Siberpunk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Landskap buatan dan "lampu bandar pada waktu malam" ialah beberapa metafora pertama yang digunakan oleh genre untuk ruang siber (dalam Neuromancer, oleh William Gibson ). Dari atas ke bawah: Shibuya, Tokyo (Jepun), Times Square, New York (Amerika Syarikat), Monterrey, Nuevo León (Mexico) dan São Paulo (Brazil)

Siberpunk (bahasa Inggeris: cyberpunk) ialah sejenis subgenre cereka sains melibatkan suasana futuristik distopia yang cenderung memusatkan perhatian pada "gabungan kehidupan taraf rendah dan teknologi tinggi"[1] yang menampilkan pencapaian teknologi dan saintifik yang maju seperti kecerdasan buatan dan sibernetik yang digandingkan dengan kerosakan atau perubahan ketara dalam struktur sosial.[2] Sebilangan besar ciri siberpunk berakar pada gerakan cereka sains New Wave pada tahun 1960-an dan 1970-an, ketika penulis seperti Philip K. Dick, Roger Zelazny, John Brunner, JG Ballard, Philip José Farmer dan Harlan Ellison meneliti kesan budaya dadah, teknologi, dan revolusi seksual sambil mengelakkan kecenderungan konsep utopia dalam cereka sains terdahulu.

Komik yang meneroka tema siberpunk mula muncul seawal Judge Dredd yang pertama kali diterbitkan pada 1977.[3] Dilancarkan pada 1984, novel debut William Gibson berpengaruh, Neuromancer membantu mengukuhkan siberpunk sebagai genre, menarik pengaruh daripada subbudaya punk dan budaya penggodam awal. Penulis siberpunk berpengaruh lain termasuk Bruce Sterling dan Rudy Rucker. Subgenre siberpunk di Jepun pula bermula pada 1982 dengan debut siri manga Akira oleh Katsuhiro Otomo, dengan adaptasi filem anime pada 1988 (juga diarahkan oleh Otomo) kemudian mempopularkan subgenre tersebut.

Filem awal dalam genre ini termasuk filem Blade Runner oleh Ridley Scott pada 1982, salah satu daripada beberapa karya Philip K. Dick yang diadaptasi menjadi filem (dalam kes ini, Do Androids Dream of Electric Sheep?). Trilogi Matrix (1999–2003) pula merupakan beberapa filem siberpunk yang paling berjaya. Sementara itu, filem Johnny Mnemonic (1995)[4] dan New Rose Hotel (1998),[5][6] kedua-duanya berdasarkan cerpen William Gibson pula gagal secara komersial dan kritikal.

Media siberpunk yang lebih baharu termasuk Blade Runner 2049 (2017), sekuel filem asal 1982, serta Upgrade (2018), Alita: Battle Angel (2019) berdasarkan manga Jepun Battle Angel Alita pada 1990, siri TV Netflix 2018, Altered Carbon berdasarkan novel Richard K. Morgan pada 2002 bernama sama, pembuatan semula permainan video berperanan 1997, Final Fantasy VII pada 2020, dan permainan video Cyberpunk 2077 (2020) berdasarkan permainan papan R. Talsorian Games, Cyberpunk pada 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sterling, Bruce. Preface. Burning Chrome, by William Gibson, Harper Collins, 1986, p. xiv.
  2. ^ Thomas Michaud, "Science fiction and politics: Cyberpunk science fiction as political philosophy", pp. 65–77 in Hassler, Donald M. (2008). New Boundaries in Political Science Fiction. University of South Carolina Press. ISBN 978-1-57003-736-8. See pp. 75–76.
  3. ^ "Bibliography for GURPS Cyberpunk". sjgames.com. Steve Jackson Games. Dicapai pada 13 July 2019. The world of the British Judge Dredd is quintessentially cyberpunk...
  4. ^ "CTheory.net". CTheory.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-22. Dicapai pada 2009-03-20.
  5. ^ "DVD Verdict Review – New Rose Hotel". Dvdverdict.com. 2000-01-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-28. Dicapai pada 2009-03-20.
  6. ^ "'New Rose Hotel': Corporate Intrigue, Steamy Seduction". Nytimes.com. 1999-10-01. Dicapai pada 2009-03-20.