Siburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siburan
Sebuah masjid di Pekan Siburan
Sebuah masjid di Pekan Siburan
Siburan is located in Bumi
Siburan
Siburan (Bumi)
Koordinat: 1°21′42″N 110°24′17″E / 1.361644°N 110.404600°E / 1.361644; 110.404600Koordinat: 1°21′42″N 110°24′17″E / 1.361644°N 110.404600°E / 1.361644; 110.404600
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSerian
DaerahSiburan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Siburan
Poskod
94200

Siburan ialah sebuah pekan di Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 30 kilometer (19 batu) dari selatan ibu negeri Kuching. Siburan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Siburan dalam Bahagian Serian.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum daerah kecil ini dibawah pentadbiran Bahagian Serian, ia terletak di bawah seliaan Bahagian Kuching. Pada 1 Oktober 2015, daerah kecil Siburan dipisahkan sepenuhnya dari Bahagian Kuching dan ia akan berada dibawah Bahagian Serian yang juga merupakan peristiwa sejarah bagi daerah kecil ini.[4] Sebanyak 25 kampung di bawah daerah kecil ini akan berada di bawah pentadbiran Bahagian Serian iaitu Kampung Sentah, Masaan, Sungai Duuh, Tijirak, Siga, Sinjok, Mundai, Maang, Sungai Riset, Skuduk, Plaman Payang, Chupak, Duras, Beradau, Prutan, Sebanyis, Tabuan Rabak, Pulau Kandis, Menjau, Patung, Kerumboi, Kuang- Toop, Batu Gong Baru, Batu Gong Lama dan Jawa Gunda.[4] Manakala 32 kampung lagi akan kekal dalam Bahagian Kuching namun berada di bawah pentadbiran Daerah Kecil Padawan.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Siburan adalah kawasan pinggir bandar yang terletak berhampiran antara kawasan daerah Kuching dengan kawasan daerah Serian. Meskipun begitu, pembangunan menyeluruh kawasan Siburan sudah berada pada tahap terbaik, biarpun ada sebahagian projek pembangunan yang masih diteruskan sehingga kini.

Kawasan komersial[sunting | sunting sumber]

  • Eastern Mall
  • Siburan Square
  • Siburan New Township (Bandar Baru Siburan)
  • Kota Seramika Tapah, Siburan

Kompleks kediaman[sunting | sunting sumber]

  • tHe Spring Garden, Siburan

Kemudahan kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Klinik Kesihatan Siburan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

-->

Siburan merupakan bekas daerah kecil dibawah seliaan Daerah Serian.[4] Terdapat juga cadangan untuk Siburan dinaik taraf dari daerah kecil ke daerah penuh.[5] Ia disebabkan oleh penduduknya mencecah 100,000 orang. Siburan juga memerlukan Pusat Transformasi Luar Bandar yang akan memberi kemudahan kepada komuniti setempat di sini untuk memperoleh perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan kerajaan.[6] Pada November 2021, Daerah Kecil Siburan telah diangkat menjadi daerah penuh yang telah diiktiraf oleh kerajaan di mana ia diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Keputusan itu dibuat oleh kabinet negeri dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik di dua kawasan yang terletak di pentadbiran Bahagian Serian.[7]