Signal (EP)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Signal
EP oleh
Dilancarkan pada15 Mei 2017 (2017-05-15)
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
StudioJYPE Studios
Genre
Panjang19:57
BahasaKorea
Syarikat
PenerbitJ.Y. Park "The Asiansoul"
Kronologi Twice
What's Twice?
(2017)
Signal
(2017)
#Twice
(2017)
Single daripada Signal
  1. "Signal"
    Dikeluarkan: 15 Mei 2017 (2017-05-15)
"Signal" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Signal ialah album mini keempat oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Twice. Album mini ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 15 Mei 2017 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh Genie Music.[1] Ia menampilkan lagu utama dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh Park Jin-young. Beberapa penerbit dan penulis lagu mengambil bahagian termasuk ahli Twice, Jihyo dan Chaeyoung yang menulis lirik untuk lagu "Eye Eye Eyes" manakala lagu ketiga, "Only You" mempunyai lirik yang ditulis oleh bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Ha:tfelt.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 18 April, JYP Entertainment mengesahkan kemunculan kembali Twice pada bulan Mei dengan tarikh yang belum ditentukan. Sembilan hari kemudian, ia telah dilaporkan bahawa kumpulan ini telah menghabiskan penggambaran video muzik untuk lagu utama yang diterbitkan oleh Park Jin-young.[3]

Pada 1 Mei, Twice berkongsikan sebuah gambar tesar melalui saluran SNS rasmi mereka dan mengesahkan album mini Signal akan dikeluarkan pada 15 Mei. Mereka juga mengeluarkan jadual promosi untuk album ini termasuk konsert 2 hari pada 17-18 Jun yang berlangsung di Stadium Tertutup Jamsil.[4] Pada hari berikutnya, ia telah didedahkan bahawa album mini ini mempunyai tiga versi bersama sembilan kulit album secara rawak.[5]

Gambar teaser individu ahli dikeluarkan untuk beberapa hari berikutnya.[6] Ia kemudiannya disusuli dengan beberapa siri video teaser menampilkan sembilan ahli, sebuah video pengenalan dan sebuah video spoiler.[7] Teaser video muzik pertama untuk "Signal" dikeluarkan pada 13 Mei. Album bersama video muzik lagu utama secara rasminya dikeluarkan pada 15 Mei. Ia juga dikeluarkan secara muat turun digital di pelbagai laman muzik.[8]

Promosi[sunting | sunting sumber]

JYP Entertainment menafikan laporan tentang rancangan kumpulan ini untuk mempromosi album mini ini hanya selama dua minggu oleh kerana kemunculan pertama Jepun mereka pada bulan Jun. Ketua Twice, Jihyo, yang berehat daripada aktiviti kerana kecederaan lutut menyertai semula kumpulan ini untuk promosi.[9]

Tidak seperti kemunculan kembali mereka yang terdahulu, Twice mempromosi secara aktif dalam rancangan varieti. Mereka menjalani penggambaran rancangan varieti pertama untuk album mini ini pada 26 April 2017 sebagai tetamu I Can See Your Voice. Pada 3, 4 dan 9 Mei, Twice merekodkan episod untuk Weekly Idol, Knowing Bros dan Top 3 Chef King.

Twice mengadakan acara media di Dewan Blue Square Samsung Card, Hannam-dong, Seoul sebelum pengeluaran album mini ini. Mereka juga mengadakan persembahan pertunjukan dua jam selepas pengeluaran album dimana mereka membuat persembahan lagu "Signal" dan lagu-lagu lain daripada album terdahulu seperti "Like Ooh-Ahh" dan "Cheer Up".

Kumpulan ini mengadakan persembahan pentas kemunculan kembali dalam siaran 18 Mei M Countdown disusuli dengan persembahan dalam siaran 19, 20 dan 21 Mei Music Bank Pembukaan Perasmian Piala Dunia FIFA B-20 di Jeonju, Show! Music Core dan Inkigayo. Twice menamatkan promosi mereka dalam program muzik semasa siaran 4 Jun Inkigayo. Knee pain

Lagu[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Signal"J.Y. Park "The Asiansoul"
  • J.Y. Park "The Asiansoul"
  • Kairos
  • J.Y. Park "The Asiansoul"
  • Kim Seung-soo
  • Armadillo
  • Kairos
3:17
2."Three Times a Day" (하루에 세번)
  • Kim Won
  • Dia
  • Kim Won
  • Dia
Kim Won3:11
3."Only You" (Only 너) Ha:tfelt
  • David Anthony Eames
  • Debbie-Jane Blackwell
  • 72
David Anthony Eames3:38
4."Hold Me Tight"Jowul
  • Jowul
  • Scott Granger
  • Brian Judah
  • Johnny Marnell
  • Roahn Hylton
Jowul3:19
5."Eye Eye Eyes"
  • Jihyo
  • Chaeyoung
  • Lise Kristin Kvenseth
  • Erlend Elvesveen
  • Jo Sverre Sande
  • Tone Ravna Bjørnstad
  • Rune Helmersen
  • Elizaveta Vassilieva
  • Lise Kristin Kvenseth
  • Erlend Elvesveen
  • Jo Sverre Sande
  • Tone Ravna Bjørnstad
  • Rune Helmersen
  • Elizaveta Vassilieva
2:55
6."Someone Like Me"Park Won
  • Ronny Vidar Svendsen
  • Anne Judith Stokke Wik
  • Nermin Harambašić
  • Moa Anna Maria Carlebecker
  • Ronny Vidar Svendsen
  • Anne Judith Stokke Wik
  • Nermin Harambašić
  • Moa Anna Maria Carlebecker
3:25
Jumlah masa: 19:45


Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2017) Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan (Gaon) 1
Jepun (Oricon) 11
Taiwan (Five Music) 1
Amerika Syarikat (Billboard) 3

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tarikh Format Pengedar
Seluruh dunia 15 Mei 2017 Muat turun digital
Korea Selatan
CD

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Min, Susan. "Twice Prepares to Release 4th Mini Album 'Signal'". Mwave. Mwave. Dicapai pada 1 Mei 2017.[pautan mati kekal]
  2. ^ Yoon, Min-sik. "Twice, JYP collaborate for a main track for the first time in 'Signal'". The Korea Herald. herald Corporation. Dicapai pada 3 Mei 2017.
  3. ^ Jie, Ye-eun. "Twice confirms new album release in May". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  4. ^ Hong, Dam-young. "Twice's new 'Signal' slated for May 15". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  5. ^ "TWICE SIGNAL 2017.05.15 6PM PRE-ORDER STARTS TODAY". Twitter. JYP Entertainment. Dicapai pada 3 Mei 2017.
  6. ^ Yoon, Min-sik. "Twice drops hints at new concept for 'Signal'". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 8 Mei 2017.
  7. ^ "TWICE reveals teaser of new single 'Signal'". Yonhap News. Yonhap News Agency. Dicapai pada 13 Mei 2017.
  8. ^ Min, Susan. "Twice Returning with New Album 'Signal'". Mwave. Mwave. Dicapai pada 15 Mei 2017.[pautan mati kekal]
  9. ^ Min, Susan. "Twice's Jihyo to Take Break From Activities Due to Knee Pain". Mwave. Mwave. Dicapai pada 1 Mei 2017.[pautan mati kekal]