Sihir (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sihir
Genre
Ditulis oleh
  • Nadia Khan
  • Rahim Ramli
  • Qawiem Hamizan
  • Michelle Yoon
  • Mamu Vies
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal1 November 2021 – kini

Sihir ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2021 arahan bersama Michael Ang, dan Azmir Affendi, dibintangi oleh Kamal Adli, Hun Haqeem dan Zarul Husin. [1] Drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 1 November 2021 menggantikan Malaysian Ghost Stories. [2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Sihir. MyInfoTaip. Dicapai 28 Oktober 2021.
  2. ^ "Drama Sihir Kupas Amalan Khurafat Mula ditayangkan malam Ini". Astro Awani. Dicapai pada 1 November 2021.