Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama ialah sebuah mesyuarat yang melibatkan wanita-wanita pertama pelbagai negara antarabangsa. Objektif persidangan tersebut adalah untuk memperjuangkan hak asasi anak-anak yang mengalami kesengsaraan serta memupuk keprihatinan sedunia tentang masalah sosial yang menerjah dunia kita. Sidang kemuncak tersebut bertemakan “Hari Ini Kanak-kanak, Esok Pemimpin".[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sidang Kemuncak tersebut diilhamkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dan diadakan buat kali pertama di Selangor, Malaysia pada 10-13 Oktober 2010. Mesyuarat tersebut mengutarakan agenda-agenda penting dalam memperkasa kanak-kanak sebagai bakal pemimpin pada masa depan. Persidangan tersebut akan diadakan dua tahun sekali.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sidang ini mengundang kontroversi kerana dikatakan membazir untuk kehadiran yang rendah, cuma 15 orang. Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendakwa kosnya mencecah RM 24 juta.[2] Tambahan pula, ramai pihak mempertikai jolokan Wanita Pertama kepada isteri Perdana Menteri, dan bukan Raja Permaisuri Agong.[3][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]