Sidek Baba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prof. Datuk Dr.
Sidek bin Baba
Sidekbaba.png

Lahir (1946-06-12) 12 Jun 1946 (umur 71)
Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia

Profesor Dr Sidek Baba dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kampung Pulau,Masjid Tanah, Melaka. Beliau menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Malaysia pada 9 Mac 2009. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Syariah QSR Brands Bhd.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sidek Baba mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka.Semasa ditemubual dalam majlis Maulidurrasul, beliau menjelaskan hanya mendapat keputusan SPM gred 3. Kemudian mengambil peperiksaan STP sebanyak 7 kali. Kemudian melanjutkan pengajian perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu. Seterusnya menyambung pengajian di UKM dalam Diploma Pengajian Islam. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar Pendidikan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIAM dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994. Dari tahun 1994-2002, menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Sidek Baba menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM,Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan.

Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM dan menetap di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

Penulisan dan persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam bidang penulisan skrip drama dan cerpen serta pernah menjadi Ketua Satu PENAMA (Persatuan Penulis Negeri Melaka) dan sekarang ini menjadi Presiden NAFIS (Nadwah Persuratan Islam Malaysia). Turut aktif dalam kerja-kerja dakwah di dunia Islam dan juga di Barat.

Sidek Baba pernah memimpin ABIM negeri Melaka dan juga Pusat. Juga banyak menyampaikan kertas kerja mengenai Pengurusan Islam (Teori I), Integrasi dan Islamisasi Ilmu, keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama.Menulis di ruangan Berita Harian, Utusan Malaysia dan Majalah I serta mengisi ruangan Santapan Rohani, Radio IKIM.fm dan program Santapan Minda, Selangor FM.

Tokoh Maulidur Rasul[sunting | sunting sumber]

Sidek Baba terpilih penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang julung kali diperkenalkan. Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 9 Mac 2009. Dr Sidek membawa pulang RM50,000 dan plak.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]