi bin Hashim sebagai Syafiq
  • Mishall Kiara sebagai Syiqin
  • Narain sebagai Zain
  • Natasha Mel sebagai Ana
  • Nurul Akhmar sebagai Nora
  • Rahman Rahim sebagai Abah
  • Sufian Ahmad sebagai Hamid
  • Yaya Hamid sebagai Rita

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1.^ Myinfotaip Siapa Jaga Mak-Dicapai 4 Ogos 2021