Silambam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Silambam (Bahasa Tamil: சிலம்பம்) atau Silambattam (Bahasa Tamil: சிலம்பாட்டம்) atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo. Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun. Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing juga mengambil bahagian didalam seni Silambam.

Umum[sunting | sunting sumber]

Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedi kuchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Gaya biasa termasuk memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam bersenjata dan tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan kaki, tangan dan badan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya bentuk ular, helang dan monyet.

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan tongkat. Gerak kaki (Kaaladi Varisai) merupakan kunci utama bagi Silambam dan Kuttu Varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata.

Penekanannya pada tongkat membezakan Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong atau kayu ringkas atau pedang.

Silambam (kayu panjang), Sedi Kuchi (kayu pendek sepanjang tiga kaki), Savuku (cambuk), Maduvu juga dikenali sebagai Maru (tanduk rusa),[1] Surul Pattai (pedang lembut mata dua atau mata tiga), Katti Kuttu (tikaman pisau), Val payattu atau val veesu atau vaal veechu (permainan pedang), Kuttu Varisai (teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan), sheela atau cheela (pertahanan dua jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok senjata yang digunakan didalam seni mempertahankan diri Silambam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Silambam dinaungi oleh Dinasti Chola silam, Dinasti Chera dan Raja-raja Pandya dari India Selatan semasa tempoh Sangam. Ia digunakan secara meluas oleh Maravar pada dari tentera Travancore.

Rujukan kepada "Silappadikkaram" dalam kesusteraan Sangam bahasa Tamil bertarikh semenjak abad ke-2 merujuk kepada penjualan tongkat Silambam, pedang, mutiara, dan perisai kepada pedagang asing. Pusat perdagangan silam di bandar Madurai terkenal keseluruh dunia dan dikatakan dilawati oleh Rom, Yunani Kuno dan Mesir Kuno antara yang mempunyai perdagangan laut tetap dengan raja Tamil silam. Tongkat silambam merupakan salah satu senjata seni bela diri, yang mendapat permintaan tinggi dari pelawat.[2][3]

Selepas seni ini tersebar ke dunia Melayu, "Silambam" merujuk kepada seni tersebut termasuk senjatanya. Beberapa seni bela Melayu seperti Silat didakwa menyerap silambam.

Maravar pada salah seorang dari Raja Travancore menggunakan "Silambam" dalam pertempuran perperangan mereka terhadap musuh. Tentera Raja Veerapandiya Kattabomman (1760–1799) kebanyakannya bergantung kepada kemahiran mereka menggunakan Silambam dalam perperangan mereka terhadap Tentera British. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Master Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Silambam Weapons". Silambam. http://www.silambam.asia/weapon_maduvu.html. Capaian 26 May 2013. 
  2. 2.0 2.1 Raj, J. David Manuel (1977). The Origin and the Historical Developlment of Silambam Fencing: An Ancient Self-Defence Sport of India. Oregon: College of Health, Physical Education and Recreation, Univ. of Oregon. m/s. pp. 44, 50, & 83. 
  3. Sports Authority of India (1987). Indigenous Games and Martial Arts of India. New Delhi: Sports Authority of India. m/s. pp. 91 & 94. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]